PERJUMPAAN

13 2 1
                                    

Rasyika,Narisya dan Siti berjalan
menuju ke sekolah.Kakak Rasyika,Namia,sudah lama pergi
ke sekolah.Pada waktu itu,
mereka terdengar bunyi kucing.
Mereka semua terus mencari
bunyi haiwan itu.Tiba tiba,
Narisya terjumpa seekor anak
kucing di dalam longkang
yang tidak dalam.

  "Korang,mari sini!"jerit Narisya
kepada kawannya."Kenapa,
Risya?"tanya Siti."Ada anak
kucing!"jerit Narisya."Anak
kucing?"tanya Rasyika."Ye...
cepatlah datang sini!"panggil
Narisya.Rasyika dan siti
bergegas pergi ke longkang.
"Eh,comelnya..."kata Siti.
"Mestilah comel.Anak kucingkan."jawab Narisya.
Mereka mengeluarkan kucing
itu dari longkang tersebut.

  "Macam mana ni?"tanya
Rasyika kepada Siti."Macam mana apa?"tanya Siti."Takkanlah kita nak biarkan je,anak kucing ni,"kata Rasyika.Anak kucing itu
berbunyi,"Meow....""Tengoklah tu,dia sayang awak,Syika,"kata
Narisya kepada Rasyika."Awak
belalah kucing ni..."pujuk Siti.
"Tapi,macam mana ni?Takkan
nak patah balik?"tanya Rasyika.

Di Sekolah Kebangsaan Sri
Melati....

"Okey,kerja sekolah hari ni muka
surat 125.Esok mesti siap!"kata
Puan Syima dengan tegas.
"Baik,cikgu!"jawab murid
murid kelas 5 Daisy.Tiba tiba,
loceng berbunyi menandakan
waktu rehat.Selepas
mengucapkan terima kasih,
mereka semua pergi ke
kantin.

Di kantin sekolah....

"Syika,macam mana dengan
anak kucing tu?"tanya Narisya
tiba tiba."Aku dah buka zip
sikit untuk anak kucing tu
bernafas,"jawab Rasyika."Bagus
lah kalau macam tu.Kucing tu tak mati,"kata Siti.

Selepas tamat waktu persekolahan....

"Ibu,boleh tak Adik bela kucing?"
tanya Rasyika tiba tiba kepada
ibunya."Anak kucing?Dari mana?"tanya Puan Rahima,
ibu Rasyika."Dalam longkang.
Tapi,dah bersihkan,"jawab
Rasyika."Ibu benarkan.Tapi,
minta izin dekat Ayah dulu,"
kata Puan Rahima.Rasyika pergi
mencari ayahnya."Ayah, boleh
Adik bela kucing?"tanya Rasyika
kepada Encik Zukri,ayahnya.
"Kucing?Boleh je.Boleh kita
ikut sunnah Nabi."Terima kasih ayah!"jawab Rasyika riang.

ANAK KUCING RASYIKAWhere stories live. Discover now