Pagi khamis Adam dan Haffiy ke titiwangsa untuk berjogging.
Dari 8:00 pagi hingga 8:40 , baru lah mereka berehat.
" Weyh adam . " Panggil haffiy.
Adam yang sedang meneguk air mineral berhenti.
" Apa? "
" Semalam kan aku tak boleh tidur . " Kata Haffiy.
" Kau tidur tak setiap petang? " Soal adam. Haffiy mengangguk .
" Ooo.. "
" Asal eh aku tak boleh tidur eh semalam? " Soal haffiy lagi.
Adam memusingkan bebola mata ke atas.
" Kau dah tidur petang semalam , Jangan nak acah dilamun cinta . Geli aku dengar " Adam menjeling Haffiy.
" Haah kan. hehehe " haffiy mengaru tengkuk.
" Tapi kan . ada sorang perempuan ni. Mencuri hati ku . uah " Haffiy memegang dadanya.
" Drama Nek Mis dah episod berapa eh? " Adam cuba menukar topik.
" Bukan ke dah tamat minggu lepas? " Jawab haffiy.
" Ye ke? " Adam tersenyum dalam diam. Haffiy dah tukar topik. malas dia nak dengar drama murahan dari haffiy tu.
" Ye lahh . Dah la! Jom sambung jogging " Ajak Haffiy.
" Let's go bebeh " Adam yang tengah membetulkan tali kasutnya terhenti.
" Kau jangan nak jadi gay ngan aku. aku humban kau kat dalam tasik tu karang "
" Eih kau ni . gurau pon tak boleh! " Haffiy laju meninggalkan adam.
" tunggu ah wey! "
1
***
Pada pagi isnin , Adam berjalan ke sekolah dan duduk di dewan bagi menunggu perhimpunan pada pagi isnin .
Teringat tentang hubungannya dengan Syuhadha .
Hubungan Adam dan Syuhadha sebagai kawan semakin rapat . Adam dapat menerima syuhadha sebagai kawan . walaupun syuhadha hantu.
Sewaktu di perhimpunan disekolah ,
" Nama-nama yang saya sebut ni , sila tunggu selepas perhimpunan .
Nur Shafiqah , Nurul Aina , Nur Aqilah , Safia Iyana , Siti Hawa , Muhd Haffiy , Muhd Adam Airayyan, Ahmad Fizi dan Muhd nurazlan . Pelajar tingkatan 2 . Terima kasih " Umum cikgu Hafizan." Kita dimention wey " Haffiy Menyiku Adam.
" Ya aku tau. "
Selepas perhimpunan , seperti yang diingatkan . Mereka pun berkumpul di dewan.
" Kenapa cikgu? Kitaorang ada buat salah ke? " Tanya siti hawa pada cikgu Hafizan.
" Takde lah. cuma Jumaat ni . Sekolah kita ada buat Kem Lawatan ke Muzium selama tiga hari Kamu yang disebut nama terpilih. Tak payah bayar pun " Jelas Cikgu Hafizan . mereka mengangguk.
" Borang ni hantar Esok sampai khamis. Lambat , tak payah ikut " Kata cikgu , tangan nya ligat memberi borang kem.
" Okay cikgu. "
" Kenapa saya dapat pergi kem ni cikgu? " soal adam.
" Sebab , Top3 je dapat pergi . Sekali sekala buat kem . Ni dah bulan 10 . Dah nak cuti sekolah . Ni tanda supaya kamu semua belajar lebih baik lagi . Tahun depan PT3 . " Jawab cikgu hafizan . Adam baru teringat. Masa exam akhir tahun. Dia berjaya menduduki tempat ke 3 dalam kelas.
Mereka semua mengangguk.
" Terima kasih cikgu , " Ucap mereka .
" Sama-sama . Sudah pergi masuk kelas "
PJP PON BERJALAN SEPERTI BIASA.
***
Adam dalam perjalanan ke rumah ,
" Adam " panggil seseorang. Adam menoleh.
" ye syuhadha? " adam melangkah ke arah syuhadha.
" Semalam! semalam saya nampak Kamal! " Jerit syuhadha tiba-tiba .
" Dekat mana? " tanya adam.
" Dia naik kereta , dalam kereta tu ada seorang budak perempuan . Tak silap saya , Hakim pun ada dalam kereta tu " Jawab Syuhadha .
" Saya taknak budak perempuan tu mati macam saya . " sambung syuhadha lagi.
" Nak saya buat report polis? "
" Ehh ! takpayah . nanti polis mesti cari saya jugak . pastu nanti .. err. takpelah awak balik la bye. " Syuhadha lari menghilangkan diri.
Adam masih terpinga-pinga.
Adam teruskan jalan ke rumah .
***
"Assalammualaikum Ummi , adam balik ni " Aku memasuki rumah .
" Ummi? " tiada sahutan.
" Ummi ..." Panggil ku meleret.
" Ummi! " jerit ku.
" OPOCOT KUALI KAU KETUK !!" Ummi melatah sambil mengetuk kuali.
Aku mengekek ketawa sambil ke dapur.
" Orang panggil tanak jawab " Adam duduk di kerusi .
" Bertuah punya anak. Kalau ummi kene sakit jantung nanti macam mana? tak ke pok pek pok pek " Bebel ummi.
Dan , aku mula menyesal sebab pergi dapur.
" Err Ummi , " panggil ku .
" Haa ape? " Ummi berhenti membebel.
" Jumaat ni , adam ada lawatan kem kat muzium . Nak pergi boleh? " Soal ku.
" tak boleh , Ummi takde duit " Ummi sambung mengacau lauk di dalam kuali.
" Free la ummi , tak yah bayar . Tanda tangan borang je " Balas ku.
" Berapa hari? "
" 3days 2night "
" Hmm . letak atas meja . nanti ummi tanda tangan "
" Okay " Aku tersenyum sambil menyelitkan borang dibawah pinggan.
" Kenapa dapat pergi lawatan ni? " Soal ummi . Aku baru nak masuk bilik .
" Yang mana periksa top3 je dapat . "
Ummi mengangguk.
" Dah! pergi mandi! " Jerit ummi.
Aku berlari masuk ke dalam bilik.
***
" Ummi , adam pergi jumpa kawan kejap eh "
" Sapa? " Ummi mengangkat kening .
" Adha . " balas ku pendek. berharap ummi ingat tu laki.
" Adha? Perempuan?! "
" Ho . ummi dah lambat ni . bye " aku memecut keluar dari rumah..
Di taman penuh dengan budak-budak.
Tapi syuhadha takde pulak .
Nak dekat 20 minit aku tunggu syuhadha , dia tak muncul - muncul pun .
' Syuhadha , Mana awak? '
YOU ARE READING
[✔] Kawan Ku Ialah Seorang Hantu
Fantasy[COMPLETE] Hantu? Bukan lagi sesuatu yang menakutkan baginya. Malah dia telah berkawan dengan hantu tanpa dia sedar. Bagaimana Adam boleh berkawan dengan hantu? Kawan ku ialah seorang hantu? " Saya Tak Nak Kawan Dengan Hantu " " Awak Ingat Saya Na...