TKOD 1:BLUE XAVIER

280 19 18
                                    

Credit kepada Alexna_Syufa untuk cover cerita ni. Thank my dear friend~♥

Ok, saya penulis yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan ni. Lagi-lagi untuk ganre fantasi ni. Jadi maaflah kalau gaya penulisan dan cerita saya ni tak menarik *Sulking*....

Akhir kata, terima kasih kepada my dear friend kerana sentiasa 'memujuk' saya untuk mempublish cerita ini.. Jadi, selamat bergembira~
----------------------------------------------------------------------

"Akhirnya sang wira dan puteri hidup dengan bahagia selama-lamanya. Tamat." Buku yang setebal 5 cm itu ditutup setelah dia selesai membacanya.

"Ah.. akhirnya habis juga aku baca buku ni.Kena pulangkan semula dekat Rayven sebelum dia serang aku." Keluhan lega di lepaskan setelah berjaya menghabiskan buku cerita yang dipinjam daripada sahabatnya,Rayven.

satu-satunya orang yang tahu mengenai hobinya membaca kisah-kisah fantasi dan berunsur percintaan.

"Xav!!" Seorang lelaki yang menerjah masuk ke dalam biliknya membuatkan Xavier kalut dan terus membaling buku di tangannya.

"Apa yang kau baling tadi?" soal lelaki itu,perasan apabila Xavier membaling sesuatu dengan kelajuan pantas.

"Uh,tak adalah apa-apa.Kau nak apa Aster?" soal Xavier sambil memandang lelaki di hadapannya dengan muka tak berperasaan.Sebenarnya cuba menukar topik dan menghilangkan perasaan gelabah.

"Hei! Hormatlah sikit! Aku ni abang kau,tau tak? Hump!" Lelaki yang bernama Aster itu mengembungkan pipinya sambil berpeluk tubuh.Tak suka barangkali dengan sikap adiknya yang dingin terhadap abang kandungnya sendiri.

"Apa-apa jelah." Xavier masih dengan muka tak berperasaannya.Malas melayan abangnya yang berperangai kebudak-budakan tidak sesuai dengan umurnya yang menginjak 22 tahun. 2 tahun tua dari Xavier

Aster membebel geram apabila menerima layanan dingin dari satu-satunya adik lelakinya itu.

Xavier hanya membiarkan abangnya membebel. Tidak berminat untuk menghentikan leteran abangnya itu. Namun dia merasakan leteran Aster bagaikan suatu melodi yang didendang lembut,sehinggalah dia merasakan dia kembali ke dunia yang diimpikannya.

Dunia fantasi.

"Dreamland,here i'm."

----------------------------------------------------------------------

PAK!! PAK!!

"Bangun!! Bangun aku cakap!" Aster dengan perasaan geram yang menggunung,menampar pipi Xarvier yang enak tidur ketika dia membebel tadi. Ah,pantang betul si Xarvier ni ada peluang. Tidur sahaja kerjanya.

"Auch!! Auch!! Sakitlah!" Xarvier yang sudah sedar dari alam mimpinya menolak tubuh Aster sehingga Aster jatuh dari katil.

"Adoi!" Aster mengaduh sakit apabila punggungnya jatuh menghentak lantai. Dia bangun perlahan sambil mengosok punggungnya yang terasa kebas.

"Xav ni jahatlah! Ingat tak sakit ke kena tolak sampai jatuh dekat lantai?" Rungut Aster.Dia hendak kejutkan Xavier,dia pula yang ditolaknya sampai jatuh dekat lantai.

"Habis tu. Kau tampar aku ingat tak sakit ke?" Balas Xavier sambil mengusap ke dua belah pipinya yang terasa kebas. Kalau tengok dekat cermin,pasti pipinya memerah akibat tamparan Aster tu.

"Aku nak kejutkan kau! Boleh lagi kau tidur masa aku membebel tadi,siapa tak sakit hati!" Aster bercekak pinggang sambil memaparkan wajah geram,mukanya memerah akibat menahan perasaan geram terhadap Xavier.

The Knight Of DreamlandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang