part 10

452 44 3
                                    

Chawin dan jihyo dibawa keistana sung yeol dan naeun, chawin mengendong jihyo kemas walaupun sung yeol menawarkan bantuan Dayang mereka untuk membantu, tetapi chawin menolak.
Walaupun kehadiran mereka disambut baik tapi semua itu tidak merubah kenyataan bahawa nyawa jihyo sekarang menjadi gadaian.

Setibanya dikamar yang disediakan naeun menyuruh chawin dan jihyo berehat seketika sementara persedian disiapkan.
Chawin men baringkan jihyo perlahan diatas katil sebelum membuka topeng diwajah jihyo.
Wajah jihyo ditatap lama, baginya inilah masa yang harus dimanfaatnya untuk melihat wajah gadis itu kerana mungkin ini ratapan yang terakhir.
Akar dileher jihyo diulus lembut, "kenapa kau perlu wujud dalam diri gadis seperti jihyo, kehadiran kau umpama racun bagi aku, racun yang harus aku telan walaupun pahit, jika ku luah aku umpama pemburu yang menyiksa buruannya. " rintih chawin dengan tak semena air mata jatuh dari tubir mata chawin.
Tangisan chawin dikesat tatkala seseorang mula ingin menapak masuk ke bilik itu. Chawin menoleh melihat siapa gerangan yang mengejutkannya.
Kelihatan seorang wanita separuh usia perlahan mengatur langkah kearahnya, walaupun kedutan menghias wajahnya namun manis dilihat raut wajahnya, chawin membalas senyuman wanita itu lalu membantu wanita itu berjalan kerana langkahnya seperti menuju kearah jihyo.
Sebaik sahaja tiba, dia melabuhkan punggungnya disisi jihyo. Wajah jihyo diusap lembut oleh wanita itu.
"Kasihan betul nasib sidara, akar binasa menular padanya, sumpahan durjana dari satria, diwarisi keturunannya, meragut nyawa orang yang mulia" tutur wanita itu perlahan namun masih jelas ditangkap ditelinga chawin.
"Apa maksud nenek? " soal chawin tidak faham maksud wanita itu.
"Setiap sumpahan ada ceritanya, bermula dengan moyang sidara, direbut hatinya oleh mereka akhirnya dimenangi satria durhaka, moyang sidara menolak si satria kerana membunuh putra dicinta, rela mati moyang sidara, cuba menikam pedang didada, belum sempat berbuat apa, moyang sidara dipukau hingga menurut katanya, diperintahnya ia menurut katanya, mengeluarkan ayat "menularlah akar berbisa, menjadi nadi, mencari mangsa", ini kerana moyang sidara mempunyai kuasa. Keturunan ku kini diseksa,oleh sumpahan moyang sidara, kerana mengikut perintah satria, malangnya tak kekal lama, penawarnya tiba di diri sidara, mampu meleraikan sumpahan durjana,membebaskan keturunankan dari diseksa,tetapi nyawa sidara galang gantinya" atur ayat wanita itu menceritakan segalanya kini chawin mulai faham apa yang cuba sung yeol katakan tadi.
"Adilkah apa yang saya taruhkan nek, jihyo sebagai gadaian" keluh chawin.
Wanita itu menatap chawin, "bukankah putri milik kamu putra, kenapa belum disentuh dirinya?, percayalah aku wahai sang raja, setelah ku ambil nadinya, kau sentuh la ia, kelak kau akan rungkai sumpahannya. " ujur wanita itu lalu mula beredar untuk keluar.
Apa Yang diucap wanita itu membuatkan chawin terkedu seketika memahami maksudnya. "Apa yang nenek mak" belum sempat soalannya diacu wanita itu hilang dari pandangan Wal hal baru seketika dia melangkah untuk beredar.
Baju untuk jihyo ditukar chawin. Sungguh cantik jihyo mengenakan gaun putih yang dihias dengan kelopak bunga kecil yang terukir digaun itu. Rambut jihyo disisir kemas dan disepitkan dengan penyepit rambut teratai yang selalu dipakainya.
Tubuh jihyo ditarik chawin kedakapannya. Haruman teratai yang sentiasa mengharumkan tubuh jihyo dihidu chawin menghilangkan rasa gelisah dihatinya.

