Segala perancangan rapi telah dilakukan oleh Kassim. Baju, seluar,kain tuala, ubat-ubatan,minyak rambut Safi,bedak ketiak Hibka,torchlight dan segala keperluan asas untuk travel jauh telah dikemas dengan baik oleh Kassim dan diletakkan di satu tempat di satu sudut biliknya. Kassim tak perlu barang yang sebanyak 46kg untuk pengembaraan ini sebab Kassim bukannya nak naik kapal terbang balik ke Mesir, sebaliknya Kassim hanya perlukan barang travel yang dijangka dalam masa 2 minggu sahaja.
Kassim tersenyum sendirian. Nampaknya rancangannya dari awal tahun 2016 bakal terlaksana esok. Esok bakal menjadi hari bersejarah buatnya dan sahabat travelnya Faizi, bukan hari bersejarah bermaksud mereka bakal berkahwin dua. Mereka bukanlah pasangan gay ataupun pondan jalan kereta api, mereka adalah dua lelaki normal.
Diambil henpon Sony nya di atas tilam lantas terus membuka aplikasi whatsaap. Nama Faizi dicari untuk dimesejnya bertanya tentang persediaan Faizi untuk hari esok.
Weii broo.. Camna esok? Okay?
Faizi yang sedang online sambil mesej awek jordannya terus membalas mesej whatsaap Kassim.
Okay.. Semua settle. No problem.. Huhu..
Kelia... Ok esok jangan lupa.
Ok baik...
Kassim berpuas hati dengan sahabatnya Faizi yang juga telah bersedia untuk pengembaraan hari esok.
Suis lampu ditutup dan suis kipas dibuka untuk memberi keselesaan dan menghalau nyamuk dari menggangu Kassim dari tidurnya sebentar lagi. Malam itu Kassim tidur awal dengan penuh pengharapan hari esok misinya bakal menjadi kenyataan. Bulan bersinar terang, bintang kelip bergemerlapan. Burung hantu,katak ong dan cengkerik tidak berbunyi malam itu sepertinya mereka mahu memberi keselesaan yang sempurna untuk Kassim pada malam itu.
YOU ARE READING
Kembara Raya
AdventureKisah benar 2 orang anak muda mengembara semenanjung Malaysia menaiki motorsikal kapcai Honda ex5 dream. Perjalanan sejauh 3500 kilometer disempurnakan dengan jayanya. Berbagai kisah dan pengalaman yang sedap-sedap dan pahit-pahit bakal diceritakan...