TKOD 2:OBSESS!

131 14 3
                                    

"Kita..dah sampai. Spot remaja." Kata Rayven sambil memandang bangunan yang tersergam indah di hadapan mereka berdua.

"Dah lama betul tak datang sini." Kata Xavier yang berdiri di sebelah Rayven. Dia kini mengenakan hoodie untuk menutup wajahnya.

"Aku rasakan..mesti banyak barang baru yang menarikkan?Jom masuk dan tengok." Rayven mengajak Xavier masuk ke dalam bangunan itu,wajah teruja dipaparkan kepada Xavier yang hanya kaku di hadapan bangunan itu.

"Nak masuk ke? Aku rasa kalau masuk mesti kita balik malam nanti. Kau ni mana boleh percaya,berjam-jam kau nak pilih yang paling perfect." Xavier memandang Rayven dengan muka tak berperasaan. Faham benar dengan sikap sahabatnya yang seorang ni.

"Alah! Masuk jelah. Tengoklah dulu, mana tau kalau ada stok baru sampai tu pilihan hati aku." Kini Rayven tersengih-sengih bak kerang busuk. Membayangkan dirinya bersama dengan pilihan hatinya .

"Tch..Kau ni pelik betullah." Perli Xavier sambil berpeluk tubuh.

"Kau yang pelik! Jomlah masuk,buat apa berdiri dekat luar ni? Semua orang tengok kita pelik." Rungut Rayven sambil menjeling orang dari tadi memerhatikan mereka.

"Jom jelah!" Rayven pantas menyeret Xavier masuk ke dalam bangunan itu. Nasib sahaja Xavier tidak melawan ketika dia menyeretnya.

"Oh,selamat datang!! Rayven dan Xavier. Lama korang tak datang sini. Sibuk ke?" Tegur seorang lelaki yang tinggi dan berambut biru dengan senyuman manis pada wajahnya. Dia sedang berdiri di bahagian kaunter.

"Oh! Abang Cray. Saya memang nak datang ke sini,tapi Xav ni yang tak nak pergi. Nasiblah hari ni dia setuju nak pergi." Xavier hanya menjeling Rayven yang sesuka hati menjual namanya. Tetapi Rayven terlalu sibuk berbual dengan lelaki bernama Cray itu sehinggakan Xavier di sebelah lansung tidak di hiraukan.

"Abang Kray cakap ada stok baru yang terbaik. Betul ke? " Potong Xavier selepas Rayven dan Cray berhenti berbual.

"Yalah. Betul ke? Saya dah tak sabar ni!" Rayven menayangkan mata bulatnya,hanya dilakukannya apabila dia teruja dengan sesuatu. Cray hanya smirk sambil memanggil mereka supaya mendekatkan diri mereka kepadanya.

Xavier dan Rayven menghampiri kaunter itu dan Cray mendekatkan diri kepada mereka. Bertujuan untuk membisikkan sesuatu.

"Korang bertuah sebab saya sempat simpan sebelum habis dibeli oleh pelanggan lain. Laris betul keluaran kali ni! Tapi jangan bagitau dekat pelanggan lain,tak fasal-fasal saya di buang kerja." Bisik Cray kepada Xavier dan Rayven.
Terangguk-angguk Xavier dan Rayven mendengarnya.

"Jom ikut saya." Ajak Cray yang keluar dari kaunter itu.

"Habis tu,siapa yang nak jaga kaunter ni?" Soal Xavier yang bijak. Bijaklah tu.

"Eh,lupa pula. Erm..Vine! Tolong tengokkan kaunter sekejap.Saya ada hal dengan budak-budak ni." Setelah menerima sahutan 'ok' dari gadis yang berambut oren cerah itu,Cray terus mengajak dua orang lelaki itu ke tempat penyimpanan stok.

"Hah,ni dia. Tinggal dua lagi. Stok lama dah habis,stok baru pulak belum sampai lagi." Cray memegang dua buah buku di tangannya. Dari mata kasar buku itu berketebalan diantara 5-6 cm dan mungkin seberat 1 kg.

"Wah!! X-ZIST karya Alexna-syufa!! Akhirnya!! Come to papa!!" Kini buku tersebut bertukar tangan. Rayven tidak sudah-sudah memeluk dan mencium buku itu. Terlampau obses gamaknya. Manakala Xavier hanya bermuka selamba walaupun dia sudah tidak sabar untuk membacanya. Control macholah katakan.

"Terima kasih banyak-banyak Abang Cray!! Gembira betul saya dapat karya Alexna_syufa ni!" Menangis terharu Rayven sambil memeluk Cray yang tersenyum janggal. Aish..si Rayven ni,overlah pula.

The Knight Of DreamlandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang