Bab 4

8.2K 240 0
                                    

*Kehidupan Fahin Ashraf*

"Fahin , Faris sini jap!" jerit Farah dari belakang rumah

"Yer mama." jawab mereka berdua serentak

"Tolong mama boleh?" tanya Farah sambil melihat 2 anak terunanya

Hanya itulah anaknya bersama arwah suaminya. Farah tidak terlalu muda dan juga tidak terlalu tua. Anak sulungnya bernama Faris Ahnaf berumur tingkatan 5 sekarang dan yang bongsu Fahin Ashraf berumur tingkatan 3. Dia teringin mempunyai anak perempuan namun apakan daya hatinya turut terkubur dengan arwah suaminya.

"Boleh jer." jawab Faris manakala Fahin hanya tersenyum

"Faris tolong alihkan pasu² bunga tu. Letakkan kat sana." Farah menunjuk kearah yang dimaksudkan

"Fahin pula tolong letakkan tanah kedalam pasu² yang tiada tanah eh."

"Pasu baru ke mama?" tanya Fahin tangannya jugak turut berkerja

"Ha'ah. Mama rasa nak tambah pokok² kat rumah kita ni." kata Farah sambil menyiram pokok² bunga

Hidupnya sekeluarga bukannya susah. Dengan pencen arwah suaminya pun sudah mencukupi mereka 3 beranak. Lagipun dia juga turut bekerja menjual pelbagai jenis makanan segera dari rumah. Jika diikutkan dia orang berada tetapi sengaja untuk menghilangkan bosan. Peninggalan harta suaminya buat dirinya serta anak² pun sudah banyak contoh rumah yang dia duduk sekarang adalah sebuah rumah banglo 1 tingkat. Ditambah pula dengan sebuah kereta dan motosikal.

"Faris , Fahin , kalaulah... kalau ni... Kalaulah mama ambil anak angkat perempuan macam mana?" tangan Farah masih lincah membuat kerja

"Buat apa mama nak ambil anak angkat. Kitaorang tak cukup lagi ke Ma?" tanya Fahin lalu mengangkat² keningnya

"Haish kamu ni Fahin. Kamu faham tak mama nak ambil anak angkat perempuan. Lagipun mama bosan la buat kerja sorang²."

"Faris okey jer. Lagipun nak merasai jugak ada adik perempuan." Fahin ni memang seorang budak yang senang

"Kalau macam tu Fahin pun okey la."

Farah tersenyum melihat anak²nya yang bersetuju. Sekarang misinya mencari anak angkat...

Okey guys... Ni sedikit sebanyak kisah Fahin sekeluarga...

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now