Allah Tahu Sejak Mula

3.6K 209 2
                                    

Siapa diriku pada hari ini, Allah telah Tahu sejak dahulu.

Berkali-kali aku ulang pernyataan ini  kepada diri sendiri bahawa sentiasa ada sebab mengapa sesuatu perkara dijadikan sebegitu dan sesetengah yang lain sebegini.

Seperti penyakit, setiap satu pasti ada ubatnya. Begitulah setiap kejadian dan ciptaan pasti datang dengan hikmahnya.

Namun begitu, sebahagian daripada hikmah-hikmah ini ada yang Allah hamparkan dengan mudah bagi kita untuk melihat dan bermuhasabah, manakala sebahagiannya dibiarkan lambat dan jauh supaya manusia lebih mengkaji.

Ada sebahagian lagi Allah biarkan selama-lamanya sebagai misteri dengan sebab yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Kadang-kadang sesuatu perkara lebih indah jika kekal diketahui hanya pada permukaannya sahaja. Allahua’lam.

Begitulah juga dengan setiap pengalaman hidup yang telah Tuhan kita rancangkan dalam jalan dunia ini untuk setiap diri kita -tiada yang tidak ditelitikan oleh-Nya.

Kenangan apa yang masih kita ingat atau lupa, semua Dia tentukan.

Sifat apa yang kita miliki atau warisi, semuanya sudah tertulis di atas sana.

Tidak ada yang tersilap atau tergelincir. Setiap sesuatu dirancang dengan baik dan penuh hikmah.

Oleh itu aku ulangi, siapa diri kita pada hari ini, Allah telah Tahu sejak dahulu.

Dengan sebab itu, jangan kita begitu takut dengan apa yang kita miliki dan hadapi kerana Allah sentiasa menjaga belakang kita.

Introvert & TuhanWhere stories live. Discover now