Jihyo seperti biasa dimanjakan dirinya untuk bangun awal pagi. Kedudukan yang masih sama tanpa beranjak.
Tangan chawin dipinggangnya cuba dileraikan dengan diangkat perlahan.
Sebaik sahaja dialih,jihyo beralih turun dari katil menuju ke koridor.
Langsir pemisah koridor dan bilik dibuka jihyo menyaksikan suasana pagi yang belum cerah kerana sang matahari belum muncul dari persembunyiannya.
Buaiyan rotan yang besar seakan katil dijadikan tempat penantiannya menunggu matahari,selang beberapa minit kelihatan sinaran matahari mula menyinari alam yang dimana sering kali mengujakan jihyo, walaupun sudah bertahun dia melihat semenjak dari kecil lagi.Mata chawin dibuka perlahan, dia seakan berfikir seketika kerana merasakan sesuatu yang terlupa. Dimenoleh kehadapan kerana terasa harinya tidak seperti yang sebelum ini kerana cahaya matahari menyapanya. "Jihyo" sentaknya kerana baru dia perasan bahawa jihyo tiada disisinya. Pantas chawin melangkah ke bilik mandi untuk diperiksa tetapi tiada langkahnya pantas diatur di koridor mencari jihyo.
Dililaukan matanya mencari mencari kelibat jihyo tetapi tidak dilihat. Chawin mengatur langkah untuk beredar tetapi matanya tertangkap pada buaiyan rotan yang terayun sendiri kerana dibuai angin. Langkahnya diatur perlahan sehingga gadis yang dicarinya lentok tidur didalam buai itu dengan buai yang terayun dibuai angin.
Chawin tersenyum sendiri. Tempat yang masih berbaki disebelah jihyo diduduknya dan tidur mengiring menghadap wajah jihyo yang mengiring dihadapannya.
Walaupun tidur, senyuman dibibir jihyo tidak pernah hilang membuatkan mata chawin tak lekang dari meratap wajah jihyo.
Jihyo terjaga dari tidurnya membuka perlahan matanya, saat matanya dibuka, pada masa yang sama chawin membuka matanya tersedar dari tidurnya . Mata mereka saling bertaut akhirnya dileraikan dengan senyuman mereka.
Jihyo bangun dari baringannya dan duduk dengan kaki diunjur keluar dari buaian dan mengeliat kecil tapi nampak kesopannya.
Chawin yang masih berbaring tercuit melihat gerak geri jihyo yang baginya penuh dengan kemanisan, setiap perbuatan jihyo ada gaya tersendiri yang tiada pada gadis lain. Cara tutur bicaranya, langkahnya, perlakuannya amat menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.
Chawin bangun dari baringannya dan duduk disebelah jihyo. Jihyo menolehkan wajahnya menghadap chawin.
"Awak ada soalan, betulkan? " ujur jihyo sudah dapat membaca reaksi chawin. Chawin tersenyum dan mengangguk.
"Awak dah ada buah hati? " soal chawin. "Ada" jawab jihyo selamba mengejutkan chawin. "Siapa? ". Jihyo ketawa kecil melihat reaksi chawin lalu mendekatkan wajahnya pada wajah chawin. "My appa" bisik jihyo dan ketawa membuatkan chawin menghembus nafas lega dan turut ketawa dengan matanya merenung wajah jihyo yang riang ketawa.
"Jujur saya tak pernah ada buah hati sebab... "Jihyo memanjang ayat hujungnya dan berdiri menapak ke penghadang koridor diikuti chawin.
"Sebab " soal chawin. Jihyo menoleh kearah chawin. "Saya tak pernah berjumpa atau berkenalan dengan lelaki seusia saya ataupun remaja lelaki yang lain. Saya disekolahkan disekolah diraja yang hanya pelajarnya semua perempuan. Tidak boleh pernah diberi peluang untuk lihat dunia luar, masa saya banyak dihabiskan diistana, tapi saya seronok sebab saya dikelilingi oleh ramai penghibur atau teman bermain saya. Hidup saya tak pernah sunyi, jadi awak lah lelaki seusia saya yang pertama pernah saya kenal, awak patut bangga tau" bisik jihyo diayat akhirnya pada chawin dan ketawa.
Entah mengapa chawin gemar mendengar setiap ayat yang diucap jihyo, pipinya tidak kebas menguntum senyuman dan ketawa. Perasaan gembira yang tak pernah dirasainya sebelum ini mekar didalam dirinya setelah mengenal jihyo.
"Patutlah kau sangat istimewa jihyo, hidup kau dipenuhi corak yang sangat menarik ditambah dengan hati dan fikiran kau yang sentiasa positif dan menerima segalanya dengan ikhlas walaupun bagi orang lain itu seperti satu perkara yang tak adil diperlakukan pada gadis seusia kau,yang berhak untuk merasai erti kebebasan" monolog hati chawin masih memandang jihyo.
Bola matanya chawin setia menangkap setiap gerak geri jihyo. Jihyo yang tidak sedar hanya menyisir rambutnya seperti biasa. Meja solek yang sangat simple bagi seorang puteri kerana hanya terdapat tiga barang sahaja iaitu losen, sikat dan peti menyimpan alatan perhiasan rambutnya.
