part 11

494 45 3
                                    

Setiap purnama semakin matang kandungan jihyo. Tinggal menghitung hari sahaja untuk jihyo melahirkan.

"Apa maksudnya" soal chawin setelah mendengar penjelasan dari tabib diraja.
"Maksudnya, tuan putra harus bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan, ini semua disebabkan keadaan tuan putri yang sukar dijangka, jika tuan putri masih belum sedar saat mahu dilahirkan, tiada pilihan lain selain pembedahan, itu yang harus tuan putra bersedia sebab kemungkinan untuk tuan putri hidup sangat tipis" teringiang apa yang diterang oleh tabib diraja padanya.
Tangan jihyo digenggam erat oleh chawin berharap apa yang dikatakan oleh tabib diraja itu tidak benar.
"Jihyo, bangun la, sampai bila awak nak tidur macam ni, lama saya tunggu awak, bangun la jihyo" rayu chawin dengan mata yang berpinar menahan air matanya jatuh tapi tak dapat disengka lagi akhirnya jatuh juga kepipi dan dahinya disembamkan ditangan jihyo.

Setiap sumpahan ada penawarnya, seperti keturunanku wahai putra, akan tetapi sumpahan sidara, akan terlerai jika kena caranya.
Langkah mulanya telah kau laksana, langkah akhirnya sabar putra, kerana,serigala mu penyelamat nyawanya.

Tersentak chawin tatkala terbangun dari tidurnya. Setiap ruang kamar diperhati chawin tetapi tiada kelibat sesiapa kecuali fin yang tidur disisi jihyo.

Maafkan aku wahai putra, kerana biarkan kau sangsi padaku, bukan niatku untuk berdusta, tetapi percayalah kata kataku.

Sumpahan sidara bukannya biasa, kerna kuasanya sangat berbisa, justeru sukar mengubat dirinya, cuma bersabarlah, harinya akan tiba. Akan tetapi. Serigalamu kobannya.

Setiap butir perkataan yang diujur suara yang menyapanya membuatkan chawin bertambah runsing, kenapa harus setiap apa yang cuba diberitahu padanya bagai teka teki yang membuatkan dia bagaikan hilang punca.
Fin disebelah jihyo diperhati chawin kosong.
Fin yang tadinya tidur kini terjaga bagaikan tahu bahawa chawin memerhatinya.
Langkahnya diatur kearah chawin lalu duduk bertentangan dengan chawin.
Matanya yang jelas gembira dibalas dengan senyuman chawin dan dipeluk.
Fin menggosok-gosokkan bulunya yang lembut pada wajah chawin.
"Apa maksud suara tadi fin, andai betul kau korbannya, jangan risau aku takkan biarkan" ujur chawin menggosok lembut bulu fin.
Mata fin ditatap chawin, masih tidak berubah riak fin, masih kelihatan gembira seakan tidak mendengar apa yang diluahnya.
Sedangkan fin merupakan seekor serigala, sememangnya serigala tahu dan faham apa yag diucap oleh manusia dan dapat menunjukkan perasaan mereka.

Hari demi hari jihyo dipantau oleh tabib. Sehinggalah tatkala dapat dikesan bahawa keadaan jihyo tidak seperti biasa ditambah apabila melihat fin yang semakin hari berpinar matanya apabila melihat jihyo diperiksa dan susut tubuhnya yang semakin layu dan lemah.

