Di sekolah...
Pada waktu rehat,seperti biasa,
Rasyika dan kawan kawannya
pergi rehat bersama sama.
Rasyika dan Narisya bawa bekal.
Siti tidak membawa bekalnya
kerana ibunya tidak sempat
membuat bekal.Siti pergi dari
meja makan untuk membeli
makanan.Rasyika pergi ke
singki berdekatan dengan
kantin untuk membasuh tangan.Selepas membasuh tangan,
Rasyika saja saja lalu di meja
yang diduduki kakaknya dan
kawan kawannya."Korang tahu tak,aku dah jual anak kucing
yang aku cerita kat korang,"
kata Namia kepada kawan kawannya."Kau jual?Mesti adik
kau sedihkan?"tanya Nurin.
"Adik aku tak tahu pasal cerita
ni..."kata Namia perlahan.
"Kenapa kau tak bagitau?"tanya
Nuur pula."Nanti dia benci kat
aku.Sebab tulah aku rahsiakan
cerita ni..."jawab Namia.
Rasyika yang mendengar
perbualan itu terus berlari
sekuat hati.Dia terasa ingin
menangis,tetapi dia menahan.Apabila sampai di tempat
makan yang diduduki oleh
kawannya,Narisya bertanya,
"Kenapa lama sangat basuh
tangan?"."Aku pergi tandas
sekejap,"jawab Rasyika."Macam
menipu je ni.Tengok muka
pun tak percaya,"kata Narisya.
"Yelah,kenapa muka kau nampak
sedih je ni,"tanya Siti."Aku sedih
sebab Gebu hilang,"jawab
Rasyika sedih."Macam mana boleh hilang?"tanya Siti terkejut.
"Semuanya salah Kakak aku.Dia
jual Gebu dekat orang lain.
Sebab tulah aku sedih,"jawab
Rasyika perlahan."Ish,kejamnya
kakak awak tu.Kalau aku ada
kakak macam tu,dah lama aku
benci dia,"kata Narisya."Lebih
baik kita makan dulu sebelum
bunyi loceng.Syika,nanti kau
sambung waktu pulang dari
sekolah,"kata Siti.Waktu pulang dari sekolah...
"Syika,macam mana dengan
Gebu?Kita nak buat apa sekarang?"tanya Narisya tiba tiba."Mula mula,aku akan tanya
kakak aku dia jual dekat siapa.
Lepas tu,aku bagitau ibu aku
dan kita akan berjumpa dengan
orangnya,"kata Rasyika panjang
lebar.Di bilik Rasyika...
"Kenapa panggil kakak?"tanya
Namia."Kakak jual Gebukan?"
tanya Rasyika."Eh,takkanlah
Kakak nak jual Gebu,"kata Namia."Kakak jangan nak tipu.
Adik tahu segalanya,"kata
Rasyika."Adik tahu?"Namia
terkejut.Rasyika mengangguk.
"Namia,Kakak minta maaf
sangat!Kakak janji takkan buat
lagi,"Namia merayu."Adik maaf
kan.Tapi,tolong adik cari Gebu,"
kata Rasyika.Namia hanya
mengangguk sahaja.
YOU ARE READING
ANAK KUCING RASYIKA
Short StoryRasyika seorang perempuan yang baik.Dia menjupai seekor anak kucing di dalam longkang.Dia membela kucing itu yang bernama Si Gebu.Kebetulan, Namia,kakak Rasyika,tidak menyukai kucing. Namia menjual anak kucing itu. Mereka mencari Si Gebu di dua bu...