"Boleh cerita sikit tentang asal usul saya " Atsuke bertanya memecah keheningan petang yang indah permai.
"Errr..., pangggil saya mama saja," Permaisuri Hana tergagap gagap membalas pertanyaan Atsuke. ' Orang tanya lain dia jawab lain' Atsuke berbisik seorang diri. "Huh, apa, lagi sekali, mama tak dengar?"Permaisuri Hana sudah berkerut dahi menunjukkan reaksinya tatkala itu. Atsuke tersenyum, "tak ada apa, okay je panggilan tu,". "Okay je, apa tu?" lapisan garis kerutan pada dahi permaisuri tersebut semakin bertambah.
"Tak de apa apa" Atsuke tersenyum sinis,dia berfikir, tak kan la itu pun tak tahu...ish...ish...ish...kesian." Tentang asal usul saya tak boleh cerita lagi,bolehkan?...tapi saya yakin yang kamu anak kandung saya...cuba cerita dulu bagaimana kamu boleh sampai ke sini,"permaisuri hana tersenyum gembira,dia tahu yang dia sudah terlepas cakap ...Atsuke hanya mengangguk angguk. Baru sahaja dia hendak membuka mulut...
KREEEKK...
"Tuanku,kita sudah sampai, tuanku boleh turun, Yong akan bukakan pintunya," Bukyong, ayah Yong iaitu pemandu kereta kuda memberitahu Permaisui Hana tentang ketibaan mereka ke istana.Permaisuri Hana menjawab lembut, "Baiklah,". Atsuke menjenguk ke luar tingkap kereta kuda. Dihadapannya kini ialah sebuah istana yang mungkin ada di dunia kayangan. Awan kabus meliputi keliling istana. Bumbungnya bersadur emas.
Taman bunga terletak di bahagian kanan istana. Taman tersebut sebesar padang bola. Terdapat sebuah kolam ikan koi sebesar kolam renang. Jambatan kayu sepanjang 1000 meter dibina merentasi Kolam ikan tersebut. Pemegangnya bersalut emas tulen...sejuk mata memandang.Terdapat bunga bunga magis yang sentiasa mekar. Ada bunga berwarna Kehitam hitaman ada yang berwarna ala ala pelangi dan pelbagai lagi.
Di bahagian kiri istana pula terdapat sebuah rumah sebesar stadium.Tiga kali ganda stadium bola kot. Di dalamnya terdapat kolam renang yang airnya berwarna merah jambu. Terdapat juga gelanggang tenis, badminton,squash dan ping pong. Trek larian sejauh 2 meter,10 meter dan 1 kilometer juga disediakan.Maknanya segala jenis sukan dapat dilakukan disini. Seronoknya!!!
"Ehem, tak mahu turun ke, Puan?"Seseorang bertanya pada atsuke.Atsuke menoleh kebelakang. "Puan?" Atsuke pelik,dia masih belum berkahwin, Lelaki ini sudah memanggilnya puan. Sangat mengarut...
" Jadi saya perlu panggil kamu apa? Nenek? Baiklah saya panggil nenek...nenek mari turun...," Lelaki tersebut membuat lawak yang tidak lawak pada pendengaran Atsuke. Atsuke hanya mendengus geram dan turun daripada kereta kuda bersadur emas itu. Mukanya sudah merah padam.
"Selamat pulang, anakanda," seorang lelaki yang kelihatan lebih tua menyapa Atsuke.
"Huh, anakanda,".
*****

YOU ARE READING
I'm Princess Atsuke! (malay)
FantasiAtsuke suka akan cara hidupnya. Ketika berada di sebuah perpustakaan awam berdekatan dengan apartment,dia telah memasuki alam fantasi... Secara tidak sengaja... Ikuti kisah yang akan membawa anda ke alam kedua ini...