Part 5

3 0 0
                                        


17 June 20032.00PM

Mahkamah Syariah, KL

Selasa

Fareez menunggu di luar bangunan mahkamah itu. Dia mendail satu nombor yang sememangnya selalu dia hubungi,

"Fareez..." Fareez tersenyum lebar mendengar suara empunya nombor itu,

"Manis..." Manis tersenyum mendengar namanya di sebut,

"Kat mana ni? Dah habis kelas ke?",

"Dah... petang ni dah tak ada kelas lagi..." jawab Fareez agak lambat. Manis diam sahaja mendengar.

"Manis... kalau satu masa nanti kita kahwin... kita jangan bercerai ya..." Manis terkebil-kebil mendengar kata-kata Fareez itu,

"Kalau jodoh kita panjang, kita akan bersama selamanya..." Fareez mengeluh mendengar kata-kata Manis tu, entah kenapa dia ada rasa sedikit tidak senang dengan jawapan itu.

"No... apapun... Fareez tak nak bercerai dengan Manis..."

"Macam mana tu?"

"Fareez tak nak... Fareez nak bersama dengan Manis... sampai rambut kita dah beruban, sampai tulang Fareez cerna dalam tanah pun... Fareez nak bersama dengan Manis..." Manis diam seketika sebelum menjawab Fareez, dia merasa terharu mendengar,

"Manis pasti akan jadi seorang perempuan yang paling bertuah dalam dunia ni kalau kita dah berkahwin nanti... terima kasih Fareez..." Fareez rasa sebak, hari itu merupakan hari yang paling sedih dalam hidupnya tika itu. Fareez bersuara,

"Ini adalah hadiah harijadi Fareez yang sangat indah... mendengar kata-kata indah dari Manis..." Manis tersenyum,

"Ini pun akan jadi hadiah harijadi Manis yang paling indah..." Fareez kemudiannya menamatkan panggilan telefon dengan Manis. Dia menekup mukanya dan menahan sebak. Akhirnya, mama dan ayahnya berpisah setelah hampir 20 tahun berkahwin. Dia benci ayahnya kerana menduakan mamanya, melukakan hati mamanya. Dia sendiri tidak sangka ayahnya sanggup dan tergamak melukakan hati wanita yang di cintainya sendiri. Fareez tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan nanti namun dia tika itu dan di saat itu tidak mampu melukakan hati insan yang di cintainya dan dia sanggup buat apa saja ter mampu untuk bersama dengan gadis yang di cintainya. Baginya, Manis adalah segalanya selain dari mamanya kini. Mungkin juga dia masih lagi muda untuk memahami konsep berbahagi hati dan cinta seperti yang kebanyakkan lelaki dalam dunia ini mampu buat, dia masih belum boleh menyintai sesiapa lagi selain dari Manis. Dia tidak masuk ke dalam mahkamah, dia tak sanggup untuk mendengar perbicaraan cerai keluarganya itu, dia hanya tunggu di luar sahaja. Sebelum itu lagi ayahnya sudah tidak lagi pulang ke rumah mereka. Mamanya sendiri telah mula bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Gaji kecil itu tidak mampu menampung perbelanjaan mereka berdua, namun mujur ada duit simpanan dia dan mamanya mampulah mereka menampung serba sedikit perbelanjaan. Kehidupan dia dan mamanya beberapa bulan itu agak tidak baik, namun kesemuanya itu di rahsiakan dari pengetahuan Manis. Dia tidak berkongsi cerita sedih itu dengan Manis. Fareez akui, dia merasa sangat tertekan dengan keadaan keluarganya sekarang, namun mujur ada Manis dalam hidupnya maka dia bolehlah merasa sedikit kegembiraan dengan mencintai gadis yang sudah lama dia sukai dan sayangi itu.

u

Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 4Stories to obsess over. Discover now