Perasaan Aneh

1.4K 97 24
                                    


     Voking menyelam masuk ke dalam sungai. Oh, sungai itu... airnya bewarna merah jambu. Baunya seperti strawberi dicelup coklat. Yummy... Tangan Atsuke yang tergapai-gapai direntap kasar.

     Kemudian, Voking sedaya upaya cuba menarik tangan Atsuke. ' Ah! Susahnya...berat sangat Atsuke ni,' Hati Voking berdetik sebelum cuba menarik tangan Atsuke sekali lagi. Sesuatu merentap tubuh Atsuke kembali.

     'Ah, sudah! Satu kerja tambahan lagi. Kena berlawan dengan ikan duyung ni pulak,' Voking memegang tangan ikan duyung spesis Mermaida Luv  yang bersisik biru sapphire. Voking cuba melepaskan cengkaman kuat ikan duyung itu.

"Hiiisssss," Ikan duyung itu berdesis sebelum melepaskan cengkamannnya. Kemudian ikan duyung berambut biru muda itu menggigit tangan Voking sebelum menyelam  ke dasar sungai. Dalam juga sungai itu...seperti laut. Air di dasar sungai bewarna merah jambu asap.

     *****

     "Ahh...ahhh...minta nyawa," Voking berbaring di birai sungai. Sekejap dia mengerling Atsuke di sebelah. Kemudian dia mengerling bekas gigitan ikan duyung tadi. Ada darah beku di hujung gigitan itu. Voking mengeluh. Ekspedisi mereka terpaksa ditangguhkan. Kepala Voking mula merangka pelan baru.

     Voking bangun dari pembaringannya lalu mengampu tubuh Atsuke. Beg Atsuke dan begnya disandang pada bahu kanannya. Perlahan-lahan mereka memulakan langkah menuju ke rumah Voking di Gunung KeKabus Salji, Lembah Valley.

*****


"Erhhh...".

     "Voking... di manakah saya?" Atsuke mengelipkan mata beberapa kali. Matanya berpinar-pinar tatkala cahaya lampu pelita menyuluh mukanya. Dia meraba dahi sendiri. Ada tuala tebal ditepek pada dahinya.

     "Eh, Atsuke awak dah sedar? Ini saya ada bawakan bubur ikan pari. Awak hendak makan? Saya boleh suapkan," Voking bertalu-talu bertanya soalan tanpa sempat Atsuke menjawab. Akhirnya, Atsuke hanya mengangguk.

     Voking menarik kerusi kayu yang hampir reput ke sisi Atsuke. Dia meletakkan dulang seramik di meja sisi. Kemudian gelas berisi air rebusan akar pokok staroot didekatkan pada bibir mungil Atsuke. Atsuke yang menyandarkan dirinya pada dinding mengerutkan muka.

     "Euuwww, apa ni Voking? Yuck, disgusting!" Atsuke menolak perlahan gelas kaca itu. " Minum. Ini untuk kebaikan awak juga. Berhenti merungut dan minum," Gelas itu diberikan kembali kepada Atsuke.

     "Saya tak mahu, tak mahulah!" Atsuke menjuih bibir sebelum menutup mulut dengan kedua-dua telapak tangan. 'Huh, keras betul kepala puteri seorang ni!' hati Voking sempat lagi mengeluh sebelum memulakan bicara.

     " Atsuke, kamu minum sahaja air ni. Cepat sihat. Kalau tak mahu cuba bayangkan ini adalah air kegemaran kamu, minumlah," Voking mencuba pendekatan lembut. Atsuke tetap menggeleng.

     " Kalau begitu, kamu minumlah air ini untuk saya, okey?" Voking tersentak. Entah bagaimana dia boleh berkata seperi itu. Terselit perasaan aneh di dalam hatinya dan hati Atsuke. Perlahan-lahan Atsuke mencapai gelas berisi air rebusan staroot sebelum menghirupnya. Selepas menghabiskan titisan akhir air tersebut, gelas disuakan kepada Voking kembali.

     "Puas hati?" Atsuke menjongketkan keningnya, mengusik Voking. Voking menampar lembut tangan Atsuke yang memegang gelas kaca.




*****


I'm Princess Atsuke! (malay)Where stories live. Discover now