BENCINYA!!

6 2 0
                                    

Beberapa hari sudah pun berlalu.Pada hari Sabtu pagi,
seperti biasa,Rasyika dan kakak
nya pergi berjoging di kawasan
perumahan mereka.Sambil
berjoging,mereka bersembang
bersama sama."Adik,kenapa
Adik nak bela anak kucing tu?"
tanya Namia."Ayah kata,bela
kucing ikut sunnah Nabi,"
jawab Rasyika kepada kakaknya.
"Oh...Tapi,jangan anak kucing
tu masuk bilik kakak,"kata Namia dengan lembut tetapi
dalam nada yang tegas.Selepas
mereka berjoging,mereka pun
pulang ke rumah.

Di rumah,sarapan sudah pun
siap dihidang. Puan Rahimah
hanya menyediakan air milo
dan roti telur.Selepas mereka
sekeluarga bersarapan,mereka bercadang ingin pergi membeli
belah pada waktu petang.

Pada waktu petang....

Sebelum pergi membeli belah,
Puan Rahimah memasak nasi
putih,ikan masak sambal,telur
mata kerbau dan sailan ikan
masin.Encik Zukri pula
membuat air teh'o' panas.
Selepas makan petang,kira kira pukul 4 petang,barulah mereka
pergi membeli belah di EOAN
BIG.

Di situ,Puan Rahimah membeli
barangan  dapur.Encik Zukri
pula membeli ipad mini dan
komputer riba.Rasyika dan Namia membeli baju gaun dan
baju t-shirt dan mereka juga
membeli kasut bertumit tinggi
kerana mempunyai promosi
yang berpatutan.Selepas itu,
mereka pun pulang...

Di rumah,Namia menjerit
dengan kuat.Mereka semua
pergi  ke bilik Namia.

Di bilik Namia....

"Ibu tengoklah ni!Ni yang tak
suka ni!"kata Namia dengan
marah."Sabar,Namia. Ni hanya
anak kucing.Dia tak tahu nak
kencing kat mana..."jawab
Puan Rahimah dengan suara
yang lembut."Sebab tulah Kakak
tak bagi kucing masuk dalam
bilik Kakak!"Namia sungguh
marah."Kakak,Adik minta maaf.
Adik tak sengaja..."kata Rasyika
dengan suara yang kesal."Lain
kali,jagalah elok elok!Kurunglah
dalam sangkar!"marah Namia.
"Minta maaf,Kak..."kata Rasyika
kepada kakaknya.Mereka pun
keluar dari bilik Namia
meninggalkan Namia."Ish,
bencinya anak kucing tu!!!"kata
Namia di dalam hati.

ANAK KUCING RASYIKAWhere stories live. Discover now