Vampire princess :- New Rival!! final part and my new friend

949 51 1
                                    

Sebelum ini dalam vampire princess.....

"Dah habis dah?" Mereka terkejut dengan suara itu dan muncul seekor kucing yang berwarna api di badannya. "Siapa?" tanya Harumi. "Maaf,nama aku adalah Scarlet dan akulah familiar kepada Yuuki-hime" "Eh....?"
-------------------------------
"Apa? Familiar?" Yuuki berkata dengan terkejut. "Ya. Aku familiar yang menjaga kau dari dulu lagi. Aku telah ditugaskan untuk melindungi memori dan menyorok kuasa kau daripada dikesan oleh Jeremy." Kata kucing itu dengan pandangan yang serius. "Kejap.... kuasa? Apa maksud kau? A..aku tak faham." "Nampaknya aku pendek jelah. Yuuki Quastaz kau dilahirkan di dunia ini dengan kuasa yang dipanggil 'SEBERLION'." 

"Seberlion? Apa benda tu?" Tanya Yuuki "Seberlion adalah magik yang digunakan permaisuri pertama dinegara ini lebih terang ini adalah magik nenek moyang engkau." Balas Harumi. "Nenek...moyang?" "Betul. Tapi kuasa ini sangat berbahaya dan dikunci supaya ia tidak hilang kawalan. Mari ikut aku." Scarlet mula berjalan ke dalam hutan dan mereka hanya mampu mengikut dari belakang.

Selepas 10 minit berjalan mereka akhirnya tiba dihadapan gua. "Woahhh~ Besarnya gua ni." Kata Yuuki "Mari, jawapan korang ada disebalik gua ni." Ajak Scarlet. Mereka mula memasuki gua itu dan merasai kesejukan gua itu "Achoo!! Sejuknya dalam ni." Kata Harumi. "Itu sememangnya perkara biasa kerana gua ini dulu adalah sumber sungai yg jernih jadi ia agak sejuk sedikit." Yuuki terlihat sebuah cahaya dihadapan gua dan melihat bandar yg telah ditinggalkan. "Uwaahh~ cantiknya." Kata Harumi dengan kagum. "Selamat datang ke macrosses guardian." Balas Scarlet "Macrosses guardian..." bisik Yuuki. "Tempat ini adalah tempat perlindungan rakyat quastaz berjuta-juta tahun dahulu. Tempat ini digunakan sewaktu peperangan pertama antara quastaz dan ogre. Disebabkan itu memori rakyat tentang tempat ini dipadam untuk keselamatan daripada musuh ketahui dan hanya keturunan diraja dan yg berkhidmat disamping raja mengingatinya."

"Tapi kenapa ia tidak digunakan sewaktu negara ni diserang?" Tanya Harumi. "Itu kerana tempat ini juga dikuncikan dengan mantera supaya tiada dapat memasukinya kecuali keluarga diraja jadi takde guna kalau rakyat melarikan diri kesini. Malah tempat ini... terletaknya badan permaisuri pertama lebih betul moyang kamu Yuuki." Kata Scarlet "EH?! Tak mungkin?!!" Jerit Yuuki. "Moyang kamu meninggal setelah setahun peperangan tamat akibat penyakit jantung. Tetapi sebelum dia meninggal dunia dia telah menyerahkan kuasa kepada ciciknya dimasa hadapan dan itu adalah kamu Yuuki." Scarlet memandang Yuuki dengan serius dan Yuuki hanya terdiam. "Yuuki...." bisik Harumi dengan lembut. "Tapi kenapa kau tahu semua ni?" Tanya Harumi "Sebab aku ...." BANG!!!
Bunyi itu mengegarkan bandar Yuuki dan Harumi memeluk antara satu sama lain bagi menahan gegaran itu. "Oh... tak sangka kau kat sini" kedengaran suara tidak dikenali mula menunjuk dirinya. Kelihatan seorang berambut putih panjang memakai kot dan but panjang muncul bersama pengikutnya. "Tch! Jeremy." Kata Harumi dengan mata yg penuh kebencian. Ini ke...Jeremy? Kata Yuuki dihati.

"Apa kau buat kat sini macam mana kau lepasi mantera itu?!" Balas Scarlet. "Takdelah susah mana pun lagipun... tak sangka kau hidup lagi Yuuki quastaz ingatkan kau dah mati bersama mak ayah kau." Yuuki memandangkan Jeremy dengan tajam dan mengetap giginya. "Lagipun tengoklah aku bawa hadiah untuk kau." Pengikut mengangkat kepala Ryougo dan Shiro yg berdarah teruk. Badan mereka dipenuhi dengan luka dan darah yg banyak. "RYOUGO!!" Jerit Yuuki. "Yuu...ki..." balas Ryougo dengan lemah. "Tak sangka juga dia berani ceroboh negara aku sesuka hati." Kata Jeremy dengan bengis. Harumi hanya mendiamkan diri dari tadi mula berkata "Yuuki, Aku  nak kau lari sekarang." Balas Harumi "Tak nak! Aku tak tinggalkan kau lagipun kita tahu mereka kuat ke tak!!" "YUUKI!! Dengar sini kalau kau kena tangkap habislah kita dan negara ni tak boleh diselamatkan lagi." "Tapi.." Yuuki mula mengalir air mata.

"Aku minta maaf pasal tadi. Aku lepaskan geram aku kat kau sebab mak ayah aku pun mati dibunuh oleh Jeremy. Aku mula sedar yg kau bukan sengaja tinggalkan negara ni. Kau pun sebenarnya masih tak terima semua ni kan. Melihat ibu bapa kita mati..... disebabkan kita.... memang pedih." Harumi memandang Yuuki sambil menangis tersenyum. "PERGI!!" Jerit Harumi. Scarlet mengangkat dan membawa lari Yuuki menggunakan magik apinya. "Harumi!!!" Yuuki menjerit dan mengalirkan air matanya diudara.

"Marilah! Aku takkan maaf sesiapa berani sentuh Yuuki dan cederakan Kawan aku!!" Balas Harumi dan mengeluarkan magiknya tanpa rasa gentar!

Bersambung....!
Yuuki perlukan kuasa untuk selamatkan Harumi dan yang lain "Tunggu aku semua... kali ni aku lindungi korang!!" Jerit Yuuki. Selepas ini vampire princess Fire Magic And New Princess Yuuki.

Maaf lambat update otak tak boleh fikir dah harap kalian semua suka chapter kali.

Saya HanaDragneel melapor keluar
   ~(6/12/16)~♡

Vampire Princess:The Light And Dark (MALAY)Where stories live. Discover now