31 July 2004,
Sabtu, 11.00AM
Kediaman Manis
Genap 44 hari kematian Datin Zaharah, suasana di rumah banglo itu sangat murung. Semua masih meratapi pemergian permaisuri dalam rumah itu. Adila hanya berkurung dalam biliknya, dia masih merasai kehilangan mamanya dalam kejadian yang menimpa keluarganya bulan lalu. Segalanya masih lagi segar dalam ingatannya. Munzir dan abangnya Munir sedang sibuk menguruskan kenduri arwah yang akan di adakan malam nanti di rumah mereka itu. Banyak juga sanak-saudara yang sudah tiba untuk membantunya melancarkan majlis itu.walaupun agak riuh namun penghuni rumah itu tidak ceria. Munzir berjalan ke bilik Manis, di katil itu terbaring kaku seorang gadis yang masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Di sisi katil itu, masih setia Suhana menunggu kembar yang amat disayanginya itu sedar dari tidur yang sudah menjangkau 44 hari itu. Suhana akui, memandang Manis dalam keadaan sebegitu benar-benar menyiat hatinya. Dia sangat rasa tertekan melihat tangan dan kaki Manis yang masih bersimen. Manis mengalami patah tangan kanan dan patah kaki kanan setelah terjatuh dari tingkat satu dari balkoni bilik itu bulan lalu, di mana dalam hari yang sama mereka semua kehilangan mama kesayangan mereka semua, membuatkan papanya bermurung dan berduka dalam tempoh masa yang agak lama. Akibat terlalu terkejut Datin Zaharah diserang sakit jantung yang teruk sehingga membuatkannya sesak dada dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika melihat Manis terjun ke halaman rumah mereka. Munzir masuk dan menghampiri Manis dan perlahan menyentuh tangan kiri Manis,
"Kenapa Manis... Kenapa Manis nak jadi macam ni..." Suhana hanya diam sahaja, dia sendiri masih terkejut dengan tindakan Manis itu,
"Abang takkan maafkan Fareez... sampai abang mati pun..." kata Munzir. Suhana memejamkan matanya dan entah kenapa air mata mengalir di pipinya. Kakak ipar mereka, mengetuk pintu sambil meminta Munzir turun melayan tetamu penting mereka baru sahaja tiba. Munzir meninggalkan Manis dan Suhana. Suhana menghembuskan nafas berat sambil mengesat air mata dan menenangkan dirinya. Beberapa ketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi, dia menjawab dengan berat,
"Hello..."
"Jangan mungkir janji... aku tunggu kau kat sana hari ni..." Suhana menelan air liurnya mendengar kata-kata lelaki yang ada di hatinya itu. Lelaki itu masih tidak tahu apa yang terjadi pada keluarganya. Suhana menghampiri Manis dan menyentuh lembut tangan Manis dan bersuara pada lelaki itu,
"Fareez... sekarang tak boleh... tapi malam nanti aku janji dengan kau... aku janji..." Fareez tidak menjawab, talian itu terus terputus begitu sahaja.Farah dan Carol baru sahaja tiba, mereka terus menghampiri Manis. Farah duduk di birai katil Manis dan mengusap lembut rerambut Manis, dia sedang dalam persedian untuk melanjutkan pelajarannya ke luar Negara tika itu, manakala Carol pula akan memulakan pengajiannya beberapa minggu lagi di Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan awam. Mereka masing-masing meluangkan hari sabtu itu untuk melawat keluarga Manis. Entah kenapa apa yang telah berlaku membuatkan mereka turut rasa sedih. Farah tidak dapat menahan sebak melihatkan keadaan Manis koma seperti itu, Fareez pula hilang entah ke mana, lansung tidak menghubungi dia mahupun rakan mereka yang lain. Farah mengalirkan air mata.
"Kenapa jadi macam ni sekali... Manis..." suara Farah tersekat-sekat ketika bersuara pada Manis. Carol yang turut rasa sebak melihat Manis duduk di sisi Farah, sejak kejadian itu, itu adalah kali pertama mereka melawat Manis. Farah dan Carol berpelukkan kerana rasa sedih melihat keadaan Manis serta rasa simpati atas apa yang telah berlaku antara Manis dan Fareez. Mereka sendiri tertanya-tanya kenapa Fareez membuat tindakan seperti itu. Farah tidak sampai hati mahu bertanya apa-apa lagi pada Suhana, memang terpancar di wajah itu sedang dalam kekusutan. Farah akhirnya mencium dahi Manis sambil bersuara,
YOU ARE READING
Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 4
RomancePernahkah kau terfiKirkan yang kau akan jumpa gadis impian kau? Yang 100% seperti dalam angan-angan kau? Wujudkah orang seperti itu dalam dunia nyata? - Fareez. Pernah kau rasa di cintai sehingga kau rasa amat di perlukan dalam cinta itu? Pernahkah...
