47

2.4K 404 20
                                    

"Eh, guys."

Ternyata, ianya si deepshit yang bernama aekyung. Ya tuhan 'beach' sorang ni. Sorry, terpaksa censor perkataan tu sebab perkataan tu memang tak bagus tuk kanak-kanak zaman sekarang ni. :)

Rasa genggaman yoongi pada kaki aku makin erat. Ia membuatkan jantung aku berdegup pantas kerana aku bimbang kalau-kalau kaki aku dah separuh lumpuh sebab sekarang ni memang aku rasa genggaman yoongi pada kaki aku makin berkurang eratnya walaupun aku nampak tangannya erat memegang kaki aku.

"Tengok siapa datang" aekyung dengan senyuman melebar pada wajahnya. Tangannya memusing-musingkan sepucuk pistol yang bebila masa sahaja dia akan tembak pada kami bertiga.

"Yoongi hyung, pergi cari tempat yang selamat tuk letak leera buat sementara." Yoongi mengangguk. Aekyung yang nampak gerakkan yoongi tu terus tersenyum lalu membuat satu isyarat tangan seperti ada orang yang akan mengekori aku dan Yoongi.

Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati.

Yoongi meletakkan aku tak jauh daripada mana yang Namjoon dan Aekyung berada. Dia pandang aku dengan renungan nya. Aku hanya membalas renunggannya tanpa berkata pape.

"Lee, janji dengan aku yang kau akan stay okay k? Jangan pergi memana." Pesan yoongi dan aku hanya mampu mengangguk. Yoongi mengeluarkan sesuatu daripada begnya lalu menghulurkan ia padaku.

"Pistol ni hanya ada satu peluru je. Guna masa bebetul perlu." Aku mengangguk perlahan lalu mencapai pistol tu lalu terus mengalihkan pandangan pada yoongi. Pandangan yang terdesak.

"Jangan risau. Semuanya akan okay. Aku janji." Dia menunjukkan jari kelingkingnya. Aku hanya memandangnya tanpa berkata pape.

Yoongi mengangguk padaku lalu berlalu pergi.

Meninggalkan aku sendirian.

Secara tetiba, aku terasa vibrate pada seluar aku. Aku dengan pantas mencapai benda yang membuatkan vibrate tu terhasil. Ternyata ianya phone aku.

Tertera nama hoseok pada skrin phone aku. Tanpa berpikir panjang, aku terus mengangkat panggilannya. Tepat pada masanya seok-ah.

Baru sahaja aku nak meminta tolong pada hoseok, secara tetiba ada orang menyepak phone aku dan ia menyebabkan phone tu tercampak jauh. Aku merengus lalu memandang gerangan yang menyepak phone aku tu.

Aku tak kenal dia, tapi wajah dia seperti aku pernah nampak.

"We meet again leera." Senyuman terukir pada wajahnya.

Dan aku ingat kembali. Dia adalah orang yang menyeksa aku semasa aku diculik haritu. Macam mana aku boleh lupa tentang kewujudan manusia ni?

"Kau nampak teruk, leera. Ha, nak aku bantu?" Aku dengan pantas menggelengkan kepala aku. Pandangan tajam diberikan padanya dan dia hanya tergelak melihat kelakuan aku yang serupa macam orang bisu tu.

"kenapa? Sakit kena lumpuh?" Soalnya mengejek. Aku mengenggam penumbuk aku erat dan ianya hanya tunggu masa sahaja tuk dihayunkan pada wajah jahanam cam dia ni.

Aku cuba sekuat yang boleh untuk menggerakan kaki aku. Dan secara tetiba ia boleh digerakkan lalu aku menyepak badan perempuan tu menyebabkan dia jatuh terlentang. terasa puas dihatiku apabila mendengar dia merengus kesakitan.

Dia kelihatan marah. Well, siapa jelah tak marah kalau orang sepak dia an? Tapi siapa jelah tak marah kalau orang cari pasal dengan dia kan?

"Kenapa? sakit kena sepak?" Aku mengejeknya menggunakan ayatnya awal tadi. Hidung dia kembang kempis sebab marah. Aw, dia marah lah.

know.Where stories live. Discover now