Bab 4: Kelantan

106 1 0
                                    

" Assalamualaikum semua yang ada di sini.. Kat mana tau makam Tuan Guru Nik Aziz? " tanya Kassim kepada orang kampung yang sedang lepak-lepak di warung itu. Kedua belah tangannya digenggam erat seperti kumpulan nasyid.

Orang kampung saling berpandangan sesama mereka. Mereka kelihatan pelik dengan kehadiran Kassim dan Faizi dan terus bertanya secara tiba-tiba.

"Gapo.. Demo tanya gapo tadi? Demo ghoyak kat ambo tengok.." bangkit seorang orang tua sambil membetulkan kain pelikatnya.

Kassim jammed terus orang tua tu cakap Kelantan. Kassim mana reti cakap Kelantan ni. Kassim orang Kedah sejati.

" Dok ni.. Ambo nak tanyo.. Tu makam hok tok guru nik aziz punya mana? " Faizi mencelah sambil membuka helmetnya lalu terus menampakkan rambutnya yang lurus terurai ke bawah.

"Hmm.. Hensem tuu...hik hik.."

Terdengar suara bisik-bisik dari meja yang dihuni oleh awek-awek kampung.

Faizi yang perasan akan bunyi bisik-bisik itu terus menggoyang-goyang rambutnya macam iklan shampoo rambut.

"Awwww...Wuuu..."

Sekali lagi bunyi dari meja makwe-makwe. Tak pasti makwe mana satu yang bunyi. Samaada yang free hair bertahi lalat di bawah bibir itu atau makwe bertudung kuning bermisai nipis.

" Demo nii ore tino.. Diam sikik boleh? Ambo nak maroh haa nii.. Ore dok tanyo tuu.. Demo duk bunyi wuu wuuu.." pemuda berbaju merah yang nampak gedebe itu memarahi makwe-makwe tersebut. Rasanya kalau makwe makwe tu kena penampar dengan brader baju merah tu mau makan nasi dengan straw coconut shake.

"Nihh nak ghoyak kat demo nii.. Demo tubik balik jalan depan tadi. Ada tu alik kiri demo.." terang orang tua yang berkain pelikat tadi. Walaupun kopiahnya agak besar dari kepalanya tapi beliau baik hati.

Faizi berterima kasih dan berlalu pergi sambil diikuti oleh Kassim di belakang. Rupanya mereka terlepas tadi makam Tuan Guru Nik Aziz. Dah lalu dah tadi cuma tak perasan. Agaknya mereka lalai sebab tak makan kismis minda pagi tadi.

Suasana tenang di tanah perkuburan. Angin meniup lembut mendayu-dayu. Sesekali daunan berterbangan lalu jatuh ke atas kawasan perkuburan. Bunyi sungai mengalir yang berada bersebelahan tanah perkuburan memberikan suasana yang cukup tenang dan syahdu di situ.

Makam tuan guru Nik Aziz agak sukar dicari kerana ditanam sama seperti kubur-kubur yang lain.

Sedang mereka tercari-cari, datang sebijik van putih parking betul-betul sebelah motor mereka. Keluar dari perut van itu sekumpulan lelaki yang entah datang dari mana. Gaya mereka tidaklah seperti kumpulan gangster ataupun kumpulan ajaran sesat. Gaya mereka biasa-biasa sahaja.

" Assalamualaikum.. Dari mana ni?"

Mereka semua datang bersalaman dengan Kassim dan Faizi. Rasanya lebih kurang 15 orang jugak. Tapi mereka salam tak cium tangan, kalau salam cium tangan mau naik tanjak jugak Kassim dan Faizi.

Mereka bertahlil dan berdoa di samping kubur tuan guru. Nampak lelaki berbaju pagoda putih mengetuai majlis tersebut hingga selesai. Dari mula Ila hadratii nabbii hinggalah selesai doa.

Mereka beredar dari kubur. Kassim dan Faizi masih di situ. Bukan mengambil batu di situ untuk amalan khurafat, ataupun menulis nama mereka dan pasangan di situ. Itu amalan khurafat, mereka tak buat perkara begitu. Mereka sekadar mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Rupanya mereka geng van putih belum beredar. Mereka asyik membelek-belek motorsikal Kassim dan Faizi.

Mereka bersalaman sekali lagi. Penat jugak bersalaman 15 orang sekaligus.

"Ni hampa mai mana? "soal lelaki yang muka macam Aziz Desa pengacara Nasi Lemak Kopi O TV9. Cuma lelaki itu agak rendah sikit. Rasanya mungkin adik Aziz Desa. Nama dia mungkin Azim Desa ataupun Aliff Desa.

