Sebelum ini→
"ABANG!!" Terus Xavier berlari ke arah Aster, menahan kepala Aster dengan badannya.
Cecair merah pekat mengalir turun, membasahi wajah pucat Aster. Mata Xavier membulat, degupan jantungnya semakin laju.
"Abang!! Bangunlah!! Abang!!" Xavier menampar pipi abangnya, dalam usaha untuk membangunkan Aster yang tidak sedarkan diri.
-------------------•••••••••••••••••••-----------------------
Di hospital,
Ketika ini Aster masih berada di dalam wad kecemasan, sedang dirawat akibat kejadian yang tak terjangka tadi.
Xavier dan Rayven sedang duduk di kerusi, berhadapan dengan bilik rawatan itu. Manakala lelaki berambut silver, Thyme bersandar pada dinding yang berhadapan dengan Xavier.
Riak wajah Xavier kelihatan kusut sekali, menggengam tangannya dengan erat sehingga ruasnya bertukar warna putih. Tanda bahawa betapa kejapnya gengaman tangannya.
Thyme si lelaki berkaca mata, yang juga rakan baik Aster menapak ke arah Xavier dan duduk di sebelahnya.
"Xav, kau janganlah risau sangat. Aku yakin, Aster tak akan apa-apa.." Ujar Thyme, memberikan semangat kepada Xavier. Rayven disebelah Xavier hanya menjadi pemerhati.
"Ni- ni semua salah aku. Aku tak sepatutnya cakap macam tu dekat dia.." Xavier bersuara, cukup untuk didengari oleh Rayven dan Thyme yang berada disampingnya.
"... Kau cakap apa dekat dia?" Rayven bersuara, kedengaran teragak-agak.
Thyme mengerutkan dahi, menegah lelaki berambut merah itu dari bertanya tetapi Xavier terlebih dahulu bersuara.
"Aku cakap benda yang buat dia terkenang kisah silam, memori gelap yang sepatutnya kami padam dari hidup kami." Kelam riak wajah Xavier apabila bersuara, iris biru gelapnya kelihatan tidak fokus. Sepertinya dia tersedut ke alam memori, memori dari masa lampaunya.
Thyme dan Rayven saling berpandangan. Thyme menggeleng kepala kepada Rayven dan seakan ada komunikasi antara mereka apabila Rayven mengangguk kepalanya dengan wajah ketat.
Tiba-tiba seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an yang berkot putih, menapak keluar dari bilik rawatan yang menempatkan Aster didalamnya.
Thyme yang terlebih dahulu sedar keberadaan lelaki itu pantas berdiri & menghampirinya.
"Doktor, macam mana keadaan Aster?" Thyme terlebih dahulu bertanya apabila dia bertentang muka dengan doktor yang merawat Aster tadi.
Xavier dan Rayven turut bangun dan mengikuti perbuatan Thyme iaitu mendapatkan berita mengenai keadaan Aster.
"Kamu semua keluarga si pesakit?" Sapa si doktor, dengan senyuman manis. Topeng mulut berada ditangannya.
"Tak payah basa-basi, stright to the point. Macam mana keadaan abang saya?" Bicara Xavier kedengaran dingin dan tertekan.
Jelas dia tertekan dan sekarang ini dia hanya mahu memastikan abangnya, Aster berada dalam keadaan selamat.
"Xav!!" Rayven menarik perlahan lengan Xavier, sedikit geram dengan sikap dingin dan kurang adab yang tidak bertempat itu.
"Ah, maaflah doktor.. Dia ni adik pesakit dan dia ni terlampau risaukan abang dia. Rambut merah tu kawan dia dan saya sepupu dia, Thyme. Salam perkenalan." Thyme dan doktor itu saling berjabat tangan.
"Tak mengapa, saya faham. Saya Dr. William, selamat berkenalan, En. Thyme."
"Erm.. Jadi, boleh kami tahu bagaimana dengan keadaan Aster?" Soal Thyme dengan tenang, kedengaran profesional mengawal situasi yang tegang.
![](https://img.wattpad.com/cover/83810873-288-k161758.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
The Knight Of Dreamland
AcakBlue xavier. Namanya sudah dapat menggambarkan dia seorang yang dingin dan berani. Tapi satu perkara yang dirahsiakan ialah,dia obses dengan dunia fantasi sehinggakan tidurnya ditemani dengan cerita fantasi dan bercita-cita menjadi hero dalam cerita...