Sebelum ini dalam I'am vampire princess....
"Awak sebenarnya siapa?" Jejaka tersenyum dan berkata " Aku Charles. Charles Ryougo" "Ryou..go..."
"Aku bukan manusia biasa begitu juga kau." Kata Ryougo. "Bukan manusia? Apa maksud awak!" "Aku adalah vampire dan tunang kau. Malah kau adalah vampire princess dari negara quasstaz...."
------------------------------------------"Vampire...princess? Quasstaz? Apa maksud awak saya tak faham langsung!!" Yuuki memegang kepala. "Kau kena ingat Yuuki, siapa sebenarnya diri kau." Ryougo mengeluarkan satu serbuk berwarna ungu dan menaburkannya diatas kepala Yuuki. "Apa awak buat?!" Jerit Yuuki. "Aku hanya nak kembalikan ingatan kau...walaupun sedikit." "Ugh~!! Kepala aku... rasa pe....." Yuuki terjatuh ketanah. "Selamat malam, YUUKI-HIME."
Yuuki pov~
Aku kat mana? Gelapnya... Macam mana aku ada kat sini? Apa cahaya apa tu? Ada sesiapa kat sana?! Aku menjerit tetapi tiada jawapan. Tiba-tiba satu bebola cahaya berwarna putih muncul dihadapan aku. Aku memegangnya....No pov~
Yuuki memegang bola itu dan dibawa ke tempat lain. Yuuki melihat dirinya telah berada di taman yang dipenuhi bunga-bunga. Kelihatan seorang budak sedang memetik bunga dari jauh kemudian dia berlari kearah Yuuki. Yuuki cuba meminta budak itu berhenti daripada menlanggar dia tetapi budak itu melepasi badan Yuuki seperti halimunan. "Eh?" Hairan Yuuki. "Mama!!" Budak tadi berlari kearah ibunya, Yuuki berpaling melihat gadis kecil itu memeluk ibu kesayangan. Yuuki ingin berjalan pergi dari tempat itu tetapi... "Yuuki. Kalau sesuatu terjadi janganlah kamu takut dan nangis. Mama akan sentiasa berada disisi Yuuki." Wanita itu memeluk anaknya dengan erat. Yuuki berjalan kearah mereka dan dia melihat gadis kecil itu adalah dia."Eh? Aku...?" Secara tiba-tiba Yuuki mula teringatkan ingatannya. Yuuki dibawa ke tempat lain tapi seperti istana. Yuuki melihat diluar tingkap melihat negara itu telah diserang oleh Ogre, raksasa yang pernah menyerangnya. "Haa! Haa! Haa!" Kedengaran seperti orang sedang berlari. Yuuki melihat dirinya yang kecil memegang tangan ibunya dan berlari selamatkan diri daripada pengawal. Kelihatan seorang lelaki yang agak bengus mengarah pengawal itu menangkap mereka. Yuuki ketika kecil dan ibunya dikepung oleh pengawal. Ibunya mengeluarkan asap bom untuk kelirukan pengawal itu dan melepaskan diri. Mereka tiba di bawah tanah Ibunya membuka satu kapsul dan memasukkan Yuuki ke dalamnya. "Yuuki, jangan risau lepas ni kamu akan selamat. Janganlah kamu nangis." Ibunya mengusap mata Yuuki yang mengalirkan air mata. "Taknak!! Yuuki nak mama ikut!!Uwaaah!!" Yuuki tidak mahu melepaskan ibunya. "Yuuki, maafkan mama..." Ibu Yuuki menidurkan Yuuki kecil dengan asap berwarna biru. "Ma...ma...". Itulah ingatan terakhir Yuuki dengan ibunya.
Yuuki membuka matanya dan melihat air mata yang mengalir dimukanya. "Ma..ma.." "Yo!" Yuuki terkejut dan melihat Ryougo berganjap di tingkap biliknya. "Awak?! Apa buat kat sini haa?!!" Yuuki menutup dirinya dengan selimut. (Yuuki pakai baju tidur ok... jangan salah sangka-_-') "Kenapa salah ke nak jumpa kau?" Kata Ryougo "Tapi janganlah duduk kat tingkap!! Kau ni gatal ke!!" Yuuki membaling bantal ke muka Ryougo. "Yelah... aku minta maaf. Jadi kau dah ingat semula?" Tanya Ryougo. Yuuki mengangguk kepala. "Apa yang aku. Negara aku dalam masalah. Dan lelaki tu bunuh mama dan papa." Kata Yuuki. "Baiklah! Mari kita jumpa dengan kawan aku." Ryougo menarik Yuuki. "Kawan?" Yuuki berasa kehairan....
BERSAMBUNG....
PREVIEM CHAPTER SETERUSNYA...
Yuuki hanya dapat mengingat kembali tentang ibubapanya tetapi kenapa Ryougo berkata dia adalah tunang kepada Yuuki. Siapakah sebenarnya identiti Ryougo kepada Yuuki?? "MY NEW LIFE AS YUUKI QUASSTAZ PART 2/2..."
YOU ARE READING
Vampire Princess:The Light And Dark (MALAY)
VampireCerita ini pasal gadis otaku yang minat kisah-kisah seperti vampire tapi hakikatnya dia adalah puteri vampire kerajaan quasstaz. Keadaan jadi lagi aneh apabila dia diserang oleh yg hanya hidup buku cerita dongeng je! Siapa yg akan selamatkan dia? Na...