Bab 21

5.8K 159 1
                                    

Farah , Faris dan Fahin serta beberapa sanak saudara melangkah masuk kesebuah rumah yang gah didepan mata. Dalam setiap langkah Farah berfikir seperti sedang mencari sesuatu. Di hadapan pintu rumah agam itu dia bagaikan terkena renjatan elektrik selepas dapat menganalisa apa yang dicari

"Ma are you okey?" Dengan ramah Fahin menanya mamanya yang tiba² berhenti

Mendengar suara Fahin bertanya akan mamanya Faris memandang dan dia seperti dapat mengagak pandangan mata Farah

"Jom Ma." Faris mendapatkan mamanya lalu teruskan berjalan masuk kerumah agam yang agak familiar dengan mereka berdua

***

"Sis kipidap. Fighting!" Wana hanya mampu tergelak saat mendengar kata² semangat adiknya itu

Hilang sikit gugupnya apabila berada disebelah adiknya. Dengan perlahan² Wana dan adiknya menuju kejinjan pelamin yang sudah tersedia. Disuatu tempat mereka diminta berhenti untuk mengambil gambar kenangan.

"Sis tarik nafas. In... Out... In... Out... Okey?" Selepas melihat Wana mengangguk Wani tersenyum

Selepas membuat sisi tarik nafas dengan adiknya barulah Wana duduk diatas pelamin itu.

"Anyway Iman tak datang ke? Kata nak datang dengan daddy." Wana memandang Raykal yang berada berhampiran pengantin lelaki bagi mewakili pengantin perempuan

"Dia kata dalam perjalanan. Maybe lewat sikit sebab tadi ada hal kat pejabat." Wana yang mendengar hanya mampu menganggukkan kepala dan sambung mendengar tazkirah free dari tok kadi

***

"Sorry babe aku lambat." Iman terus menerpa kearah BFF nya itu

"It's okey. Lagipun Kak Wana baru jer sah weh."

"Yer ke? Meh la kenalkan aku kat abang ipar kau." Iman menarik Wani masuk ketempat dimana pengantin sedang bergambar dengan tetamu

"Tumpang lalu." Iman dan Wani bersatu tenaga meminta laluan dari rakan² Wana yang mahu bergambar

"Sis Iman dah datang." Wani berkata kepada kakaknya itu

"Hah sampai pun." Tanpa berlengah Wana terus memeluk Iman

"Kenalkan ni sua..." Bicara Wana termati saat Iman memotong

"Abang!" Iman menjerit kecil

"Iman? Iman Raisya kan?" Melihat anggukan dari Iman , lantas Faris tersenyum

"Ya Allah adik abang. Lama nya menghilang. Lain dah adik abang sekarang." Faris yang lihat perubahan Iman berasa tenang

Sekarang Iman sudah bertudung. Dengan pakaian pada hari ini yang bertemakan royal blue Iman mengenakan baju kebaya dan sling bag berwarna royal blue dan shawl berwarna kuning diraja membuatkan Iman kelihatan begitu menyerlah

"Mesti semakin cantik kan?" Iman mengangkat keningnya ala² Ziana Zain

"Dulu masa free hair cantik , sekarang bertudung lagi cantik. Tapi sayang , abang tak boleh dah kucarkan rambut Iman." Mendengar kata² Faris , Iman ketawa

"Uhuk³ amboi dah lupa dah orang kat sini." Wana buat² batuk

"Ada segmen jejak kasih la dekat sini." Iman terus menyiku perut Wani

"Aduhhh. Sakit la." Iman hanya membalasnya dengan menjelirkan lidah

"Abang dengan sis bergambar la dulu. Malam nanti kita berborak. Lagipun banyak benda Iman nak tanya abang." Iman tidak terkata apabila terpandang orang yang dia rindui

"Hrmm Iman minta diri sekejap." Iman terus beredar tanpa mempedulikan Wani yang memanggilnya

***

"Tak sangka Farah adalah ibu kepada pengantin lelaki." Raykal berkata

"Saya lagi la tak sangka yang Wana tu anak angkat Raykal." Keadaan kembali sepi untuk beberapa saat

"Apa² pun , saya harap Raykal tak salah anggap. Saya bukannya mengkahwinkan mereka berdua sebab nak dapatkan Iman. Malah tak terlintas pun memandangkan saya tidak tahu pun Wana ada mengena² dengan Iman." Farah memandang redup kearah Raykal

"Saya minta maaf jika kedatangan kami sekeluarga dalam keluarga Raykal membawa beban. Saya minta diri dulu." Sambung Farah

"Kejap." Raykal memegang hujung baju Farah

"Saya nak minta maaf kerana pernah terniat untuk menjauhkan awak dari Iman. Malah niat saya itu diteruskan dengan membawa Iman ke Australia. Saya ingat Iman akan lupakan awak sekeluarga namun saya silap. Iman hanya terseksa disana kerana merindui awak sekeluarga. Sekali lagi saya minta maaf." Raykal melepas pengangan di hujung baju Farah

Tanpa berkata apa² Farah pergi meninggalkan Raykal. Langkah keberapa dia berhenti kerana terkejut rupanya ada orang ketiga yang mendengar perbualan mereka

"Iman!"

Penat la demam. Tapi Fa gigihkan juga untuk update. Untuk pembaca MSJB (•3•)

Mungkin Sudah Jodoh Bersama [COMPLETED]Where stories live. Discover now