" Adam! "
" Ya Ummi? " Sahut ku . Kepala digaru perlahan.
" Ya allah , Mohd Adam Airayyan! Dah pukul 3 petang tak mandi lagi ?! Bertuah punya budak , Mentang-mentang lah hari sabtu . Pok pek pok pok , soh seh soh seh -- " Bebel Ummi yang sudah menjadi kebiasaan telinga aku .
" Ummi ! Ikan Terbako! " Aku jerit lalu berlari ke bilik air .
Kalau Ummi dah membebel , semestinya boleh cair tahi telinga !
" Ya allah ikan aku ! " Jerit Ummi aku dengar dari jauh bilik air .
Sedang aku memberus gigi , didepan aku terlihat lembaga hitam dari pantulan cermin . Lembaga itu duduk di penjuru pintu.
Al-Hijab aku terbuka , dan yeah . Aku boleh nampak semua hantu yang ada disekeliling aku. Aku tak takut pada hantu sebab dari kecil lagi dah selalu nampak.
Lagipun kita patut takut dengan Allah , Bukan Hantu. Berbalik pada lembaga hitam tadi tu .
Dia duduk di penjuru. Aku abaikan je .
Dia tak kacau aku pun . Tak payah busybody nak intai benda tu. Tapi hantu tu intai aku ilek je.
Sebab tu juga lah manusia kena berpakaian ketika mandi . Sesungguhnya ada mahkluk lain yang memandang , mengintai , menjenguk , meneman dan mengggggaum bila berlama lamaan dalam bilik air.
Usai mandi , makanan sudah terhidang di atas meja makan .
" Ummi masak apa? Ikan hangus tadi Ummi campak mana? " Tanya ku , sekadar mengusik .
Ummi hanya memandang aku tajam.
Hehehe
-
" Adam . " Aku menoleh ke arah satu satunya Kakak ku .
" Ya? "
" Bak remote " Dia menghulurkan tangan . Tanpa banyak bunyi aku hulurkan walaupun remote tu depan dia je . Dasar pemalas.
" Rilek je kau tengok cerita cartoon eh ? Hahaha cerita apa ni ? " Matanya dikecilkan bagi menjelaskan pemandangan yang tak helok .
" Niko 2 , Little Brother , Big Trouble " Laju aku sebutkan tajuk , Minah ni dah la buta .
" Dah la , aku nak tengok hindustan . Kau berambus " Dia tersengih kecil , kaki diangkat naik ke atas sofa . Sungguh gengster walaweh .
Dari hujung mata ,aku ternampak kelibat dari pantulan tv .
Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan.
Beberapa jam selepas menonton hiburan korea Runningman . Aku mandi dan bersiap untuk ke kedai .
Ummi menyuruh aku membeli barang dapur .
Dalam malas-malas aku pun aku pergi juga , walaupun jauh terpaksa lah aku menapak . Alang-alang terus ke surau.
Jam dinding dipandang sekilas . 7:27 petang?
Waktu ni la mahkluk halus dah start ke tempat masing-masing .
Matahari mula terbenam , Bulan sudah mula mengambil tempat .
Aku mempercepatkan perjalanan aku . Tepat sahaja aku sampai ke kedai , Azan mula berkumandang .
Habis azan , cepat-cepat mengambil wudhuk .
Semasa perjalan pulang dari Masjid , aku ternampak seorang gadis .
Dia duduk ditaman bahagian buaian membelakangi aku .
YOU ARE READING
[✔] Kawan Ku Ialah Seorang Hantu
Fantasía[COMPLETE] Hantu? Bukan lagi sesuatu yang menakutkan baginya. Malah dia telah berkawan dengan hantu tanpa dia sedar. Bagaimana Adam boleh berkawan dengan hantu? Kawan ku ialah seorang hantu? " Saya Tak Nak Kawan Dengan Hantu " " Awak Ingat Saya Na...