Malam yang dingin membuatkan tubuh kecil serigala iaitu fin mengigil kesejukan.
Tidak seperti kebiasaan fin akan tidur disisi jihyo tetapi malam ini rumah serigalanya disisi gudang dijadikan tempat untuknya tidur.
"Fin" panggil satu suara tatkala fin sedang tidur merehatkan tubuhnya yang lemah, matanya dipaksa untuk dibuka untuk melihat siapa yang memanggilnya.
Wajah yang ditangkap fin tatkala matanya dibuka ialah gadis yang dirinduinya.
Pantas dipaksa dirinya untuk bangun dari tempat tidurnya menuju kearah gadis yang dilihatnya dengan mata yang berpinar gembira.walaupun langkahnya benar lemah dan setiap langkah yang diatur pasti rebah kelantai.
"Fin, hyo rindu fin," ujur gadis itu tatkala dia didalam dakapan gadis itu. Hatinya riang kerana dapat merasai kehangatan dakapan gadis yang selama ini dirindunya, air matanya jatuh menandakan kegembiraan walhal kesakitan yang dirasainya lebih perit tetapi seakan hilang setelah berada dalam dakapan gadis ini.
"Terima kasih sebab jaga anak hyo dan hyo. Walau apa pun yag terjadi fin akan selalu ada pada hyo termasuk fin korbankan permata yang selama ini untuk fin truskan hidup. Hyo janji anak ini akan hyo namakan nama fin sebab fin bermaksud ketekadtan kasih sayang, nama yang sangat indah seperti sifat fin yang tekad mengorbankan nyawa fin untuk jihyo. Hyo akan ingat fin sampai bila-bila. Hyo janji. " ujur gadis itu membuatkan sinar dimata fin semakin berpinar gembira dan perlahan pandangan matanya kabur menandakan pandangannya akan gelap untuk selamanya diirngi senyuman gadis dihadapannya walaupun kenyataannya itu hanya bayangannya.

"Win! " panggil jihyo menyedarkan chawin dari tidurnya. Bingkas chawin bangun dan melihat gadis disisnya kini sudah sedar tetapi riak wajahnya menunjukkan kesakitan.
"Jihyo " chawin mulai cemas dan pantas menjerit memanggil Dayang supaya diberitahu pada tabib.
Hampir setengah jam khbar jihyo masih tidak diberitahu keadaannya. Kedua buah keluarga sudah ada menunggu khabar.
Sehinggalah kedengaran tangisan bayi dari dalam kamar. Pantas chawin menapak masuk mendapatkan jihyo termasuk appanya dan appa jihyo manakala kedua omma sudah berada didalam kamar.
Kelihatan riak ceria terpamer diwajah kedua maharani. "Chawin, tahniah kamu dapat seorang putra" beritahu kedua maharani melebarkan senyuman sesiapa yang mendengarnya.
"Jihyo? " soal chawin. "Ada didalam, pergilah" suruh maharani lalu memberikan putranya kedalam pangkuannya untuk dibawa pada jihyo.
Jihyo yang sudah ditukar pakaiannya kini terbaring dikatil dengan memberikan senyuman padanya.
Pantas chawin memeluk jihyo melepaskan kerinduannya. "Anak lelaki" beritahu chawin membuatkan air mata jihyo jatuh menandakan kegembiraan.
"Fin"sebutan pertama yang keluar dari bibir jihyo membuatkan chawin tergamam.
"Bwo" soal chawin. "Nama bayi putra kita fin, ketekadtan kasih sayang " ujur jihyo lalu menangis teresak-esak membuatkan chawin sedar fin tidak kelihatan.
Diperintahkan seluruh pengawal mencari fin. Akhirnya tubuh kecil fin dijumpai terbaring dirumahnya.
Diperiksa nadi fin ternyata fin sudah tiada dan terbaringnya fin lemah diatas gambar dia bersama jihyo dan chawin.

Ketekadtan fin jadi cerita, selamatkan putri jihyo tercinta, al kisahnya dicatat didalam karya, oleh pembesar kerabat diraja, supaya pengorbanannya dikenang semua.

6 tahun sudah berlalu, Hiduplah chawin bersama permaisurinya, jihyo namanya putri jelita, tak lupa si permata fin namanya,sangat cekap bermain senjata, juga petah tutur katanya.
Kini bahagialah keluarga diraja.....

Tamat...










Ji Hyo Princess Chawin PrinceWhere stories live. Discover now