part 5

470 40 2
                                    

  "Aya, nampak chawin" soal jihyo kepada Dayang istana setelah mendapati kelibat chawin tak kelihatan.
  "Tidak puteri" jawab Dayang. Jihyo tersenyum. "Kan jihyo dah cakap jangan panggil puteri, panggil jihyo saja" pinta jihyo. "Tak boleh puteri, nanti naik marah pulak maharaja" jawabnya sopan. "Hurm, baiklah, betul aya tak nampak chawin "soal jihyo inginkan kepastian. "Betul putri, cuba putri tanya pengawal" ujur Dayang memberi pendapat. "Baiklah, jihyo pergi dulu" jawab jihyo tak lekang dengan senyuman manisnya dan beredar.
 
   Setelah bertanya dengan pengawal, jihyo diberitahu dimana chawin berada walaupun dihalang oleh pengawal diraja untuk jihyo tidak pergi ke gudang itu.
  Jihyo pergi kearah gudang yang diberitahu ditemani oleh dua orang pengawal, walaupun dia berani untuk kesana tapi dia meminta ditemani kerana pasti ada sesuatu yang bahaya kerana dia dihalang ke sana.
  
  Akhirnya siap juga tooeng yang dihasilkan, kotak kayu yang dijadikan bekas simpanan topeng itu diberi sentuhan terakhir dimana dia membalut dengan kain sutera sebagai pembalut.
   Sedang asyik chawin membalut kedengaran satu jeritan menerjah masuk ke telinganya. Pantas dia berlari mengatur langkah kearah suara itu.

   Sedang jihyo cermat mengatur langkah dia dikejutkan dengan seekor serigala putih yang menerjah kearahnya membuatkan dia jatuh terbaring di tanah. Seekor serigala putih yang kecil itu memgosokkan km mukanya para muka dan perut jihyo membuatkan jihyo ketawa.
  Pengawal yang berada disisi jihyo cemas dan ingin membantu jihyo tetapi dihalang oleh jihyo kerana baginya serigala ini bukan seekor serigala yang buas dan mengancam keselamyannya.
   "Wer? "Soal chawin kepada pengawal dengan cemas.  "Jihyo!  Kincana? "Soal chawin risau pantas menolong jihyo duduk dari jaringannya sempat diperiksa tubuh jihyo untuk memastikan tiada bahagian yang tercedera.
   Jihyo masih lagi ketawa matanya tak lepas dari melihat serigala itu dan menggosok bulunya. "Haha, kincana, ooo.. Kyepta"ujur jihyo lalu menggosokkan dahinya pada dahi serigala itu.
  Chawin turut tersenyum melihat jihyo dan serigalanya. "Fin, mari sini" panggil chawin pantas serigala itu beredar kearahnya dan meletakkan dagu dan sebelah tangannya dipaha chawin yang duduk bersila.
  Lembut jihyo mengusap bulu serigala itu membuatkan dia tertidur.  "Kyeopta,berapa usia dia" soal jihyo ingin tahu. "2 tahun" jawab chawin. "Mana awak dapat" "masa tu appa dan saya pergi keluar berburu dihutan, tanpa sengaja saya terpanah ibunya, pantas appa dan saya bergegas kearah ibunya untuk memastikan masih hidup atau sudah mati, pada saat itu ibunya masih hidup dan diperiksa oleh tabib yang ikut bersama, tabib beritahu bahawa serigala itu buting, jadi appa pantas mengambil keputusan untuk dibawa pulang keistana, sesampainya diistana tabib beritahu peluang untuk serigala itu hidup tipis kerana tepat mengena hatinya, kebetulan kandungannya sudah matang dan boleh diselamatkan, perasaan bersalah penuh dalam hati saya waktu itu jadi pantas saya meminta appa untuk menyuruh tabib segera menyelamatkan fin dari kandugan ibunya,akhirnya fin berjaya diselamatkan tetapi tidak ibunya,sejak itu appa,omma dan saya yang besarkan fin,jadi tak hairan lah fin bukan serigala yang buas, tapi yang menghairankan saya." ayat chawin terhenti dan menenung wajah jihyo dan didekatkan.
  "Wer?"soal jihyo. "Fin tak akan sesekali mendekatkan dirinya dengan orang lain inikan pula bermanja, hebatlah awak ni" sambung chawin pantas mencium bibir jihyo dan menjauhkan wajahnya.
   Wajah jihyo merona merah begitu juga chawin. "Ilmu apa awak guna" soal chawin untuk menghidupkan suasana yang janggal sambil menggosok lehernya.
  Jihyo tersenyum dan memandang chawin. "Saya guna ilmu ni" jawab jihyo dengan menunjuk dada chawin. "Hati" sambung jihyo dengan berbisik.
   Tangan kanan chawin dicapai lembut dan diletakkan didadanya.
Dapat dirasai chawin degupan jantung jihyo yang sangat tenang membuatkan dia terpesona ditambah melihat jihyo yang sentiasa memberi senyuman kepadanya.
  Tapi tidak lama bila mereka dikejutkan dengan fin yang terjaga dari tidurnya yang spontan duduk diriba jihyo dan menguis tangan jihyo dengan tangan kecilnya meminta untuk dibelai membuatkan jihyo dan chawin ketawa bersama melihat gelagat fin.

