25

3.8K 761 144
                                    

"Morning!"

Perkara pertama yang aku nampak adelah muka Taehyung yang sedang merenung aku dengan senyuman terukir diwajahnya.

"ALIEN SESAT AHH!" Aku blushing lalu menolak dia daripada katil aku menyebabkan dia terjatuh daripada katil aku. Bergegar satu bilik aku bila punggung taehyung tu mendarat atas lantai bilik aku.

"Leelee!!" Jerit Taehyung sambil mengaduh sakit. Dia menggosok punggung dia tu berkali-kali. Dahinya berkerut seribu sebab tahan sakit pada punggung dia.

"Omo, mian!" Aku menekup mulutku. Aku tak sengaja nak tolak dia. Tapi an, sapa jelah tak terkejut beruk bila bebangun je nampak ada laki hensem macam taehyung tu duk sebelah korang? An an? Konfem ada yang koma.

Naseb lah aku kuat. Pfufufufu.

"Aish, ni ke apa yang aku dapat bila panjat pokok depan rumah kau and selinap masuk dalam bilik kau ni, lee" dia mencebik. Aku mengerutkan dahiku apabila aku mendengar dia berkata 'selinap'

"Kau SELINAP MASUK DALAM RUMAH AKU?!" Suara aku mula meninggi. Taehyung mencover telinganya.

"Haih, dah kena dekat bontot skang dekat telinga pulak" katanya membuatkan aku terbantut daripada nak marah dia.

Salah satu yang aku tak suka dengan taehyung ni, sebabnya adelah dia pandai buat aku tergelak even aku tengah marah dekat dia.

Dia selalu buat aku senyum.

"Dah dah, pergi mandi sana. Bau busuk" aku mengetap bibir aku lalu membaling bantal padanya membuatkan dia tergelak. "Keluar dari bilik aku, skang!" Kata aku lalu memukul-mukul mukanya dengan bantal ku.

Dia mengaduh sakit lalu keluar daripada bilik aku. Aku hanya tersenyum.

---

"Aekyung tak datang kerja?" Soal aku. Mrs Min hanya mengangguk. "Dia kata, dia demam. Maybe dalam seminggu dia takde." Kata Mrs Min lagi.

Aku mengangguk paham. Yoongi yang berada disebelah aku hanya terdiam.

"Weh leera" aku pandang padanya.

"Mende?" Balasku.

"Last sekali aku tengok Aekyung masa weekend haritu. Aku nampak dia okay je. Kenapa tetiba sakit?" Soal yoongi. Aku tersengih.

"Apa? Kau risau?" Aku mencuit-cuit bahu Yoongi membuatkan yoongi merengus dan menepuk lengan aku agar aku berhenti menepuknya.

"Takdelah. Aku just cakap." Dia memalingkan mukanya. Em, yelah tu cakap.

"Btw," yoongi memandang aku kembali.

"Aku nak tanya.. kenapa dengan hubungan Taehyung dan Hoseok? Dorang macam tak boleh nak bersatu." Wajah Yoongi mula bertukar dingin. Seperti apa yang aku tanya dia ni adelah soalan yang penting baginya.

"Ni rahsia tau. Kau jangan pecahkan rahsia ni dekat public pulak" bisik Yoongi. Aku mengangguk. Yoongi memandang aku seketika lalu dia memalingkan wajahnya.

"Aih, takut aku nak ceritakan" sambungnya. aku menepuk lengan dia dan dia mengaduh kesakitan. "Bagilah tahu cepat, bapuk" dia mencebik.

"Sekali lagi kau panggil aku bapuk, jangan harap aku nak ceritakan" aku hanya mengangguk malas. Apa-apa jelah Yoongi ni.

"Cerita ni berkait pasal kenapa kitorang di disband." Aku mula tertarik dengan kata-kata Yoongi tu. Semakin dekat aku duduk kearah Yoongi.

"Tak tahu lah kenapa, selepas sebulan kitorang baru je promote album wings kitorang, ada beberapa keping surat yang mencurigakan datang. Maksud aku, daripada pengirim yang mencurigakan." Aku mengerutkan dahiku.

"Sampul surat tu berwarna keseluruhannya berwarna hitam. Ia macam surat ugutan pun ada. Dalam surat tu, dia dedahkan beberapa rahsia gelap BTS" aku mengangguk kan kepala aku.

"Tapi en, apa maksud kau rahsia gelap BTS?" Soal aku. Yoongi terdiam.

