Kata orang, jangan hidup dalam kenangan. Hmm...
Aku sendiri khuatir dengan kehidupan yang jenis bergelumang dengan memori kerana kita nanti tidak dapat membezakan sama ada kita hidup dengan cinta atau tertipu dengan obsesi kenangan.
Namun, dalam sudut yang lain. Kenangan sangat penting bagi kita bermuhasabah.
Yalah, tanpa bantuan kenangan kecil-kecil dulu, anak-anak tak dapat nak cintai ibu mereka semasa dewasa. Juga suami isteri perlu mengenang saat muda-muda dulu untuk perbaharui (refresh) perasaan sebagaimana dahulu. Ecece.
Tanpa kenangan, aku tak akan teringat yang sebenarnya aku sangat suka membaca semasa kecil. Entah doktrin apa yang membuatkan aku fikir aku benci buku sejak kecil. Kini rasa lebih bersemangat nak membaca heh :)
Jadi, kenangan ini ada pros dan cons nya. Semua perkara pun begitu. Itu sebabnya kita lebih suka dengan kesederhanaan, kita juga adalah ummatau wasata (ummat pertengahan).
Lagipun, muslim tidak susah memandang satu perkara dalam dua perspektif berbeza kerana kita memang dididik Allah sebegitu.
Contohnya, perspektif kehidupan:
"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati pada esok harinya." - Ibn Umar.
Bagaimana mati dan hidup boleh bertemu dalam satu masa yang sama?
Boleh. Dengan didikan Allah.
Itu sebabnya muslim itu bijak dan positif setiap masa. Melihat kebaikan pun bermuhasabah, melihat dosa pun bermuhasabah.
Kita tidak boleh hidup dalam kenangan sahaja kerana manusia sentiasa berubah. Perubahan itu fitrah. Mana ada orang yang ingin pakai baju yang sama setiap hari. Dan mana ada orang yang sanggup melalui rutin yang sama sahaja setiap hari.
Aku suka membaca blog seorang kakak tetapi dia telah berhenti menulis selepas berkahwin dan menimang cahaya mata. Kalau nak ikutkan hati, memang kecewa sebab penulisan dia memang bermakna buat aku.
Namun, tak semestinya yang baik untuk aku itu baik juga untuk dia. Kerana mungkin sahaja suami dan anaknya lebih memerlukan perhatian dan prioriti daripadanya.
Manusia berubah kerana pengalaman dan pengetahuan mereka bertambah setiap hari.
Jadi, kita tak boleh expect seseorang itu kekal sama selamanya. Kalau kita cintakan manusia kerana apa yang ia miliki sekarang, barangkali Allah boleh menghilangkan benda itu daripadanya, lalu apa yang menjamin bahawa cinta kita padanya tak akan pudar?
Pada masa itu, adakah kita akan duduk menyesali bersama kenangan-kenangan lampau?
Jadi, cintailah apa sahaja di dunia ini kerana Allah.
Dan hanya Allah yang kekal Sempurna sifat-Nya.
YOU ARE READING
Introvert & Tuhan
RandomIntrovert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.