Bab 7: JDT 1

99 3 1
                                    

Pagi itu mereka bertolak awal setelah bermalam di hotel murah Pekan, Pahang. Risau jugak sebenarnya tidur di hotel murah, takut dicekup Jabatan Agama Islam Pahang kemudian dituduh sebagai pasangan gay. Tapi mujur malam itu mereka tidak melakukan operasi cegah maksiat, jika tidak mungkin Kassim dan Faizi akan ditahan sebagai pasangan gay bersama pasangan-pasangan yang lain. Astaghfirullahh.. Nauzubillah min zalik..

Perjalanan dari Pekan ke Kota Tinggi akan melalui beberapa pekan kecil seperti Kuala Rompin- Endau - Jemaluang- Mersing. Jarak perjalanan dianggarkan sekitar 300km. Yaa ini perjalanan paling jauh dalam sehari selepas melintas Banjaran Titiwangsa untuk ke Kelantan.

Cuaca pagi itu sedap mata memandang seperti pagi-pagi sebelum ini. Kassim dan Faizi 'mengoyak' motorsikal mereka dengan kelajuan 60km sejam. Kelajuan ini bagi mereka adalah kelajuan yang paling selamat dan steady. Kalau tiba-tiba ada budak melintas tak tengok kiri kanan, kereta membelok tak bagi signal dan mungkin babi melintas dengan laju, insyaallah mereka sempat berhenti mengejut dengan baik. Bila sebut pasal babi melintas terus Kassim teringat salah seorang sahabatnya Marzuki yang dilanggar babi sewaktu beliau memandu dalam kepekatan malam di Merbok rumah beliau. Entah bagaimana ketika dia sedang sedap menyanyikan lagu Nobody dari kumpulan kpop Wonder Girl sambil tangannya menepuk dua kali kemudian menunjukkan jari telunjuk dihadapan persis gaya Wonder Girl tiba-tiba PAAANNGGG keretanya dilanggar dan terlepas ke bahu jalan. Nasib baik beliau steady mengawal keadaan mengelakkan kereta dari terus jatuh menjunam ke tepi jalan.Dengan tergesa-gesa, beliau terus keluar dari kenderaan untuk melihat apa yang berlaku dengan keretanya setelah beliau menekan punat lampu kecemasan.

"Masyaaallaahh.. Babi..!!!.." kata beliau sambil giginya mengigit jarinya seperti orang ketakutan. Dia menoleh kiri dan kanan dan didapati tidak ada sesiapa di situ. Dalam kekalutan dan ketakutan dia terus masuk ke dalam kereta sambil menekan pedal minyak sekuat hatinya hingga sampai ke rumahnya. Ini yang diceritakan oleh Marzuki kepada Kassim sewaktu masa dahulu. Sebenarnya sampai sekarang Kassim tak mempercayai cerita tersebut. Kerana Kassim percaya Marzuki yang langgar lari babi itu, bukannya babi langgar Marzuki.

Lupakan cerita Marzuki dan babi.

Setelah tiba di Mersing mereka singgah berehat di masjid atas bukit Mersing. Penat menunggang motorsikal dari pukul 7 pagi tadi terubat dengan melihat pemandangan cantik laut dari atas bukit Masjid Mersing. Boleh dikatakan nampak keseluruhan pekan Mersing dari situ. Kemudiannya mereka meletakkan motorsikal mereka di satu sudut kawasan masjid tersebut dan membawa turun beg mereka untuk berehat di situ.

Walaupun atas bukit tetapi keadaan tetap panas di situ. Seolah-olah tiada angin melalui kawasan itu. Mujur ada kipas di luar masjid untuk memberi mereka sedikit kenyamanan dan keselesaan untuk berehat di situ.

Tika mata hampir terpejam akibat keletihan menunggang motorsikal, tiba-tiba datang sekumpulan motor besar berpusu-pusu datang ke perkarangan masjid itu. Deruman enjin mereka cukup untuk membuatkan bunyi ekzos motor mereka kedengaran sampai bawah bukit ataupun mungkin sampai ke dalam laut.

Kassim sempat menjeling dengan mata sebelah tertutup melihat siapa yang datang. Sekitar 20 biji motorsikal berkuasa besar sedang sibuk menyusun motor mereka di hadapan masjid.

" Kassim.. Ramai pulak berhenti kat masjid ni.. " suara Faizi sambil matanya masih tertutup. Kassim tahu Faizi bukan mengingau, Faizi masih sedar apa yang dia cakapkan itu.

Sekitar 15 minit suasana masih sama seperti itu. Mereka seperti saja membuat bising untuk menganggu rehat Kassim dan Faizi. Kassim dan Faizi dah mula hilang sabar disebabkan mereka masih tidak boleh tidur semenjak ketibaaan geng motor besar di situ.

"Camana Jii? Kita nak buat paa nii..? " Kassim sudah mula bangun dari tempat pembaringannya. Kassim mula panas dengan geng motor besar.

" Nak buat camna lagi Kassim.. Depa ramai. Kita buat taktau jaa laa.. " Faizi masih berbaring. Cuma matanya sudah terbuka kali ini. Mungkin Faizi pun sudah mula panas dengan geng motor besar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kembara RayaWhere stories live. Discover now