01

5.8K 1K 246
                                    

"J-J hope?"

Namja tu pandang aku. Muka dia mula kemerahan.

"S-sapa J-hope?" Soalnya.

"Nama awak lah! Awak J-hope kan?" Kata aku. Aku mendekatkan muka aku padanya supaya aku boleh cam itu adalah Jhope yang betul.

"Saya bukan Jhope." Katanya. Dia pandang aku tajam.

"Awak Jhope! Ya saya yakin! Muka awak sama dengan dia." Kata aku tak mengalah.

"Maaflah awak dah salah orang." Katanya. Dia menghulurkan baki aku. Lalu dia meluru kearah aku.

Aku terdiam. Dia kini di depan aku.

"Kalau takde apa-apa, awak boleh pergi." Katanya. Dia menolak aku perlahan kearah pintu keluar.

"T-tapi--" dia buka pintu keluar untuk aku. Dan memberi insyarat tangan supaya aku keluar.

Aku mengeluh. Mungkin aku salah orang kut.

Tapi, suara dia, muka dia... memang sama dengan Jhope.

Aku melangkah keluar daripada restoran tu.

"Saya bukan Jhope, tapi Saya Jung Hoseok."

Aku tersentak. Aku menoleh kearah pintu restoran tu balik. Aku nampak dia sedang stare aku daripada pintu kaca tu dengan pandangan yang susah ditafsirkan.

Mata dia kelihatan sedih.

Dia memusingkan badannya kebelakang dan berlalu pergi.

Betul ke apa yang aku dengar tadi?

|~|~|~|

"Woi, Leera. Ramyun kau dah kembang tu." Eunsil menyedarkan aku daripada lamunan aku.

"Uh, a-aku tak sedar pulak." Kata aku. Aku menggaru kepala aku yang tak gatal tu. Eunsil memaparkan muka pelik melihat aku.

"Kau fikir apa?" Soalnya.

"Takde pape lah." Aku sambung makan ramyun ku.

"Yeke? Kau nampak tak bermaya lah harini. Kau demam ke apa?" Eunsil mula mengajukan pelbagai soalan padaku.

Tak bermaya? Huh, ni mestilah pasal semalam.

Aku tak boleh tidur dan asyik teringatkan Jhope. Aku tenung je poster BTS yang aku ada tu. Bila diperhatikan bebetul, Memang muka Jhope dan dia tu mirip. Tak salah lagi tu adelah Jhope.

Tapi, kenapa dia tak mengaku dia Jhope? Kenapa dia suruh aku tutup lagu daripada kumpulan dia sendiri? Kenapa dia nak marah aku bila aku cakap yang dia tu adelah Jhope?

"Beb, woi, kau dengar tak apa aku cakap ni?" Eunsil sekali lagi menyampuk dalam lamunan aku.

"Dengar lah.. heih kau ni" aku merenung ramyun aku itu.

"Pehal ni? Kau dah gila ke?"

"Pala bana kau"

"Habistu?"

"Semalam.."

"Pehal dengan semalam?" Soal Eunsil

"Ouh, kau nak merajuk dengan aku ke? Sebab aku tak masak tuk kau? Weyh sorry lah aku bu--" belum sempat Eunsil nak habiskan kata-katanya, aku dah potong.

know.Where stories live. Discover now