MENCARI SI GEBU

11 2 0
                                    

Pada hari Sabtu pagi...

"Assalamualaikum!"jerit Narisya
memberi salam dihadapan
rumah Rasyika.Sudah beberapa kali Narisya memberi salam
tetapi tiada sesiapa yang
menyahut."Janganlah jerit kuat
kuat Risya.Bisinglah,"kata Siti.
"Nak buat macam mana?Dah
tak ada orang jawab,"kata
Narisya.Tiba tiba pintu terbuka.
Kelihatan Puan Rahimah sedang
berdiri di situ."Oh,kamu berdua.
Jemputlah masuk,"pelawa
Puan Rahimah.Mereka berdua
terus memasuki rumah itu dan
bersalaman dengan Puan Rahimah.Kelihatan Rasyika
sedang terbaring di atas sofa.
Narisya dan Siti terkejut.

Pada waktu yang sama,Namia
di biliknya sedang memakai
baju yang seperti seorang detektif.Dia begitu teruja sekali
apabila dapat memakai baju
ayahnya itu.Selepas bersiap,
Namia terus pergi ke ruang tamu."Oh,kawannya sudah
sampai ye,"kata Namia.Mereka
berdua terkejut."Eh,Kak Mia.
Kenapa dengan Rasyika?"tanya
Siti."Oh...dia demam.Jadinya,
kita pergi cari Gebu tanpa
Rasyika,"kata Namia."Ala....
bosanlah...."Narisya mendengus
kuat.

Selepas mereka semua bersarapan di rumah Rasyika,
mereka pergi ke tempat Namia
menjual Si Gebu."Kakak jual Gebu dekat sini ke?"tanya Siti
kepada Namia."Ye,kakak jual
Gebu dekat sini,"jawab Namia.
Tiba tiba,Narisya berkata,"Apa
kata kalau kita cari dekat
kawasan perumahan yang ada
kat sini?"."Okey jugak tu.Ada dua
taman.Taman Mutiara dan Taman Seri Indah.Kita pergi
Taman Seri Indah dulu,"cadang
Namia."Wah,baguslah cadangan
ni.Tak sangka Kak Mia seorang
detektif yang betul,"puji Narisya.
"Yelah,Akak macam detektif
betul pulak bila pakai baju
detektif,"puji Siti pula.Namia
hanya tersengih seperti kerang
busuk.

Mereka mencari Si Gebu di
Taman Seri Indah.Mereka mencari hingga ke waktu petang.
"Nampaknya,disini tiada sesiapa
yang bela Gebu.Sekarang,kita perlu pergi taman sebelahla.
Kalau tak ada juga,kita kenalah
bagitau dekat Rasyika,"kata Siti.
Tiba tiba,Namia menangis.
Siti dan Narisya terkejut."Kenapa
akak nangis ni?"tanya Narisya.
"Ini semua salah Kakak!Kakak
yang jual Gebu!Nanti,Kakak
kena tangguh dosa tu.Bukan
adik adik yang tak berdosa ni!"
Namia begitu menyesal sekali
dengan kelakuannya."Kakak
janganlah macam ni.Kitorang
tolong dengan ikhlas,"kata Narisya."Terima kasih semua,"
Namia terharu dengan kata kata
Narisya.

Mereka mencari di Taman Mutiara sehingga senja."Nampak
nya,tiada sesiapayang bela Gebu.
Kes8an Gebu.Mesti dia rindu
dengan tuannya,"kata Siti.Namia
sungguh sedih."Eh,dah nak
maghrib!Jom kita balik!"jerit
Siti.Mereka bertiga tiga pun
pulang bersama sama.Tiba tiba,
Namia terpijak ekor seekor anak
kucing."Eh,sorry kucing.Tak
nampak.Eh,Gebu?!"Namia
sungguh terkejut."Eh,ni memang
Gebu!Kita dah jumpa Gebu!"
Siti jerit keriangan disertai
dengan Narisya."Gebu,Gebu tahu
tak,Rasyika tunggu kepulangan
Gebu?Dia sayang sangat dengan
Gebu.Dan lagi satu,Kak Mia
meminta maaf kepada Gebu.
Gebu memaafkan dia tak?"soal
Narisya."Meow..."kucing itu
sungguh gembira sekali."Eh,
dah pukul 7 lah!Jom balik!"
jerit Siti.Mereka semua pulang
kerumah.Namia mengajak
Si Gebu untuk pulang bersama
dia.Si Gebu hanya mengikut
sahaja.

ANAK KUCING RASYIKAWhere stories live. Discover now