"Bermakna, benda teruk yang kitorang pernah buat tanpa kawalan dulu sebelum kita debut." Aku mengangguk tanda paham.

"Kau ada rahsia gelap?" Yoongi pantas menggeleng. "Sori lah aku ni laki baik. Takde rahsia gelap gelap ni. Rahsia terang adelah" aku memaparkan wajah disgust menakala yoongi dah tersengih.

"Maneger kitorang cuba cari darimana pengirim tu. And ugut pada pengirim tu tuk telifon polis. Tapi, disebabkan pengirim tu takdapat diidentifikasi, kitorang tak boleh nak tangkap" sambung Yoongi.

"Semakin hari, semakin banyak surat hitam tu. Memula, dia just tulis perkara yang teruk je pada kitorang semua.. tapi satu hari--" yoongi terbatuk.

"--kitorang terima satu lagi surat. Kalini, surat tu tebal macam ada sesuatu. Bila kitorang bukak, terdapat sekeping cd dan beberapa keping gambar. Bila kitorang tengok gambar tu, memang terkejut gila."

"Ianya gambar hoseok. Dia tengah mabuk, dan dia berada dengan seorang perempuan. Dalam hotel." mataku membulat.
"Masa tu hoseok mabuk tu, Hoseok masih lagi bergelar idol. So, nama mestilah kena jaga an? Tapi yang peliknya, Hoseok langsung tak tahu bila dia lakukan perkara tu. Maneger pulak tak reti nak tutup mulut then dorang terus pecahkan rahsia ke Bang PDnim. Bila Bang PDnim dapat tahu, habis satu kumpulan kena marah."

"Pengirim tu ugut kitorang semua agar berhenti. Berhenti melakukan kerjaya kitorang atau perkara CD dengan gambar tu akan tersebar. Segala rahsia gelap BTS akan dipecahkan pada public." Yoongi menunduk.

"Kitorang mula salahkan Hoseok. Yelah, setakat rahsia gelap yg kecil-kecil tu takpe lagi kalau disebar. Tapi, rahsia Hoseok ni terlalu besar. Kalau dihebahkan, nama BTS tak mustahil akan jatuh merundum. Hoseok pulak menafikan yang dia buat perkara keji tu. Dan lagi satu, dia tak kenal pun siapa perempuan tu."

"Tapi, takde sapa percayakan dia. Then, Taehyung cakap dia nampak dengan kepala otak dia sendiri yang Hoseok masuk kedalam hotel tu dengan seorang perempuan. And then, hubungan persahabatan Taehyung dan Hoseok kini hancur macam tu je."

"Setelah dibincang-bincang. Yang lain bersetuju tuk bawak diri. Yelah, kitorang semua mula pikir kan masa depan kitorang. Kalau kitorang (BTS) masih lakukan kerjaya kitorang, sampai satu masa nanti kitorang kena berhenti jugak. Kena tamatkan juga semua ni. Kena tinggalkan jugak alam seni music ni. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan" aku nampak wajah yoongi bertambah sunggul.

"Walaupun aku dan Jimin tak nak kitorang semua berpisah, tapi dorang cakap ni untuk kebaikkan kitorang semua." Sambung Yoongi lalu menunduk kan wajahnya.

"Bang PDnim decide nak ambil Jungkook. Dia nak Jungkook stay. Yelah, Jungkook ada banyak bakat dalam nyanyian. Rugi pulak kalau sia-siakan. Tapi, Jungkook kata dia taknak teruskan kalau kitorang semua takde. Dia taknak solo. Dia taknak lakukan ia berseorangan. Dia nak kitorang pun ada. Tapi malangnya Bang PDnim kata, tak boleh."

"Jungkook kata,kalau tak boleh, dia pun nak quit sambung kerjaya dia sebagai penyanyi. Tapi setelah kitorang semua pujuk dia beberapa kali, dia mula akur." Yoongi menarik nafasnya pepanjang lalu melepaskan semuanya.

"So, yeah. Sebabtu lah" aku hanya merenung Yoongi dengan pandangan simpati aku padanya.

"Then? Korang tinggalkan army macam tu je?" Yoongi terdiam. Dia menundukkan wajahnya.

"Kitorang kalau boleh taknak berpisah dengan army, kau tahu? Army adalah segalanya. Army adalah jantung bagi BTS. Kitorang memanh tak mahu semua ni terjadi.. tapi.."

"Takdir dah menentukannya. Aku tak boleh nak buat apa."

---

Rahsia terungkai. HOHoHo.
Rasanya cite ni sampai part 40?

know.Where stories live. Discover now