"Mai dari Kedah encik.."

Saja Kassim membahasakan adik Aziz Desa itu sebagai encik sebab beliau berbaju kameja. Kalau dia berbaju pagoda Kassim akan panggil dia pak cik. Ataupun kalau dia tak berbaju, Kassim akan panggil dia orang gila. Gila mana ada orang ziarah kubur tak pakai baju. Nak kena panah petir ziarah kubur tak pakai baju?.

" Haaa.. Kami pon mai Kedah jugak.." brader rambut pacak mencelah sambil meniup asap rokoknya naik ke atas.

" Mana ngaji sini ka camana?.." sambung brader sado berspek hitam bulat. Gaya macam Jai pon ada brader tu.

" Kami tengah pusing Malaysia nii abang.. Mai belah Kelantan dulu.. Pastu masuk Terengganu, Pahang, Johor pastu pusing belah sana pulak laa.. Melaka, Negeri Sembilan dan seterusnya.. " Kassim menerangkan sambil tanganya memusing membuat bulatan isyarat kata pusing satu Malaysia.

"Oihh baghuih.. Baghuih.. Waktu muda cari pengalaman. Kami pon pusing Malaysia gak ni.. Tapi kami nak habis dah ni.. Sebab kami pusing belah Perak dulu.. Pastu Selangoq, KL, Negeri Sembilan dan seterusnya.." adik Aziz Desa menyambung perbualan.

" Dah jom kami pi dulu.. Nak pi Kota Bharu satt.. Carik barang pa patut.. " kata brader rambut pacak sambil membuang puntung rokoknya ke bawah. Kemudian dia memenyek puntung rokok tersebut dengan kasutnya.

" Ramlee.. Baca doa selamat sikit kat depa nii.." arah adik Aziz Desa.

Oo rupanya yang mengetuai tahlil tadi Ramlee.. Ingat namanya Mokhtar. Sebab muka macam nama Mokhtar.

Doa selamat dibaca. Tapi apa yang Kassim dan Faizi perasan doa selamatnya sama seperti doa tahlil tadi. Jangan-jangan dia silap doa tahlil dan doa kesejahteraan buat si mati kepada Kassim dan Faizi. Cepat-cepat Kassim dan Faizi memusing tangan ke depan seperti gaya doa tolak bala.

************************************

Petang itu mereka merancang terus ke Jerteh rumah Pak Ngah Faizi. Setelah selesai minum coconut shake tak sedap di Pantai Cahaya Bulan, mereka terus sahaja memulas throotle motor mereka ke sana.

Sekali lagi cuaca seakan tidak mengizinkan mereka. Hujan lebat membasahi bumi Kelantan ketika mereka sampai di Pasir Tumbuh. Nak tak nak mereka terpaksa mencari tempat berteduh untuk mengelak hujan yang semakin lebat itu. Kalau terus jugak mereka takut doa tahlil Ramlee tadi makbul.

Stesen bas dijumpai di depan. Mereka terus membelok motor masuk ke situ untuk berteduh. Hujan semakin lebat. Selebat 300km sejam.

Sepasang suami isteri juga tiba di situ untuk berteduh. Basah kuyup melihat mereka. Tiba-tiba ada tangan kecil terkeluar dari belakang suami tersebut. Rupanya ada seorang lagi anak kecil di situ yang dalam lingkungan 2 tahun. Budak itu kelihatan sejuk gedik setelah melihat hingus meleleh dari hidungnya dan badannya terketar-ketar. Ibunya cepat-cepat mengelap anaknya dengan tangannya sendiri. Kemudian dipeluk untuk memberi sedikit kepanasan kepada anak itu walaupun ibu itu sendiri kesejukan.

Sesungguhnya di dalam dunia itu terlalu banyak tempat untuk bersyukur. Melihat seorang ayah dan ibu muda tetap tabah menghadapi ujian itu menjadi pelajaran kepada sesiapa melihatnya. Tidak usah merungut akan ujian tetapi hadapilah ujian itu dengan tabah dan rasa syukur. Insyaallah ganjaran yang besar Allah akan sediakan di sana.

Mereka tiba di Jerteh pukul 10 malam  setelah 2 jam terperangkap dalam hujan lebat. Mengigil mereka berdua bila tiba di rumah Pak Ngah Faizi akibat hujan dan kesejukan.

Kembara RayaWhere stories live. Discover now