Bagi chawin gadis mengambil masa yang sangat lama untuk bersiap termasuk ommanya tetapi tidak jihyo, cukup sekadar mendandan rambutnya dan menyapu losen ketubuhnya tanpa mengenakan sebarang makeup sekadar dengan mempamerkan wajah semulajadinya yang tak jemu dipandang orang ramai.
Jujur chawin akui jihyo mempunyai kecantikan yang semulajadi yang tidak pernah dimiliki gadis lain, kebanyakkannya hanya dicantikkan dengan solekan mereka sahaja, ditambah dengan haruman bungaan losen yang lembut dan harum ditubuh jihyo mampu memikat sesiapa yang berada didekatkannya.
Sedang asyik dia menenung sepit yang ingin diselit dirambut jihyo. Jihyo ingin menoleh untuk mengambil sepit itu tetapi terlebih dahulu diambil chawin.
"Can i" ujur chawin. Jihyo mengangguk seperti biasa beserta senyumannya. Chawin menyelitkan dibhagian yang ingin diselit jihyo sebntar tadi. Sepit yang bercorakkan bunya sakura amat sesuai diselitkan diantara dua dendan yang disatukan jihyo dibahagian belakang kepalanya.
Jihyo bangun dari bangku yang diduduknya. "Will you, a beautiful princess,walk with me" ujur chawin menghulurkan tangan kanannya pada jihyo dan sebelah lagi dibelakangnnya.
Senyuman jihyo semakin melebar dan ketawa menyambut pelawaan chawin dengan memautkan tangannya pada lengan chawin dan beredar keluar dari kamar, walaupun sebenarnya malu tetapi diturutkan jua permainan chawin.
Sebaik sahaja mereka tiba laluan keluar dari bilik semua mata menatap jihyo dengan kagum kerana belum pernah melihat wajah putri yang ditabalkan semalam rupanya cantik rupa parasnya manakala jihyo setia memberikan senyuman dan menganggukkan kepalanya lembut sebagai tanda menyapa Dayang Dayang dan penghuni istana yang lain.
"Wahhh,,, cantiknya putri jihyo," "sesuai dengan putra chawin" "manisnya senyuman dia" "tentu cantik budinya," "mestilah aku dengar khabar Dayang disana, putri jihyo sangat disayangi semua, " "wah, kalau begitu aku hendak berkenalan dengan dia" ujur seorang Dayang yang dalam lingkungan 40 han.
"Putri"panggilnya diikuti Dayang yang lain. Langkah chawin dan jihyo terhenti. Mereka menoleh menghadap Dayang yang memanggil jihyo.
Jihyo mengorak langkah kearah Dayang yang sedang menunduk 90 kearahnya masih kekal dengan tundukan itu. Jihyo memegang lembut bahu wanita yang dalam lingkungan 40an tu menyuruhnya untuk bangun begitu jua yang lain. "Tak usah la tunduk begini kalau jumpa dengan jihyo, cukup sekadar memanggil nama jihyo, apa nama aya, maksud jihyo nama puan" soal jihyo, sesungguhnya jihyo tidak pernah membahasaka dayangnya sebagai Dayang kerana baginya terlalu kecil gelaran itu justera dia gantikan dengn panggilan aya.
"Nama patik park sea ra" jawabnya diikuti yang lain. "Nama patik kim ha rin" "nama patik choi dong hae" "dan nama patik "yong ra e" jawab mereka dengan tangan kanan didada sebagai tanda hormat.
"Tak perlu lakukan ini, lagipun jihyo yang lebih muda dari kalian sepatutnya jihyo yang harus beri hormat, jihyo kenal, saya fame jihyo isteri kepada fame chawin, salam perkenalan" ujur jihyo lalu menundukkan badannya dan cuba dihalang oleh para Dayang tapi jihyo lebih pantas. "Aip, jangan halang jihyo" ujur jihyo lalu ketawa diikuti para Dayang kerana reaksi jihyo setelah bangun dari tunduknya yang mencuit hati. "Baik lah,jihyo dah kena beredar, nanti kita berbual lagi,da" ujur jihyo memberi senyuman tapi langkahnya terhenti dan memandang mereka. "Jihyo panggil kalian aya dan kalian panggil jihyo, jihyo,arra" ujur jihyo. "Dae"jawab mereka serentak lalu ketawa begitu juga jihyo melambai kearah mereka dan melangkah kearah chawin.
Chawin yang hanya memeluk tubuh memerhati gelagat jihyo melayan Dayang istana tersenyum sendiri dan ketawa sendiri kerana sikap jihyo yang begitu hormat dengan orang yang lebih tua darinya tanpa memikirkan bahawa dirinya itu seorang putri, ditambah apabila jihyo menukar nama keluarganya dengan nama fame itu membuatkan chawin seakan bertuah kerana memiliki putri yang sebenarnya bukan cantik wajahnya tetapi cantik pertuturan dan hatinya.
YOU ARE READING
Ji Hyo Princess Chawin Prince
Cerita PendekDua kerabat ingin bersatu, Sama darjatnya berpangkat diraja, Dirancang si raja akan caranya, Akhirnya diputuskan, dikahwinkan anak mereka.