"Here we come to the paradise." Suara Rayven setelah sampai ke port rahsia mereka. Memang benar,tempat itu sungguh cantik dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan dan jauh dari kesesakan kota. Udaranya yang segar dan nyaman sudah cukup membuktikan kawasan itu masih bersih dan tidak tercemar.
Kicauan burung di sambut dengan bunyi serangga,membuatkan mereka seperti berada di dalam hutan. Entah bagaimana mereka dapat menemui kawasan seperti ini dalam kawasan bandar yang pesat membangun itu.
Xavier memanjat pokok berhampirannya dan bersandar dengan selesa pada dahan pokok itu.Mungkin dia sudah biasa melakukannya. Dia juga mula membuka halaman pertama novel bertajuk X-ZIST dan memulakan pembacaannya.
"Baiklah. Aku mula dulu." Lain pula bagi Rayven, jejaka itu hanya berlunjur di tanah dan menjadikan batang pokok sebagai penyandarnya. Buku yang juga bertajuk X-ZIST berada di pahanya berserta beg galas yang entah datang dari mana tersadai elok di sebelahnya.
Cermin mata berbingkai tebal dengan warna hitam mula dipakai oleh Rayven. Serentak dengan itu muka terujanya bertukar kepada wajah tenang..100 % berbeza dan tumpuannya hanya fokus terhadap satu,buku yang berada di tangannya ketika ini. Mimik mukanya kekal tenang setiap kali dia menyelak ke halaman seterusnya,lansung tidak sedar dengan persekitarannya.
Xavier memandang Rayven dengan muka kagum,teruja dan tertanya-tanya. Dia kagum melihat sahabatnya itu menghargai sesuatu karya,teruja setiap kali Rayven memaparkan riak tenang dan hanya terjadi apabila dia membaca sesuatu buku.
Dia juga tertanya-tanya bagaimana Rayven yang suka berloyar buruk dan berperangai gila-gila boleh berubah dalam tempoh 0.01 saat apabila dia membaca buku.
Kring! Kring!!
Xavier tersentak dari lamunannya apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berdering,menandakan panggilan masuk. Cepat-cepat dia mencapai telefonnya yang berada di dalam poket seluar sambil mengintai ke arah Rayven. Nampaknya Rayven masih dengan dunianya dan tidak sedar lansung akan deringan tadi.
Sekilas pandang sahaja Xavier sudah mengeluh malas tatkala id pemanggil terpapar pada skrin telefonnya itu.
'Mereka ni tidak tau bersabar ke?' rungut Xavier di dalam hati. Id bernama 'Manager' terpapar pada skrin telefon yang masih berdering itu.
Tanpa banyak soal,Xavier membuka penutup telefon dan mencabut bateri telefon itu sebelum di campakkan ke dalam bungkusan dari kedai buku tadi.
'Aman sikit.' Keluh Xavier sebelum meneruskan sesi pembacaannya. Seterusnya mereka berdua terus tenggelam dalam dunia imaginasi mereka.
---------♪♪♪♪--------
Kreak~
Bunyi pintu kayu itu berkeriut tatkala ianya di buka, terpaparlah wajah tidak berperasaan Xavier. Sebelah tangannya menjinjit beg plastik dari kedai buku tadi. Kasut yang tersarung di kaki pantas di tanggalkan dan diletakkan di atas rak kasut yang tersusun kemas. Semestinya itu semua kerja si abang yang pembersih orangnya.
"Xav baru balik?" Tegur Aster yang sedang bermalas-malasan di sofa. Aster yang sedang menonton siaran di televisyen segera memandang adiknya itu.
"Hurm.." Balas Xavier ringkas, lebih kepada menyampah dan membuatkan Aster muncung walaupun dia tahu salahnya kerana menanyakan soalan yang tidak masuk akal.
"Xav tadikan manager Ash ada datang ke sini,dia nak berjumpa dengan adik. Tapi adik tak ada dekat rumah masa tu. Jadi dia tinggalkan pesanan" Suara Aster secara tiba-tiba,Xavier menjongket keningnya apabila mendengar kata-kata abangnya.
"Apa yang dia pesan?" Soal Xavier sambil mengambil tempat di sofa yang bertentangan dengan Aster.
"Dia cakap dia nak adik siapkan draf untuk komik terbaru tu..dateline dah nak dekat dan dia akan datang lagi nanti." Ujar Aster sambil mengingati pesanan yang di tinggalkan oleh manager kepada adiknya itu.
"Haih! Berapa kali aku nak cakap. Aku lansung tak ada idea untuk buat karya kali ni. Kenapalah diorang ni tak reti sabar" Xavier mengeluh sambil bersandar pada sofa yang didudukinya.
