SEDIH

17 2 0
                                    

Di sekolah...

Di kantin sekolah....

"Syika,boleh tolong belikan nasi
goreng untuk aku?"tanya Siti
sambil menghulurkan duit
RM1."Boleh je..."kata Rasyika
sambil mengambil duit daripada
tangan Siti."Awak nak pesan apa apa?""Takpelah.Aku bawa bekal,"kata Narisya.Rasyika pun
membeli makanan yang dipesan.

Selepas membeli makanan,
Rasyika melalui meja yang
diduduki oleh kakaknya dan
kawan kawannya.Dia curi curi
dengar perbualan kakaknya dan
kawan kawannya."Weh,dekat
rumah aku ada anak kucing,"
kata Namia."Anak kucing?Mesti comel!"kata kawannya."Memang
lah comel.Tapi,perangai anak
kucing tu buat aku naik marah,"
kata Namia."Apa masalah
dengan anak kucing tu?"tanya
Nuur,kawan Namia."Anak
kucing tu kencing dekat atas
selimut aku!Geramnya!"Namia
mahu melepaskan geramnya.
Rasyika terus meninggalkan
tempat itu."Weh,tu bukan ke
adik kau?"tanya Nurin,kawan
Namia juga."Adik aku?"soal
Namia.

"Kenapa lama sangat beli makanan?Ramai orang ke?"
tanya Narisya."Tak ramai orang
pun,"jawab Rasyika."Habis tu,
kenapa lama?"tanya Narisya lagi.
"Nanti aku cerita.Cepat makan.
Dah nak habis waktu ni,"kata
Rasyika.Mereka pun makan dengan berselera sekali.

Selepas waktu persekolahan....

Rasyika terus memasuki biliknya.Tujuannya untuk
berjumpa dengan Si Gebu,anak
kucing kesayangannya.Apabila
dia memasuki biliknya, Si Gebu
terus melompat keriangan
dan menyambut kepulangan
tuannnya.Seperti biasa,sebelum
memberi makan kepada anak kucingnya,dia mengusap bulu
kucing yang gebu itu.Selepas
memberi makan kepada anak
kucingnya,dia pergi ke dapur.

Sampai di dapur,dia melihat
ibunya sedang menghidangkan
makanan di atas meja makan.
Kakaknya sedang membuat
air fresh oren. Ayahnya pula
sedang membaca surat khabar.
Tiba tiba,ibunya meminta
tolong untuk menghidangkan
makanan.Sebelum Rasyika
menolong ibunya,dia menghampiri kakaknya."Kakak,
kenapa Kakak benci dengan
Gebu?"tanya Rasyika tiba tiba.
"Mana ada Kakak benci Gebu,"
Namia seperti mahu
menyembunyikan sesuatu.
"Busuknya hati Kakakkan?"
soal Rasyika lagi."Apa semua ni?"
tanya Namia.Rasyika terus pergi
dari situ.

Selepas mereka makan petang,
Rasyika terus memasuki bilik
nya.Dia menangis tiba tiba.Si
Gebu pergi kearah tuannya.
"Kenapa Kakak benci dengan
Gebu?Gebu ada buat salah ke?
Kalau sekadar terkencing dekat
selimut,tak payahlah benci
sampai macam tu sekali!"marah
Rasyika."Meow...."Si Gebu
mengiau seperti memahami
kata kata tuannya."Lepas ni,
Gebu jangan buat Syika sedih
lagi tau,"kata Rasyika kepada
Si Gebu."Meow...."Si Gebu
menjawab kata kata tuannya.

Pada pukul 9:57 p.m.

Sebelum tidur,Rasyika dan Namia minum susu.Rasyika
tidak melayan kakaknya.Namia
menjadi pelik dan terus
bertanya,"Kenapa Adik merajuk
ni?".Rasyika tidak membalas sebaliknya dia meninggalkan
kakaknya di dapur.Sampai
sahaja di biliknya,Rasyika
menangis teresak esak.Kucing
nya hanya memerhati tuannya
yang menangis itu.

ANAK KUCING RASYIKAWhere stories live. Discover now