Bab 2

9.1K 289 0
                                    

*Iman Raisya ketika berumur 13 tahun*

"Daddy ooo daddy." Iman menuruni tangga sambil tercari² daddy nya itu

"Iman apa yang bising² ni." tanya Mak Mah pembantu rumah Raykal

Selepas penceraian Raykal dan Imanina , Raykal memutuskan untuk mengambil pembantu rumah berbanding cari penganti baru. Bagi Raykal cukuplah sekadar pembantu rumah kerana cinta dia masih kepada Imanina.

"Nek ada nampak daddy tak?" tanya Iman lalu melentokkan kepalanya atas bahu Mak Mah. Nasib baik dia tinggi sedikit daripada Mak Mah

"Setahu nek , En.Raykal ada kat ruang tamu tadi. Tapi sekarang tak tahu kat mana." kata Mak Mah

"Hrmm tak perlah nek." Iman meneruskan lagi misi mencari daddynya

"Daddy!" Iman lari lalu lompat diatas belakang Raykal

"Ya Allah! Anak gajah jatuh dari langit." Raykal menurunkan anak gadisnya itu

"Kalau Iman anak gajah daddy bapa gajah."

"Ada apa ni Iman cari daddy?"

"Tak la. Esokkan Iman dah nak balik rumah mummy so , saja nak bermanja dengan daddy." terang Iman

"Bermanja eh." Raykal mengeletek anak gadisnya itu. Sampai terguling² Iman dibuatnya

"Hahahah. Gelilah daddy." Raykal menolong anak gadisnya itu bangun

"En.Raykal , Iman , jemput minum dan makan." Mak Mah datang membawa seteko air teh serta sedikit kuih muih

"Mak Mah buat ke ni?" persoalan Raykal hanya dijawab anggukkan oleh Mak Mah

"Terima kasih nek. Nek mesti akan rindukan Iman untuk 2 minggu ni kan?" Iman menanya Nek Mah

"Eh buat apa Nek Mah nak rindukan Iman ? Daddy rasala Nek Mah bersyukur dapat pulang." sakat Raykal

Mak Mah hanya datang kerumah Raykal apabila Iman ada sahaja. Jikalau Iman pulang kerumah Imanina maka tinggalah Raykal bersendirian

"Ish daddy ni. Hrmm , betul ke Nek?" Iman menundukkan sedikit kepalanya semasa menanya

"Mana ada. Iman kan Nek jaga dari kecil lagi mesti la Nek sayang. Nak berpisah dengan Iman pun Nek rasa sengsara. Kalau berpisah rindu la jawabnya." Mak Mah memeluk Iman yang baru nak menangis tu

"Ye ke Nek?" Iman masih dalam dakapan Mak Mah

"Yer la"

"Thanks Nek." Iman mengeratkan lagi pelukan itu

Raykal hanya tersenyum melihat drama itu. Yer memang betul Mak Mah la yang diambil ketika mula² dia bercerai dengan Imanina dulu. Tetapi hanya untuk menjaga Iman. Mak Mah umur sama dengan Pn.Khalisah ibu Raykal , takkan dia nak ambil jadikan isteri pula.

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now