Aster hanya mampu memerhati dengan simpati. Kasihan melihat adiknya yang kadang-kadang tidak cukup tidur dan tidak bermaya semata-mata mengejar dateline.
Apakah daya Xavier begitu berkeras untuk terus melukis komik apabila dia menyuarakan pendapat supaya xavier berhenti melukis komik. Katanya dia tidak mahu menyusahkan Aster dan ingin meraih pendapatan untuk membantu abangnya itu.
Ah,matang betul pemikiran Xavier walaupun dia berusia 15 tahun ketika itu.
"Abang, aku masuk bilik dulu." Aster hanya tersenyum sambil memerhati Xavier masuk ke dalam biliknya. Dia perasan terdapat beg plastik pada tangan Xavier tetapi dia hanya membiarkan sahaja, tumpuannya kembali ke arah televisyen yang masih menyiarkan pelbagai rancangan.
Xavier menutup pintu biliknya sebelum bergerak ke arah meja belajarnya. Bungkusan di tangan di letakkan di atas rak sebelum duduk di atas kerusi.
Kertas dan alatan melukis tersusun kemas di atas meja itu,membuktikan bahawa dia tidak pernah menyentuh kertas itu.
"Baiklah..aku akan cuba dapatkan ilham." Tekat Xavier. Dia mencapai pensel dan sehelai kertas. Tangannya lincah melakar pada kertas kosong tadi.
Beberapa minit kemudian dia berhenti melakar dan merenyukkan kertas tadi sebelum dilempar ke dalam tong sampah berhampiran meja belajarnya.
"Tak menarik.." Keluh Xavier sambil bersandar pada bangku yang didudukinya. Pensel di tangan di ketuk ke permukaan meja,cuba mencari ilham buat karyanya.
Setelah beberapa minit,dia tiba-tiba menghentak pensel tadi ke atas meja. Bunyi hentakan terhasil akibat tindakannya. Xavier bangun dari kerusinya dan membaling tubuhnya ke atas tilamnya yang empuk.
"Tidur dulu. Esok baru aku fikirkan." Gumam Xavier sambil menekup mukanya dengan bantal. Bersedia untuk berangkat ke alam mimpi.
----------------------------------------------------------------------
Perlahan-lahan Xavier membuka kelopak matanya. Riak keliru mula bermain pada wajahnya tatkala dia sudah dapat menangkap suasana di persekitarannya.
Sekelilingnya berwarna putih,putih dan putih. Seperti berada di sebuah kawasan yang tiada batasan ruang.
Tetapi yang menjadi persoalannya pada ketika ini ialah..tempat apakah ini? Alam mimpi? Ataupun permainan akalnya?
Xavier memerhati sekelilingnya,mencari sebarang pergerakan atau mungkin sebarang benda yang diklasifikasikan sebagai benda yang bernyawa,tetapi hanya hamparan ruang berwarna putih menyapa pandangannya.
"Lain pula mimpi aku kali ni. Tak pernah-pernah aku mimpi datang ke tempat ni,jangan cakap aku dah mati pula." Rungut Xavier sendirian sambil berdiri dengan janggalnya memandang persekitaran misteri itu.
Dia mula menapak tanpa arah tuju,mencari sebarang pintu atau apa-apa sahaja yang dapat membantunya untuk keluar dari kekeliruan pada ketika itu.
-----♪♪♪♪----
Xavier menarik nafas panjang ,sebelum dilepaskan perlahan-lahan. Dia telah merayap di sekitar kawasan misteri itu dan tiada sebarang penemuan diperoleh selain kawasan berwarna putih yang sepertinya tiada penghujung.
"Okey,aku kena sabar..fuh,tenang..tenang. Bukan gaya aku kalau aku gelabah." Suara Xavier dengan perlahan bertujuan untuk menenangkan diri sebelum dirinya melakukan perkara yang bertentangan perwatakannya; menjerit histeria/memaki hamun.
'Tch..aku mula terfikir..ni mimpi ke realiti? Kalau mimpi mesti tak sakit kalau--huh??'
Tiba-tiba cahaya kebiruan menyapa wajahnya,membuatkan dia terpaksa menahan cahaya silau itu dengan tangannya.
Beberapa saat kemudian,cahaya tadi beransur hilang.
Perlahan-lahan xavier membuka kelopak matanya dan pandangannya disapa oleh 'sesuatu' yang membuatkan dirinya tertanya-tanya sebelum dia menggeleng kepalanya.
"Oh great...this better joke.."
-TBC-
KAMU SEDANG MEMBACA
The Knight Of Dreamland
AcakBlue xavier. Namanya sudah dapat menggambarkan dia seorang yang dingin dan berani. Tapi satu perkara yang dirahsiakan ialah,dia obses dengan dunia fantasi sehinggakan tidurnya ditemani dengan cerita fantasi dan bercita-cita menjadi hero dalam cerita...