Bab 23

5.9K 155 0
                                    

"Tak sangka Raisya anak angkat mama." Wana masih terkejut akan berita itu

"See! Ada hikmah awak kahwin dengan saya." Faris menyampuk

"Apa hikmah dia?" Iman yang blur bertanya

"First dengan perkahwinan kami anak dan ibu bersatu." Iman yang mendengar mengagguk faham

"Second menyatukan adik dan abang." Sekali lagi Iman anggukan kepala

"Third satukan balik hubungan Iman dan Fahin." Kali ini Iman hanya diam

"Tapi kan kalau Fahin masih tanya Iman nak jawab apa?" Pertanyaan Faris membuatkan Iman mengeluh

"Iman ingat Iman nak jawab Iman hantar barang Kak Wana." Iman memandang sayu kearah dua orang kakak dan abang yang seperti darah dagingnya sendiri

"Kalau dia tanya mengapa Iman bahasakan mama sebagai mama?" Sekali lagi Faris mengajukan soalan yang agak susah untuk Iman menjawab

"Hrmm cakap yang mama suruh. Boleh tak?" Dia seperti kurang yakin dengan jawapannya sendiri

"Nanti abang cakap kat mama." Iman hanya menangguk setuju

"Raisya tidur sini ke?" Wana bertanya selepas sekian lama suasana sunyi

"Ingat nak tidur sini tapi biarlah." Faris bagaikan mengerti hanya memandang sayu Iman

***

"Betul ni Raisya nak balik selalu petang ni? Tak nak tunggu kenduri pihak lelaki dulu?" Iman hanya tersenyum dengan persoalan Wana

"Thanks tolong hantar barang sis kat sini." Wana memegang tangan Iman

Seperti tadi mereka sudah plan awal² agar Fahin tidak fikirkan sangat tentang kehadiran Iman disitu. Semua orang mengambil bahagian kecuali Fahin yang tidak tahu apa²

"Thanks aunty untuk segalanya. Anyway sedap makanan yang aunty masak." Iman menyalam tangan Farah

"Mama! Bukan aunty." Iman hanya mengangguk

'Nampaknya plan berjalan dengan lancar.' Bisik hati Iman

Dihadapan Fahin , Iman hanya tersenyum dan berlalu pergi ke keretanya. Kereta BMW Iman laju meninggalkan perkarangan rumah Farah

Didalam kereta Iman tak mampu tahan tangisannya. Dia rasa dia seperti orang yang bodoh kerana membiarkan orang yang dia cintai tidak dapat mengingatinya. Dia bertekad untuk mendekati Fahin tanpa membocorkan rahsia silam terlebih dahulu

***

" Selamat pagi Cik Raisya." Nampaknya hujung minggu sudah habis. Hari Isnin muncul kembali.

"Selamat pagi." Seperti biasa senyuman menghiasi bibirnya

"Hrmm Cik Raisya." Iman berhenti saat terdengar suara yang amat dia kenali

"Cik Raisya tertinggal gelang masa kat rumah mama saya." Fahin teruskan bercakap saat Iman memandangnya

"Oh my. Thanks Fahin. Saya ingat dah hilang dah gelang ni. Terima kasih sangat²." Fahin hanya tersenyum

"Sebagai tanda terima kasih lunch dengan saya hari ini." Iman mempelawa

"Eh tak payah lah Cik Raisya. Benda kecil jer ni."

"For your information tu ayat penyata bukan ayat tanya or bukan ayat minta persetujuan. By hook or by crook answer is YES! " Iman sengaja menekan yes nya itu

Fahin yang mendengar ayat tegas Iman hanya mampu gelak. Dalam sisa tawa Fahin mengangguk tanda persetujuan untuk lunch bersama



Rasanya cerita ni bab dia sedikit berbanding AKBM. Hopefully read until finish you all •3•

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now