  Jihyo keluar dari bilik mandi dengan siap berpakaian baju tidur diikuti fin digendongannya melangkah kearah chawin yang sedang menonton televisyen di bedsofa.
  Diatas pemintaan jihyo untuk membawa fin bersama terpaksa diakur chawin kerana tahu jihyo sangat gembira bermain dengan serigla kecil itu.
  "Awak tengok ni"panggil jihyo supaya chawin melihatnya. Chawin menoleh melihat jihyo dan ketawa sebaik sahaja melihat jihyo dan fin,bukan jihyo yang mencuti hatinya tetapi fin yang dibedung seperti bayi digendongan jihyo,ditambah fin yang diam seakan selesa dibedung begitu.
   Jihyo duduk disebelah chawin tanpa megubah fin dari gendongannya yang  matanya mula layu ditepuk lembut badannya oleh jihyo.
   "Dah tidur dah" ujur chawin lalu menggosok lembut kepala fin ya.g sudah tidur digendongan jihyo.
   Jihyo tersenyum melihat wajah comel fin yang nyenyak tidur,jihyo mencium fin sebelum dibaringkan disofa.
   "Awak"panggil chawin. "Ya" jawab jihyo memandang chawin. "Saya dah cakap dengan appa tentang awak nak sekolah dan dia benarkan" khabar chawin membuatkan senyuman jihyo lebar.
   "Betul," soal jihyo meminta kepastian. "Hurm,, awak akan sekolah disekolah saya" sambung chawin kini menukarkan riak wajah jihyo walaupun masih dengan senyuman tetapi jelas riak kerisauan.
  "Tak apa la awak, saya belajar diistana" jawab jihyo dan mengalihkan pandangannya dari memandang chawin. 
  "Awak jangan risau, saya ada" ujur chawin mengalihkan semula wajah jihyo menatapnya.  "Tapi saya takut,ditambah pula sekolah awak campuran saya tak biasa" ujur jihyo memberi tahu kerisauannya.
  "Saya dan rakan saya akan jaga awak, lagipun awak ambil musik kan, tak ramai lelaki yang ambil kelas tu, dan untuk jaga princess saya ni, saya akan hantar awak ke kelas dan ambil awak dikelas, ingat tunggu saya bila habis kelas jangan jalan sendiri." ujur chawin untuk menghilangkan kerisauan dihati jihyo.
Jihyo mengangguk faham dan kembali mempamerkan senyuman manisnya. "Lagi satu, untuk memastikan awak tak diganggu saya buat ni" sambung chawin mengambil sesuatu dibawah sofa dan diberi kepada jihyo.
  Jihyo dengan teliti membuka balutan sutera itu dan membuka kotak itu membuatkan dia terkejut dengan topeng yang terdapat didalam kotak itu.
  Jihyo tersenyum dengan wajah yang gembira menoleh kearah chawin.
"Awak buat" soal jihyo, chawin mengangguk. "Tapi jangan pakai sekrang pakai esok pagi, ok" ujur chawin.  "Dan appa nak kita sembunyikan status awak supaya awak tak terancam"sambung chawin disambut dengan anggukan jihyo. 
   Kerana terlalu asyik bersembang akhirnya mereka tertidur dibed sofa itu diikuti fin diantara mereka tanpa banyak bergerak kerana dibedung dan dipeluk jihyo dan chawin.

Ji Hyo Princess Chawin PrinceWhere stories live. Discover now