Seawal 5:30 pagi Kassim sudah bangun untuk bersiap sembahyang subuh. Semangat Kassim hari itu lain macam memandangkan misi yang bakal bermula sebentar lagi. Kassim masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudhuk. Ubat gigi kodomo lion perisa anggur kepunyaan anak saudaranya Aleesya dicalit sedikit ke berus giginya. Lantas digosok dengan tertib sepertimana Kassim belajar gosok gigi pada waktu sekolah rendah dahulu.
"Hmm.. Sedap perisa anggur ni.." Kassim bermonolog sendirian sambil tangan kirinya menggosok gigi. Kemudian dikumur dengan air paip dan diluah ke lantai bilik air. Kassim tak telan buih ubat gigi tersebut walaupun sedap dan selamat ditelan.
Selesai Kassim mengambil wudhuk dan mengelap muka dan tangannya, Kassim terus menyarungkan baju melayu dan kain pelikat kepunyaannya. Walaupun baju melayu tak berbutang, Kassim tetap nampak seperti orang yang berilmu tinggi disebabkan budak pondok pon ramai tak butang baju macam Kassim.
Anas abang Kassim sudah ready lebih awal di atas motor EX5 yang akan digunakan untuk pengembaraan sebentar lagi.
"Jom gerak.."
Kassim mengangkang lalu duduk di seat belakang moto EX5 tersebut sambil menepuk belakang body EX5 tersebut seperti gaya seorang koboi menepuk punggung kudanya.
Dalam perjalanan Kassim terjumpa Pak Mat seorang pencen askar sedang berjalan seorang diri untuk membuang sampah. Belum sempat Kassim memberi salam, Pak Mat dah angkat tangan dulu. Hebat Pak Mat boleh menyedari Kassim walaupun beliau tidak melihat siapa yang lalu di belakangnya.
"Assalamualaikumm.."
"Yaa.. Waalaikumussalam.."
Balas Pak Mat dengan bersahaja. Itulah rutin Pak Mat setiap pagi. Penuh berdisiplin kerana beliau seorang bekas askar. Sesampai di masjid, imam sudah masuk ke rakaat kedua. Ni lumrah alam masjid Derga, selalu sembahyang awal. Ini bukan salah Kassim datang lewat tetapi salah Masjid Derga sembahyang awal. Masjid Derga perlu cakna kepada jemaah seperti Kassim yang selalu datang lewat.
Seusai sembahyang subuh berjemaah, Kassim berdoa kepada Ilahi semoga dimudahkan perjalanan pengembaraan Kassim dan Faizi kali ini. Tangan ditekup di muka menampakkan khusyuknya Kassim berdoa kepada Ilahii.. Subhanallah.
Sebelum pulang terus ke rumah, Kassim singgah sebentar di stesen minyak Shell untuk mengisi minyak moto EX5 nya. Minyak rm5 diisi terus ke motonya sementara lagi rm2 diisi di dalam botol minyak spare untuk kegunaan bila kecemasan minyak habis di mana-mana tempat.
Sampai di rumah Kassim terus menyiapkan apa yang patut. Pam angin, getah tampung tayar tubeless, peralatan repair motor semuanya disimpan kemas di dalam box motornya. Walaupun Kassim tak pandai repair moto, Kassim tetap jugak bawak sekali barang-barang tersebut dalam pengembaraannya kali ini. Ibarat kata seorang pahlawan Sepanyol Rocardo de la Boer " Biar ada nampak cerdik di luar walaupun hakikatnya bodoh didalam".
Jam Hoga jump hournya menunjukkan pukul 7 pagi. Kassim mengonlinekan internet di telefonnya. Facebook dibuka untuk dibaca serba sedikit dan membalas komen yang ada di notificationnya. Kemudian Kassim membuka whatsaap untuk membaca mesej yang masuk di whatsaapnya. Berbagai mesej yang masuk di telefonnya termasuk personal kepada dirinya dan mesej group. Satu satu mesej dibalas dengan tenang dan bergaya. Kemudianya dia mewhatsaap faizi untuk memberi peringatan pukul 9 gerak seperti yang dirancang sebelum ini.
