Bab 2: Pendang ke Baling

156 3 2
                                    

Kassim membelek-belek motorsikalnya sekali lagi di stesyen minyak Petronas. Tayar motorsikalnya ditekan-tekan untuk memeriksa kuantiti angin yang terdapat di dalamnya. Kereta keluar masuk, orang isi minyak kereta, brader bangla lap cermin kereta, mak cik sapu jalan dan awek keluar tandas, semua itu sedikitpun tidak menarik perhatianya yang sedang khusyuk memeriksa keadaan tayar motosikalnya.

"Hmmm... Dah okay ni angin..." kata Kassim sambil menepuk-nepuk kedua-dua tangannya untuk menghilangkan debu yang terlekat di tangannya. Dia melihat jam di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 3 petang, Faizi masih belum tiba lagi di situ. Mungkin jalan jammed ataupun kucing kesayanganya lari dari rumah dan menyebabkan dia perlu mencari dahulu kucingnya sebelum bergerak untuk perjalanan jauh beribu batu.

Dari jauh kelihatan Faizi tiba dengan EX5 biru kepunyaan abangnya. Faizi nampak steady dengan helmet NGV baru berwarna biru dan jaket warna biru. Kassim yang perasan akan kehadiran Faizi melambai-lambai memanggil kawannya untuk datang ke situ.

"Weii camana lambatt? Jalan jammed ka apa?"

" Takdaklahh.. Pak menakan aku takut lepas aku pi berjalan.. huhuhuhu...."

"Biasa la tuuu orang risau.. huhuhu.."

"Ya laa.. huhuhu..."

Lama jugak mereka berdua berhuhu sebelum memulakan perjalanan. Rasanya dalam 5 minit jugak situasi itu berlaku. Itu lumrah biasa mereka bersembang berdua bila tidak ada berapa subjek penting untuk bersembang.

Setelah menongkat dua motonya, Faizi membetulkan beg hijau travelnya yang dibeli di Long Wan Simpang Kuala dengan menarik tali hadapan begnya itu untuk memberikan keselesaan sempurna kepadanya. Faizi saling tak tumpah seperti pengembara sebenar dengan beg tersebut.

" Okay jii.. Kita pergi rumah Iqbal dulu. Aku mesej dah dia tadi. Dia kata okay no problem.." kata Kassim kepada Faizi sambil menyarungkan glove di tangannya.

"Ok baik...."balas Faizi pendek.

" Baca doa selamat sikit jii.."

Faizi terus membaca doa selamat dengan penuh khusyuk. Tangannya didepakan di atas meminta diberi keselamatan dalam perjalanan tersebut. Entah doa apa yang dibaca oleh Faizi waktu itu,yang pasti dia bukan nyanyi lagu nasyid Raihan ataupun In-team.

Perjalanan dari Petronas Pendang ke Sungai Tiang tidaklah jauh mana,dalam setengah jam dah boleh sampai. Jalan yang tenang sambil dihiasi dengan keindahan sawah padi menguning yang terbentang luas mampu memberi kepuasan kepada sesiapa yang melihatnya. Trottle dipulas pada kelajuan 60km sejam untuk memberi perjalanan yang santai dan tidak kalut.Perjalanan yang santai dan tenang adalah matlamat utama Kassim dan Faizi. Tidak perlu tergesa-gesa seperti diligan badak sumbu di dalam hutan Amazon.

Sesampainya mereka di Sungai Tiang terus mereka ke rumah Iqbal.Kelihatan Iqbal sudah menunggu dengan sabar dihadapan pintu rumahnya. Mereka bertiga salam berpelukan seolah-olah sudah 5 tahun tidak berjumpa. Walaupun sebenarnya mereka baru sahaja berjumpa sebulan yang lepas di Mesir.

" Barek hampa nak pi mana ni beg besaq biawak? Nak keluaq 40 hari kaa? Hahahaha..." tanya Iqbal sambil tergelak hingga menampakkan pusat perutnya kerana dia memakai baju singkat kepunyaan adiknya Aliff untuk bagi nampak taff.

"Kami nak pusing Malaysia Iqbal.. Memang kena bawak beg besaq.. Hahaha.." balas Kassim ketawa kerana melihat kelakuan Iqbal yang funny.

"Dengan moto niii?" Matanya terbeliak sambil tangannya ditunjukkan ke arah motorsikal milik Kassim dan Faizi.

"Ya laaa Iqbal Jamil oiiih.."

" Takdan sampai Kelantan aku rasa dah hancuq moto nii.. Hahahaha.."

Kembara RayaWhere stories live. Discover now