46

2.6K 492 49
                                    

Hoseok.

Aku meletakkan phone aku diatas meja. Sudah beberapa kali aku cuba try telifon dia, tapi masih tak berjaya.

"Dia tak angkat lagi.." Kata aku dan Taehyung melihat kearah aku dengan wajah sugulnya. Dia menongkat dagunya sambil memandang aku dengan pandangan yang runsing.

"Leera tu, kalau dah merajuk memang susah nak pujuk" balas Taehyung. dia sempat lagi bebelkan tentang perangai ex girlfriendnya tu.

Aku mengeluh panjang lalu merungut perlahan. Otak aku pusing. Betul-betul mati akal. Kalau dia tak angkat call aku, maknanya ianya akan jadi lebih sukar nak membaiki hubungan antara aku dengan dia.

Aku salah tentang melepaskan dia tu.

Aku sepatutnya protect dia. Bukan nya lepaskan dia.

"Takpelah, hyung. Kita tengok je apa yang jadi nanti. nae? Sekarang jom aku hantar kau balik rumah. Dah lewat ni" Taehyung menunjukkan aku kunci keretanya sambil senyuman terukir pada wajahnya. Aku hanya mengangguk lalu menghabiskan kerja aku dan kemudian melangkah keluar daripada restaurant tu.

Leera.

"Lumpuh?" Namjoon mengangguk lalu dia pantas meluru kearah aku. Dibukannya butang baju aku perlahan-lahan (jangan pikir blue kay) lalu dia melihat peluru yang tertusuk pada bahuku tu.

Dia menekan dan memicit bahagian bahuku tu untuk mengeluarkan peluru. Aku mengerang kesakitan dan yoongi yang berada disebelah aku tu memegang erat tangan aku untuk memberi aku semangat.

"Dah kuar." Namjoon meletakkan peluru tu pada tangannya. Peluru tu di saluti dengan darah aku. Aku bernafas dengan berat apabila mendapati peluru tu dah berjaya keluar.

"Yoongi hyung, kau balut bahu dia." Yoongi mengangguk lalu dia mengeluarkan segulung kain yang khas tuk membalut luka orang. Dengan cermat, dia menyapu minyak pada bahuku untuk menghentikan pengaliran darah.

"Agh, sakit.. yoongi" yoongi memandang aku seketika. "Sorry" lalu dia lakukan sekali lagi dengan cermat dan perlahan-lahan agar ia tak menyakitkan aku lagi.

"Nampaknya sebahagian daripada cecair dalam peluru ni dah masuk kedalam badan kau, leera." Namjoon memandang kearah aku lalu, aku dan Yoongi memandang Namjoon dengan pandangan panuh tanda tanya.

"Maksud nya?"

Namjoon menghelakan keluhan yang panjang lalu dipandangnya aku dengan pandangan yang resah. "Kesannya akan membuatkan kau lumpuh. Selamanya"

Aku tersentak. Betul ke?

"Tapi kesannya lambat nak effect." Aku mengeluh. Yoongi yang selesai membalut bahuku memandang aku dengan pandangan yang risau.

"Takpelah, aku still lagi boleh jalankan project ni kan?" Aku membutangkan balik bajuku. Namjoon mengangguk.

"So, aku boleh lah selamatkan lagi boygroup kegemaran aku." Aku mengukirkan senyuman pada mereka dan mereka memandang aku dengan wajah yang gelisah.

"Kalau kau tak boleh, jangan paksa diri" balas yoongi dia memegang bahuku. Aku menggeleng.

"Aku tak paksa diri aku, yoongi. Aku memang nak lakukan project ni dan lebih bagus aku habiskan ia. Setakat peluru lumpuh ni, ia tak kan dapat menghentikan aku." Aku senyum pada mereka lagi. Yoongi berbalas pandangan dengan Namjoon.

know.Where stories live. Discover now