Sejam lamabya Kassim menunggu Faizi membalas mesejnya. Tidak ada jawapan balas dari Faizi. Kassim masih bersikap tenang walaupun ada sedikit gundah gulana kerana Faizi tak membalas mesejnya itu.
" Weii Kassim.. Sory weii. Kita gerak lambat sikit harini.. Kak aku eksiden pulak.." tiba-tiba mesej dari Faizi masuk ke telefon Kassim.
"Haa eksiden? Teruk kaa? Naik pa eksiden?.." Kassim membalas dengan pantas seperti lipas kudung menekan mesej. Hati Kassim mula risau. Risau Faizi tak boleh ikot serta sekali dan risau pengembaraan tidak menjadi.
" Takdak laa teruk sangat.. Sikit saja.. Dia eksiden naik moto LC yang dia baru beli semalam.. Huhuhu.." balas Faizi.
Kassim menghembus nafas lega kerana kecederaanya tidaklah seteruk mana dan moto EX5 Faizi pon tidak terlibat sekali dalam kemalangan tersebut. Kalau tidak mungkin pengembaraan menjadi semakin advanture bila hanya menggunakan satu biji motorsikal EX5 sahaja pusing semenanjung Malaysia.
" Ok takpa.. Kita gerak lambat sikit pon takpa Ji. Hang bagi settle dulu kakak hang. Nanti apa-apa rojer mai lain.."
" Ok baik.. Insyaallah dalam pukul 1 ka 2 kaa kita gerak. Dah settle tu aku rasa.. Apa-apa aku rojer lain.."
Nasib baik masalah pertama tidaklah terlalu besar. Risau jugak Kassim kalau pengembaraannya tidak menjadi. Sifat hero Kassim akan tercalar.
Selesai sembahyang zohor dan makan tengah hari, Kassim sudah bersedia di hadapan pintu rumahnya untuk memulakan pengembaraannya. Ibu, ayah, Anas dan kakaknya jugak sudah menunggu dihadapan pintu rumah untuk melepaskan Kassim pergi. Keadaan itu Kassim rasa seperti di dalam filem Motorcycle Diaries bilamana hero dan kawannya ingin memulakan perjalanan merentas benua Amerika Selatan. Salam dihulur dan ciuman diberi oleh ibunya sambil menitiskan air mata.
"Tenanglah ibunda.. Anakanda pergi bukanlah sepurnama lamanya. Anakanda pergi kerana ingin menunaikan hajat anakanda menjelajah Malaysia. Ibunda doalah yang terbaik untuk anakanda supaya selamat pergi dan pulang.." kata Kassim dalam bahasa melayu klasik cuba untuk menenangkan ibunya yang sedih akan pemergiannya sambil dicium tangan ibunya bukannya mencium tangannya sendiri sepertimana yang dilakukan oleh ramai orang ketika salam cium tangan. Babak sedih ini seperti dalam cerita Musang Berjanggut ketikamana P Ramlee ingin keluar mengembara mencari pasangan hidupnya.
Moto distart hanya sekali lantas terus Kassim memecut laju membelah angin dan kampung halamannya yang tercinta. Sedikit pun tidak ditoleh ke belakang kerana Kassim sudah ada side mirror untuk melihat pandangan di belakang. Dalam hati Kassim masih risau apa yang akan terjadi dalam pengembaraannya nanti. Tawakal Kassim diserah bulat-bulat kepada Tuhan Pencipta Alam.
YOU ARE READING
Kembara Raya
AdventureKisah benar 2 orang anak muda mengembara semenanjung Malaysia menaiki motorsikal kapcai Honda ex5 dream. Perjalanan sejauh 3500 kilometer disempurnakan dengan jayanya. Berbagai kisah dan pengalaman yang sedap-sedap dan pahit-pahit bakal diceritakan...