17 July 2002
Rabu 1.05AM
Kediaman Fareez
Fareez duduk diam di dalam biliknya, menahan diri dari keluar dan memasang telinga. Di luar, kekecohan sedang berlaku antara ibu dan ayahnya. Setelah lama semua itu tersimpan akhirnya malam itu segalanya terbongkar. Ayah Fareez mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan melayu yang juga merupakan setiausahanya sendiri. Memang sudah lama mamanya mengesyakki tentang hal itu namun dia masih lagi mempercayai suaminya itu yang sudah di nikahinya sejak 20 tahun lalu namun setelah dia menjumpai beberapa barang-barang yang memusykilkannya dia mula curiga. Mereka selalu juga bertengkar sejak dua menjak itu kerana mamanya sering menyoal ayahnya setiap kali dia mula mengesyakki suaminya itu namun ayahnya sentiasa menyangkal dan menafikan tuduhan itu. Malam itu memang tidak boleh di elakkan lagi kerana akhirnya setiausaha itu sendiri sudah berjumpa dengan mamanya dan mengakui yang dia sudah pun hamil 2 bulan anak kedua, dan sudah ada seorang anak perempuan berumur 5 tahun dan mahukan ayah Fareez bertanggungjawab. Setiausaha tersebut tidak mahu bermadu dengan mamanya, oleh kerana itulah dia sendiri pergi berjumpa dengan mama Fareez untuk minta mamamnya itu melepaskan ayah Fareez. Ayah Fareez berat untuk melepaskan isterinya kerana mereka sudah berkahwin selama itu dan sudah pun menempuh banyak rintangan bersama seawal mereka berkahwin dahulu. Fareez sangat kecewa dengan ayahnya, dia mulai membenci ayahnya itu. Selama ini ayahnya memang selalu lewat pulang ke rumah dan selalu juga tiada di rumah dengan alasan sibuk bekerja. Ayahnya merupakan satu-satunya idolanya namun kerana keadaan itu dia rasa sangat tertipu dan marah dengan ayahnya. Fareez akhirnya keluar dari biliknya setelah mendengar ibunya menjerit dan seperti bunyi di pukul. Dia keluar dan berlari terus kepada ayahnya dan menahan ayahnya dari memukul ibunya,
"Jangan sentuh mama!" Ayahnya terhenti dan terkejut melihat Fareez tiba-tiba berada di situ. Dia kemudiannya bersuara pada Fareez,
"Please stay out of this Fareez... or else you gonna get some too!" Fareez rasa marah mendengar kata-kata ayahnya itu, lelaki yang di kenalinya sejak lahir itu sudah mula berubah menjadi lelaki tak guna dalam masa beberapa bulan itu,
"Ini mama saya, dan tugas saya sebagai anak adalah melindungi mama saya..." Jawab Fareez tegas, ayah Fareez bersuara lagi,
"I don't want to hurt you, so you please stay out of this..." Fareez rasa sangat marah,
"Fareez tak sangka ayah sanggup buat macam ni, ayah menipu kami dan kemudian ayah tergamak lagi nak pukul mama, why?" Ayah Fareez mendengus marah,
"She's insulting my girlfriend too much..." Fareez mencelah,
"Your girlfriend? Huh... tapi this is your wife! Why you choose that bitch over her!" Ayah Fareez menampar muka Fareez. Fareez terkejut dengan tindakan ayahnya itu, lelaki yang di kenali sebagai ayah itu tidak pernah sekali pun menampar mukanya sebelum itu, lelaki yang di kenali dengan penuh kelembutan dan sabar melayan kerenahnya ketika kecil itu telah bertukar kepada seorang lelaki yang kasar dan garang. Fareez memandang tepat mata ayahnya dan bersuara,
"Who are you? You're not my father... My father is not like this..." Ayah Fareez sendiri agak terkejut dengan tindakannya itu. Dia kemudiannya berundur dan Fareez bersuara lagi,
"Ayah, bawa mengucap dan ingat tuhan..." Ayah Fareez menekup mukanya dan kemudian dia terus berjalan keluar dari rumah. Fareez membiarkan sahaja dan kemudian memujuk mamanya yang masih lagi sedih dan menangis. Fareez cuba menahan emosinya sendiri, hatinya terasa seperti dicarik-carik bila melihat tangisan hiba mamanya itu. Fareez kemudiannya membawa mamanya ke bilik tidur setelah tangisan mamanya agak reda. Seketika kemudian dia masuk ke biliknya setelah mamanya tidur. Dia kemudian duduk di kerusi di meja belajarnya, termenung panjang di situ.
YOU ARE READING
Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 4
RomancePernahkah kau terfiKirkan yang kau akan jumpa gadis impian kau? Yang 100% seperti dalam angan-angan kau? Wujudkah orang seperti itu dalam dunia nyata? - Fareez. Pernah kau rasa di cintai sehingga kau rasa amat di perlukan dalam cinta itu? Pernahkah...