Setelah segala persiapan disediakan, chawin disuruh membawa jihyo ke dewan yang disediakan.
Sebuah katil kaca indah terhias ditengah dewan menunggu jihyo baring diatasnya. Kaca yang sangat nipis tanpa ditampung oleh sebatang besi atau kayu hanya dibuat dari kaca.
Chawin was was untuk meletak jihyo diatasnya. Namun setelah melihat isyarat dari sung yeol bahaya tak akan apa apa, dia memberanikan diri meletakkan jihyo diatasnya.
Tapi chawin terkejut tatkala membaringkan jihyo diatasnya kaca itu bertukar menjadi air dimana jihyo terapung di atas air itu tanpa membasahkan gaun dan sehelai rambut jihyo.
Sung yeol, naeun dan wanita tadi mengelilingi jihyo lalu menunjukkan kedua tapak mereka kearah jihyo, dari situ keluarlah cahaya yang menerangi jihyo memancar sinarannya menerangi dewan, perlahan demi perlahan tubuh jihyo terapung diudara sehinggalah keluarnya akar menular keluar dari tubuh jihyo kearah air yang mengapungkannya tadi, diikuti akar dari tubuh naeun dan sung yeol. Kedengaran teriakan naeun kuat menggemakan dewan sehinggalah dia terbaring lemah dilantai, manakala sung yeol menahan sakitnya kerana akar didalam diri jihyo masih berbaki.
Sehinggalah sung yeol terduduk lemah dilantai melepaskan keluhannya kerana menahan kesakitan.
Wanita itu memberi isyarat kepada chawin menangkap jihyo setelah akar yang berbaki sudah keluar dari tubuh jihyo.
"Turutkan kataku raja, itu cara selamatkan nyawanya" ujur wanita itu. Lalu menghilangkan chawin dari pandangannya.

Sebaik sahaja ayat wanita itu diujur chawin mendapati dia kini berada dibiliknya.
Jihyo dibaringkan dikatil. "Setelah ku ambil nadinya, kau sentuhlah ia, kelak kau akan merungkai sumpahannya" terngiang ayat itu difikiran chawin.
Hatinya berbelah bahagi kerana terpaksa melanggar janjinya dimana "jangan risau saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia" terngiang janjinya pada jihyo dahulu.
Namun kerana itu sahaja cara untuk menyelamatkan jihyo, dia terpaksa melakukannya.

Sudah dekat sebulan jihyo masih terbaring dikatil tanpa sedarkan diri, umpama jasad tak bernyawa, terlintas difikiran chawin bahawa wanita itu menipunya, dia menyesal kerana melanggar janjinya pada jihyo walaupun sememangnya jihyo itu isterinya.
Mengikut tabib jihyo masih hidup, cuma masa dan ketika sahaja yang mampu sedarkan dia.
Pernah chawin cuba mencari sung yeol dan naeun, tapi menurut mereka sung yeol dan naeun sudah berpindah, chawin juga gagal mengesan dimana istana mereka.
Puas kedua maharaja mencari penawar menyembuhkan jihyo tetapi tidak berkesan.
Sehinggalah suatu hari chawin dikhabarkan bahawa jihyo mengandung, sesuatu yang jarang sekali terjadi mengejutkan seisi istana begitu juga kedua maharaja.
Mengikut tabib, anak yang bakal dilahirkan bukan calang-calang bayi kerana belum pernah dalam sejarah kerabat diraja putri hamil dalam situasi yang dialami jihyo sekarang.
Disebabkan kejadian ini chawin mengambil keputusan untuk sedia belajar apa yang sepatutnya dibelajar iaitu berkenaan pemerintahan.
Masanya kini dihabiskan diistana, setiapa masanya hanyalah ditumpukan pada jihyo dan pembelajarannya, ditambah perut jihyo yang semakin nampak besarnya, walaupun tanpa makan dan minum, setiap hari jihyo akan diperiksa tabib akan dirinya dan kandungannya, menurut tabib bayi dan jihyo sihat tanpa sebarang tanda bahawa kesihatan mereka terjejas.

Selesai membersihkan diri seperti biasa chawin akan berbaring di samping jihyo dan mengusap lembut perut jihyo yang kini kandungan sudah mencecah 7 bulan.
Jika sekali lihat perutnya seakan tidak membesar kerana tubuh jihyo yang kecil.
Sudah 8 bulan jihyo tak sedarkan diri namun tubuh tidak lansung susut dan pucat kerana tidak makan dan minum.
"Jihyo, saya tahu awak mungkin dengar apa yang saya nak cakapkan, tabib kata anak kita sihat dan bukan calang-calang bayi, awak tahu kenapa, sebab dia dalam kandungan seorang gadis yang hebat, jadi awak kena bangun, sebab anak kita nak rasa macam mana rasa jatuh cinta macam pertama kali saya lihat senyuman awak, awak satu dalam sejuta, tiada sesiapa mempunyai keikhlasan yang ada pada hati awak, datanglah seberapa ramai jihyo dalam diri saya tapi saya nak awak tahu, hanya awak jihyo yang ada dalam diri saya, teratai yang hidup dihati saya" ujur chawin sehingga tanpa sedar dia terlelap diakhir katanya.
Tidak lupa fin yang sentiasa meneman jihyo dibilik,tetapi gelagat fin sukar difahami chawin tatkala setiap Kali chawin menjengah masuk setelah selesai belajar fin akan melompat disebelah jihyo Dan menggosok perut jihyo dengan kepalanya.
Pernah chawin memberitahu appanya tapi kata appanya mungkin fin rindukan jihyo.

Ji Hyo Princess Chawin PrinceWhere stories live. Discover now