Hebatnya kuasa Allah. Dia yang menciptakan setiap benda dengan pelbagai rupa dan warna serta bentuk. Cantik.
Juga Maha Hebatnya Allah, apabila Dia mampu membezakan kekuatan sesuatu benda hanya melalui bentuknya sahaja.
Dulu lecturer tanya kenapa tingkap kapal terbang berbentuk bulat, bukannya petak?
Ini kerana bentuk petak memudahkan kegagalan fungsi kerana adanya cyclic loading (atau nak kata kerana fatigue pun boleh) di sekeliling tingkap. Cyclic loading ialah daya yang membebani secara mengeliling yang menyebabkan retakan di bahagian bucu tingkap lalu menyebabkan kegagalan dalam pembinaan kapal terbang.
Maka, banyaklah kapal terbang yang terhempas secara misteri pada masa dahulu. Para jurutera pening kepala menyiasat. Rupa-rupanya hanya kerana bentuk tingkap.
Lalu bentuk kapal terbang kini di-design menjadi membulat untuk mengelakkan fatigue.
Manusia banyak menilai geometri hanya pada sebab kecantikan. Hakikatnya, Allah menciptanya dengan sesuatu yang lebih dalam dan bernilai.
Aku pun terdorong untuk membeli talam yang berbentuk bulat berbanding yang bersegi. Macamlah talam bersegi itu nak 'nahas' dengan load pinggan mangkuk yang tak seberapa. Psikologi..
Muka yang cantik membantu menambah kekuatan dakwah tak he he? Yang penting akhlak kena cantik..
YOU ARE READING
Introvert & Tuhan
RandomIntrovert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.