28

3.4K 684 65
                                    

"Kau ni mesti leera kan?"

Auch, pemes sangat kah daku sampaikan dia tahu nama aku?

"Btw, jin yang bagitahu aku nama kau. Hee" dia sengih lagi. Mood flirt flirt aku habes musnah. Ayayai buduh.

"ahahaha yes saya Leera. Dan awak ni mesti Namjoon kan omg saya fans awak sayaㅡ"

"Tak payah nak berformal lah tenuk" yoongi menegur aku. Aku terdiam lalu menepuk bahu yoongi membuatkan yoongi terbatuk. Ha hamik kau bapuk.

Namjoon gelak " takpe, Leera. Aku tahu, kau ni army senanya an?" Aku mengangguk pantas.

"Wah, kau masih lagi ingat kitorang?" Aku mengangguk lagi lalu merangkul tangan Hoseok.

"Terima kasih pada Hoseok, dia orang first aku jumpa!" Hoseok mengcover mulutnya. Baru aku sedar dia blushing. Jin masih lagi ketawa macam orang gila.

" lah, " aku memandang Yoongi yang sedang mencebik tu. "Aku ingatkan aku orang pertama yang kau jumpa.." Yoongi perlahan-lahan mencebikkan mulutnya. Alahai bapuk sorang ni.

"Lek lah, kau orang kedua." Aku menepuk lagi belakangnya menyebabkan dia terbatuk. Dia hadiahkan aku wajah ceberutnya tu. Aku hanya tersengih.

"Memandang kan semua dah ada, well nanti aku boleh tengok bangtan bersama balik YAYYY!"

Krik krik krik.

Mereka semua terdiam. Muka mereka kelihatan tidak happy dengan ayat yang aku katakan tadi. Aku memandang dorang semua satu persatu.

"Wae?"

"Ahaa, takde pape sebenarnya leera, kitorang semua seboㅡ"

"Hyung," yoongi memintas kata-kata Jin. Jin terdiam lalu memandang Yoongi. "Dia dah tahu pasal semuanya.." yoongi berkata perlahan, tapi aku yakin yang lain dapat dengarnya dengan jelas.

"Kau.. bagitahu dia?" soal Jin pada Yoongi. Yoongi dengan rasa bersalahnya mengangguk perlahan-lahan dengan kata-kata Jin tu.

"Yoongi, Ni kan rahsia kita je? Macam mana kau boleh bagi tahu pada leera?" Jin berkata pada Yoongi. Nadanya mendatar.

Namjoon terdiam, wajahnya kelihatan sunggul menakala Hoseok kelihatan rasa tak lalu makan lagi dah.

"Dia perlu tahu." Yoongi mengelak daripada bertentang mata dengan jin. Uish, kalau korang dapat tengok, mata Jin skang ni dah macam boleh tarik roh korang keluar.

"Apa maksud kau dia perlu tahu? Aku taknak heret leera kedalam masalah kita. Kita janji kan nak rahsiakan perkara ni daripada sesiapa kecuali bangtan?" Yoongi menunduk tanda kecewa.

Aku tak sepatutnya berkata ayat tu tadi.

"Tapi, jinㅡ"

"Leera, diam." Jin memandang aku tajam. Aku terus terdiam.

"Yoongi, kau tak perlu heret leera kedalam hal ni. Kedalam masalah kita." Jin mengeluh lalu mengurut dahinya.

"Hyung, dia perlu jugak tahu. Kita kenal dia kan? So tak pelah" yoongi mempertahan kan dirinya.

"Macam mana kalau dia sebarkan?"

"Jin, aku bukan macam tu orangnya." Aku pandang Jin dengan pandangan dingin.

Kenapa? Kenapa dorang still tak percayakan aku? Apa dorang ingat aku ni mulut bocor ke selalu sangat hebohkan rahsia orang?

"Bukan camtuㅡ"

"Dahlah, aku takde selera." Aku bangun daripada tempat duduk aku lalu mengambil beg aku. Sebelum aku melangkah pergi, aku menoleh kearah mereka.

"Kalau tak percaya dekat aku, tak payah kawan dengan aku. Ignore aku, kayh?" Lalu teruskan melangkah pergi.

