TKOD 7- TRAGEDI

38 2 0
                                    

Sebelum ini→

"Aster, You're so unbelieveble. You just crossing the line dan aku harap kau tak menyesal."

Aster hanya senyap, mengurut dahinya seolah-olah mengabaikan kata-kata amaran dari Rayven.

"Anyway, aku nak cari Xavier dulu." Rayven berlalu pergi meninggalkan Thyme dengan Aster.

Lagipun Thyme ada untuk memerhatikan Aster, jadi Rayven perlu ada di sisi sahabatnya, Xavier untuk menenangkan si sahabat dinginnya.

•••••••••••••°°°°•••••••••••

Matahari sudah separuh terbenam ni ufuk timur, melakarkan warna langit senja yang indah dengan warna oren bercampur merah.

Burung-burung kelihatan berterbangan pulang ke sarang masing-masing setelah seharian penat mencari makanan sejak pagi tadi.

Orang ramai masih melakukan aktiviti masing-masing, umpama menikmati keindahan langit oren yang bakal dihiasi langit malam sebentar saja lagi.

Xavier berjalan pantas dengan hodienya yang dipakai dikepala, tangannya yg digengam erat diletakkan di dalam poket seluarnya.

Dia berjalan sambil menunduk, melanggar beberapa orang pejalan kaki tetapi dia tidak terganggu untuk meminta maaf sebaliknya dia terus berjalan, mengabaikan protes orang-orang yg tak sengaja dilanggarnya.

Fikirannya terlalu berkecamuk dengan pergaduhan diantaranya dan Aster. Berbagai-bagai perasaan yang sudah lama tidak dirasakan seumpama menyerangnya sekaligus, mengganggu perasaan dan fikirannya.

Dia seharusnya menjadi seorang yang paling memahami kehendak abangnya setelah apa yang telah menimpa mereka, tapi kerana sikapnya yang sering mengacuhkan dan kurang ambil berat telah membuatkan situasi semakin memburuk. Xavier buntu.

Selama ini Aster tidak terlalu serius dalam menyuruhnya berhenti sebagai seorang pelukis komik, sekadar sikap seorang abang yang protective dan mahu menanggung perbelanjaannya. Mahu dia lebih bergantung kepada sosok abang bergelar Aster sendiri.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini Aster semakin memaksa sehingga klimaksnya Aster sanggup mengambil langkah drastik pada hari ini.

Dipaksa memilih diantara darah daging sendiri ataupun kariernya yang telah bertahun dibangunkan? Dia mahu kedua-duanya sekali.

Adakah ini salahnya terlalu berkeras mahu berdikari sebagai seorang pelukis komik?

Terlalu berdegil mempertahankan karier yang satu ketika dahulu turut meningkatkan perbelanjaan mereka adik beradik yang hidup dalam kesempitan?

Kerja sebagai seorang pelukis komik yang mulanya sebagai kerja sampingan yang menjana pendapatan sehingga menjadi kerja kegemarannya.

Tak. Baginya, dia tidak egois kerana mempertahankan pekerjaan yang telah membantunya dalam menghadapi depresi akibat kisah hitam dan pengkhianatan dalam sebuah keluarga.

Melukis komik benar-benar membantunya berimaginasi dengan bebas, memilih jalan tersendiri, membina kisah hidup yang diidam-idamkannya walau sekadar fantasi. Sekurang-kurangnya dia dapat lari dari realiti dengan mengolah kisahnya melalui sebuah lukisan dan penceritaan yang diinginkannya.

Pengecut? Dia bukan pengecut. Dia cuma perlukan sebuah tempat untuk meluahkan perasaan dan baginya dunia imaginasi lah tempat yang terbaik.

Mengeluh panjang, Xavier berhenti berjalan di lampu isyarat pejalan kaki. Memandang ke arah kenderaan yang lalu lalang di jalan raya, sempat memandang ke langit sementara menunggu warna lampu isyarat bertukar merah.

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Jun 17, 2020 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

The Knight Of DreamlandTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang