Kami menaiki kereta kancil Ummi . Dalam perjalanan ke Rumah Mak Ngah. Kami melalui taman.
Aku mengambil peluang untuk mengintai Syuhadha .
Aku dah nampak dia , Tapi.
Dia tengah duduk di kerusi tadi , Muka nya amat sedih . Mata nya meliar di sekeliling taman. Tunggu aku mungkin?
***
Balik je dari Rumah Mak Ngah .selepas beberapa minit rehat , Aku melihat jam . 5:18 !
" Ummi , Adam gi taman kejap tau . " Jerit ku sebelum lari keluar rumah .
Destinasi ku. TAMAN!
- -
" Syuhadha? " Panggil ku.
" Nur Syuhadha. " Panggil ku lagi.
" adha! " Jerit ku.
" ya? " Muncul nya di belakang aku .
" sorry tadi , aku -- "
" Pergi rumah mak sedara? " Soalnya.
" Eh mana tau? "
" adalah. Jom duduk sini. " Ajaknya ..
" Adha , aku nak tanya something , Tapi awak jangan marah. " Kata ku...
" Cakap la apa dia? " Dia mengangkat kening.
" Kau baru pindah sini? Kau tak sekolah? Aku tak pernah nampak budak² kat sini tegur kau . " Kata ku lancar.
" Awak tak perasan lagi eh? "
" Ape dia? " Aku dungu
" elok la awak tak tau , kalau awak tau mesti awak tak nak kawan saya .hmm " Keluh nya
" Ada masalah ke? , cerita la dekat aku. Mana tahu , aku boleh tolong?. " Kata ku seakan memujuk.
" awak takkan faham perasaan saya sekarang ni !! " Marah nya sambil menangis teresak-esak menutup muka.
" Hummm~ Hummmm~ " Tangis nya. Meremang bulu roma ku mendengar dia menangis.
" Weh , jangan la macam ni . saya minta maaf . " Ujar ku kabut.
" Awak balik la. apa-apa datang taman esok " kata adha. tangannya setia menutup muka.
" okay lah , ataupun malam ni aku datang taman? " Adha mengangguk .
" Bye , Jumpa malam nanti adha , jangan la nangis " Kata ku . tapi dibalas dengan tangan adha yang menghalau ku.
**
Malam tu , aku nak ke dapur . Haus woi..
Rumah flat ni bilik air dengan Dapur sebaris je. pandang tepi dah nampak toilet.
Tengah aku membuka peti ice.
" Ueuuuu~ Ueuu~ "
'Aku benci bunyi macam tu ' Kata hati ku.
" Heuuu~ Heuu~ " Bunyi nya lagi.
'Mesti kat dalam toilet ':
Aku menoleh ke arah toilet
Oh no !
Aku nampak hantu tu merangkak keluar dari pintu toilet . Mata dia , Rambut dia , Jangan cakap aku ni puji dia. Hodoh!
Lagi cantik muka kera celup taik.
Tak. tak cantik.
Dia merangkak ke arah aku . Macam puntianak . tapi . tah la
" Heuuu~ "
" Eh kau ni ! nak jalan tu jalan je lah! Tak payah nak heu heu sangat! Aku simbah air ni karang ! " Marah ku. Geram tau tak?
" Jerit2 apa ni Adam? " soal ummi.
Aku diam.
Aku nampak ibu menapak ke bilik air .
" Ibu nak pergi mana? "..
" Toilet , Nak terkucil ni haa " Jawab ummi.
" emm. ummi tahan la lagi beberapa minit . Emm benda tu. emm " aku tak dapat nak teruskan.
" ada hantu?! " Jerit kakak ku tetiba. mana datang la perempuan ni .
Aku mengangguk sikit. mata ku ralit melihat Hantu tu merangkak ke arah ku.
Oitt. seram gak!
" Hahahh. jom ! jangan duduk sini . So dangerous " Aku menarik tangan ummi dan kakak ke ruangtamu.
Kalau korang?
" Asal tarik-tarik ni!! " marah kakak ku.
" Nape? Nak duduk ngan hantu tu? gi lah , rasanya dia tengah merangkak lagi tu " Kata ku sambil menolak nya ke dapur.
" WHATTHAHECK?! MERANGKAK! ALLAH!! " Kakak ku berlari semula ke ruangtamu.
Rasanya kalau aku tak nampak , mesti kitaorang lalu lalang even benda tu kat depan tu.
Aku rasa macam ada sesuatu aku kene buat.
Taman!
Aku segera berlari ke taman.
Syuhadha mu tunggu aku datang!
Ceh. -,-
YOU ARE READING
[✔] Kawan Ku Ialah Seorang Hantu
Fantasy[COMPLETE] Hantu? Bukan lagi sesuatu yang menakutkan baginya. Malah dia telah berkawan dengan hantu tanpa dia sedar. Bagaimana Adam boleh berkawan dengan hantu? Kawan ku ialah seorang hantu? " Saya Tak Nak Kawan Dengan Hantu " " Awak Ingat Saya Na...