Aku dengar Namjoon memanggil nama aku kuat, tapi aku langsung tak berpaling. Hati aku luluh.

Aku tak rasa aku ada mood nak hadap orang skang ni.

---

"Ayayai! Leelee~"

"Apa kau nak tae?" Aku memeluk kedua kaki aku. Selimut hitam ku ditarik keparas lutut. Wajah ku kosong memandang kaca tv yang memaparkan cerita typical zaman skang ni.

" hm, our leelee not in the good mood, what happend?" Taehyung melabuhkan punggungnya disebelah aku.

"Kau panjat masuk rumah aku daripada bilik aku ke?" Aku try ignore pertanyaan Taehyung tu.

"Haah. so, kenapa ni?"

Nampaknya tak boleh gak elak daripada dia.
Nak ceritakan ke tak? Hm.
Better tak.

Tapi aku nakkan seseorang tuk dengar masalah aku skang ni. Selalunya, eunsil jadi pendengar aku.. tapi sekarang dia takde.

"Aku.. ada bad day" aku menunduk lalu bermain dengan kain kait cardigan aku.

"Alololo leelee, meh meh" taehyung menarik aku kedakapannya. Tangannya melingkar pada pinggang aku dan dia memeluk aku.

Dagunya diletakkan diatas kepala aku. Aku hanya menyembamkan wajahku pada dadanya.

Lama aku tak rasa pelukkan taehyung yang hangat tu. Aku rindu.. pelukkan dia.

Dia selalu peluk aku setiap hari semasa kitorang bersama dulu. Tbh, memang aku rindu dengan kenangan dulu sewaktu aku dan dia bersama.

Setelah beberapa minit kitorang berpelukkan, dia meleraikan pelukkan aku. Lalu, dia memegang daguku bagi aku menghadap wajahnya.

"So? Kenapa ? Cerita kat aku boleh?" Soalnya. Aku menunduk.

"Kau tak suka kalau aku ceritakan ia pada kau." Kata aku perlahan.

"Takpelah, cerita je."

"Pasal.. Bangtan"

Air muka Taehyung berubah, tetapi dengan segera dia menukarnya.

"Ceritalah" katanya membuatkan aku memandangnya dengan pandangan 'betul ke?'. Taehyung hanya mengangguk kan kepalanya.

"Jin marah Yoongi sebab bagitahu apa yg terjadi sebenarnya dekat bangtan kat aku." Taehyung mengeluh.

Dia mengusap rambutku dengan lembut. "Leelee, ada betulnya apa yang Jin hyung kata--"

"Tak! Tapi aku berhak tahu. Aku nak pulihkan hubungan korang seperti dulu.. aku tak suka tengok korang semua berpecah malah, army yang lain pun akan sedih kalau tengok korang cemni." Jawab aku. Taehyung terdiam, matanya terpaku pada wajahku.

"Leera, aku paham yg kau cuba tuk baikkan hubungan kitorang tapi, kalau dah takdir katakan ia tidak boleh diperbaiki.. kau pun tak boleh buat apa." Taehyung berkata dengan nada yang perlahan, hampir sahaja berbisik padaku.

Aku menunduk. "Tak, aku yakin korang boleh berbaik. Aku tak suka--"

"leera, kau jangan fikir tentang diri kau je. Ada sebab tertentu kitorang semua dah tak bersama macam dulu.. so, aku rasa kau please paham." Taehyung berkata lagi.

Air mata aku bergenang. Aku dah janji pada diri aku sendiri nak pulihkan hubungan dorang, tapi Taehyung kata semuanya mustahil?

Dia salah kan?

Aku menolak Taehyung jauh daripada aku. Aku menggeleng beberapa kali. "Aniya.."

"Kau-- kau tak membantu langsung, Taehyung.." taehyung mengeluh.

"Leera aku dah--"

"Keluar, taehyung."

"Tapi--"

"Keluar."

Taehyung menghela kan keluhan yang berat lalu bangun daripada katilku. Perlahan-lahan dia menguak pintu bilikku dan keluar daripadanya.

Aku terus bangun daripada katilku lalu mengunci pintu tu.

Ugh, aku harap aku tak jumpa Hoseok pada pertama kali dan semua ni takkan terjadi.

---

Author takde idea ;;

know.Where stories live. Discover now