"Mari kita mulakan perjalanan. Kita akan ke Hutan 2005..." Tiba tiba Atsuke mencelah..."2005?".
Voking hanya menjongket kening. Kening?
Selepas 2 jam berjalan...
"Kita dah sampai ke?"Atsuke mula mengeluh. Badannya basah kuyup kerana 30 minit yang lalu hujan baru sahaja turun.
"Lagi lima minit sampailah,"Voking juga mula letih.
"Saya nak bagi awak peringatan. Kita tidak boleh tidur atau membuat bising di dalam hutan ni. Hutan ni tak berapa tebal jadi saya rasa kita boleh bertahan, okey?" Voking bertanya. Atsuke hanya mengangguk acuh tidak acuh.
"Kita dah sampai ke tempatnya. Perlahankan suara apabila mahu bercakap dan jangan tidur walaupun ada yang berjaga," Voking mula memperlahankan nada suaranya.
Atsuke menoleh ke kiri dan terkejut melihat satu bayang hitam bermata merah merenung ke arah mereka. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, bayang itu menarik badannya.
Selepas 30 minit...
"Akhirnya kita sudah sampai ke penghujung hutan 2005. Kali ini diam betul Atsuke, tak mengapa...mari daya bawa kamu ke satu tempat rahsia," Voking menoleh ke belakang. Dilihatnya muka Atsuke pucat.
" Kasihan awak, lapar sangat. Makanlah dahulu biskut kering ini. Awak lapar bukan?"Atsuke hanya mengangguk.
*****
Okey, i know... Sepatutnya publish chapter baru lepas upsr...tapi lagi beberapa hari nk ambik result. Sorry🤐😌😥mungkin malam ni ataupun esok saya akan punlish chapter baru...jgn lupa bagi semangat dan sila marahkan writer kalau lambat publish chapter baru.
LuvBook1

YOU ARE READING
I'm Princess Atsuke! (malay)
FantasíaAtsuke suka akan cara hidupnya. Ketika berada di sebuah perpustakaan awam berdekatan dengan apartment,dia telah memasuki alam fantasi... Secara tidak sengaja... Ikuti kisah yang akan membawa anda ke alam kedua ini...