mch 1

22.8K 668 6
                                    

Mama... Qiz dah buat keputusan muktamad ma. Qiz memang ikhlas terima dia sebagai suami Qiz." lembut mataku memandang tepat ke arah mama. Mama tidak bersetuju aku berkahwin dengan lelaki itu yang kurang siuman? Entahlah. Tetapi dia elok sahaja minggu lepas. Tiga hari yang lalu baru sahaja dia berkelakuan begitu. Sungguh, aku sebagai seorang doktor pun tidak dapat mengenal pasti puncanya.

" Qiz Zahra, mama tak nak sebab terpaksa dan kesiankan auntie Mai masa depan anak mama rosak. Mama tak sanggup sayang." Datin Nooraine hampir - hampir sahaja menitiskan air matanya. Dia tidak dapat terima keputusan anaknya untuk menjadi pengantin terjun untuk anak jirannya sepuluh tahun lalu, Datuk Seri Syed Putera Azman dan Datin Seri Maira.

Pegantin perempuan yang dipilih sendiri oleh Datin Maira itu tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Syed Putera Airiz kerana keadaannya kurang siuman. Sebenarnya bukan kurang siuman, tetapi lebih kepada kebudak - budakkan. Esok sepatutnya Syed Putera Airiz bernikah, tetapi pada saat - saat akhir pula pengantin perempuan larikan diri. Oleh sebab tidak mahu menanggung malu yang amat, Datin Seri Maira terpaksa meminta jasa baik jiran lamanya dan juga kawan baiknya sejak zaman sekolah lagi, Datin Nooraine.

Aku bingung. Aku masih tidak dapat melupakan kata - kata auntie Mai yang tersemat kukuh di mindaku.

' Auntie dah tak tahu apa nak buat Qiz sayang. Kalau Qiz tak setuju tak apa. Tapi auntie sendiri tak faham kenapa Fatin tak setuju. Last minute pula tu. Dulu bukan main beria - ia nak kahwin dengan Riz, Riz pula yang tak nak kahwin dengan dia. Bila si Riz dah setuju, Fatin pula yang tak nak. Auntie tak dapat terima yang anak auntie jadi macam tu, secara tiba - tiba. Auntie dah cuba berubat, tapi tak dapat sembuhkan Riz. Tapi auntie reda. Qiz, cuba pertimbangkan ye? Auntie malu sangat Qiz. Allah dah tunjukkan pada auntie yang Fatin itu hanyalah pura - pura. Ya Allah...besar sungguh dugaanmu.'

Aku okey aje nak kahwin dengan mamat tu. Dari dulu semasa kami bejiran lagi aku sudah jatuh cinta pada lelaki itu. Aku pendam perasaanku selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya hati aku apabila mendapat tahu bahawa dia akan ke United States untuk belajar di international school di sana. Kini dia kembali.

Di sini pula, aku digemparkan dengan berita dia akan berkahwin dengan anak tauke minyak, Fatin Nabila. Ah! Aku pasrah namun aku reda sahaja. Saat itu, rasa cinta aku terhadapnya terus padam. Aku tahu hukum mencintai suami orang. Aku tidak sanggup menanggung dosa, namun aku terpaksa. Dan sekarang, aku pula diberi pilihan untuk berkahwin dengannya. Bagaimana aku hendak mencambahkan rasa cinta aku terhadapnya semula? Ya aku boleh. Tetapi dengan keadaannya yang tidak cukup seringgit itu, bolehkah aku bersabar dengannya?

Tidak pasal - pasal keluar berita ' ANAK AHLI KORPORAT TERKENAL MALAYSIA MATI DIKERJAKAN ISTERINYA'. Tak ke naya kat aku sahaja? Besar pahalanya jika aku menjaga suami aku yang keadaan mentalnya tidak stabil. Aku lebih pentingkan kehidupan di akhirat daripada di dunia. Aku juga berharap dapat sembuhkannya. Ingin aku melihatnya dalam keadaan normalnya. Handsomenya.... hindung mancung, kulit putih kemerahan, mata yang menggoda. Aku pula yang kena tahan diri aku daripada ' menerkamnya'. Itu namanya ambil kesempatan atas orang yang lemah! Keputusan aku muktamad, aku akan mengahwini juga lelaki itu dan menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri yang solehah. Aku akan menyaranya. Berinya makan, minum. Segalanya. Ya, aku boleh! Dr. Qiz Zahra is coming, watch out!

" Mama, Qiz memang nak kahwin dengan dia ma. Bukan sebab kesiankan auntie Mai, mama"

" Macam mana kalau dia sembuh, dia minta cerai daripada Qiz? Dia bukan ingat apa pun dalam keadaan macam ni" rasa kebimbangannya disuarakan juga akhirnya. Datin Nooraine tidak mahu anaknya menanggung derita. Tidak sama sekali anak tunggalnya akan dibiarkannya untuk menanggung derita.

" Qiz akan berjuang hingga ke akhirnya mama. Kalau dia minta cerai pun, mama dan papa masih ada untuk Qiz kan? Muktamad mama, itulah keputusan Qiz."

" Okeylah, kalau itu keputusan Qiz. Ini hidup Qiz kan? Abang, abang setuju kan kalau anak kita kahwin dengan anak kawan baik Aine?" aku pelik dengan perubahan mood mama. Tadi serius semacam, tapi sekarang? Dah macam biskut mood mama aku ni. Entah - entah, mama memang nak aku kahwin dengan mamat tu?

Datuk Bakhtiar hanya mengangguk, tidak mahu mencampur tangan dalam urusan isterinya itu. Kalau Queen sudah cakap, apa boleh buat?

Ya! Anak aku Qiz nanti kahwin dengan anak Mai! Dulu aku pernah janji nak kahwinkan anak aku dengan anak Mai. Tak sangka pula akan jadi kenyataan. Tak disangka juga kawan baik aku bakal jadi besan aku. Namun aku kasihankan juga nasib anak aku yang kena jadi pengantin terjun. Sebab itulah aku tanya keputusannya dulu. Dia pun bagi green light, tak disangka juga dengan begitu mudah. Yang si Riz tu, tiba - tiba aje jadi kureng apesal? Apapun, aku tahu anak aku dapat menjaga budak itu dengan baik dan tak mustahil dia dapat sembuh. Anak aku ni kan doktor terbaik di dunia?! Ha ha ha...

" Mama nak call auntie Mai! Qiz, jangan risau pasal apa - apa tau. Tadi auntie Mai dah pesan kalau Qiz setuju, semua persiapan dah dibuat untuk pernikahan esok. Qiz hanya perlu bawa diri tau!"

Laju mama berlari ke arah telefon. Pastinya untuk memberitahu berita baik itu kepada kawan baiknya. Mama lari laju macam nak lari maraton tau! Habis bergegar rumah banglo ni!

Tidak percaya rasanya dalam sekelip mata aku akan menjadi isteri orang. Esok, aku akan tinggalkan rumah yang sudah banyak memberikanku kenangan manis. Nak menangis? Entahlah. Aku sendiri yang membuat keputusan ini. Aku akan membawa 'senjata' untuk menahan kerenah suamiku ini. Insya - Allah, rumahtanggaku akan berkekalan.

(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)(๑❛ ‿ꆚ❛๑)

my childish husbandWhere stories live. Discover now