Part 6

4 0 0
                                    


17 April 2004 Sabtu

10.00am

Kg Baru, KL

Fareez terkedu seketika, barang di tangannya terlepas, melihat ibunya terbaring kaku di atas lantai. Dia kemudiannya berjalan perlahan menghampiri tubuh mamanya yang kaku terbaring di lantai itu. Fareez menyentuh tubuh mamanya, tubuh yang sudah lama menanggung kesakitan itu terasa semakin sejuk dan kaku. Fareez menggongcang tubuh itu,

"Mama..." tiada jawapan dan Fareez sudah tahu apa yang sedang berlaku itu. Dia kemudiannya duduk dan hanya merenung sahaja jasad kaku itu. Dia terlalu terkejut dengan kehilangan yang baru sahaja dia alaminya itu. Air mata Fareez mengalir laju dari tubir matanya, dadanya berombak dan dia menarik nafas berkali-kali. Itu adalah minggu terakhirnya di Matrikulasi, dia balik pada minggu itu untuk membawa sedikit demi sedikit barang-barangnya kerana pada minggu depan dia akan tamat belajar di sana. Fareez terduduk di sisi mamanya dan menekup kedua mukanya sambil dia bersuara perlahan-lahan,

"Tak... tak mungkin... ini tak mungkin... mama... tak mungkin" Fareez akhirnya menangis sekuat hatinya, satu-satunya saudaranya kini telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Fareez buntu dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Setelah beberapa jam kemudian, dia bangun dan berjalan ke rumah jiran, dia memberitahu pada jiran-jiran yang sentiasa mengambil berat tentang keluarganya. Fareez mengumpulkan seluruh tenaganya untuk menghadapi kenyataan itu. dia tahu ketika itu dia memang sudah bersendirian dan apa yang mampu dia buat adalah tabah dan menghadapi segalanya ketika itu. Dia mengambil beberapa helai kain dan bantal. Walaupun perit dan tak sanggup namun dia perlu menguruskan jenazah mamanya itu sebelum ketibaan jiran yang telah dia beritahu. Mak cik Zainab tiba bersama-sama dengan cucu perempuannya Dania yang sebaya dengan Fareez. Dania memberikan ucapan takziah kepada Fareez sambil kemudian Mak Cik Zainab bersuara pada Fareez,

"Sabarlah Fareez... sekarang kamu pergi bersiap-siap. Mak Cik dah beritahu beberapa orang surau, nanti mereka akan buat persiapan untuk menguruskan jenazah mama kamu ni... kamu ikut pak cik Yusof ke balai polis, buat laporan kematian." Fareez akur sahaja mendengar, dia masuk ke biliknya untuk bersiap. Telefonnya berbunyi, dia melihat di skrin telefon itu, tertera nama 'sayangku Manis' membuatkan hatinya bertambah sebak. Dia kemudiannya membiarkan sahaja panggilan itu tak berjawab, dia takkan mampu bercakap dengan Manis ketika itu. Dia terus bersiap dan kemudiannya dia menhantar satu pesanan ringkas kepada Manis mengatakan bahawa dia sedang sibuk berkemas dan akan menghubunginya nanti kemudian. Fareez siap dan terus keluar dari rumah ke rumah Pak Cik yusof dan mereka ke balai polis. Selesai membuat laporan di balai, dia balik dan bersama-sama dengan mak cik Zainab untuk menguruskan jenazah mamanya itu. Jam 1.15pm, mamanya sudah siap di kapankan. Dia duduk di sisi mamanya buat kali yang terakhir dia menatap wajah pucat itu buat terakhir kali sebelum mereka semua menutup mukanya. Fareez menangis sedih, tidak tersangka yang dia akan kehilangan mamanya terlalu awal. Fareez mencium dahi mamanya itu. Dia bersuara perlahan,

"Fareez bersumpah... Fareez... takkan maafkan papa... Fareez takkan lupakan apa yang dia telah lakukan kepada mama... Fareez takkan maafkan perempuan tu... yang telah merampas semuanya dari Fareez, yang telah merampas mama dari Fareez...". Mamanya memang sudah 3 bulan sakit. Namun sangka Fareez mamanya hanya demam biasa dan mengalami tekanan perasaan namun pihak hospital tadi mengesahkan mamanya menghidap paru-paru berair. Dia sangat terkejut dan tidak sangka yang mamanya menderita sakit begitu. Pak Cik Yusof menyabarkannya dan memujuknya supaya bertenang. Jenazah mamanya di kapankan dan beberapa ketika nanti jemaah di surau akan mengerjakan solat jenazah selepas Zohor dan seterusnya mengebumikan jenazah itu segera. Fareez duduk bersandar di tiang surau sambil menghayati azan zuhur yang baru sahaja berkumandang menandakan sudah masuk waktu zuhur. Fareez kemudiannya bangun dari duduknya sebaik azan tenghari itu berhenti. dia mengambil wudhu' dan kemudiannya segera berjalan dan berdiri di saff paling depan sekali, sejak masuk ke matrikulasi, dia sudah mula belajar sedikit-sedikit bagaimana nak solat dan sebagainya. Dia akui, dalam keluarganya mereka semua boleh dikatakan tidak pernah dan jarang menunaikan solat seperti itu. Mama dan ayahnya masing-masing warga asing yang memeluk islam dan kurang didikan agama setelah keluarga angkat ayahnya itu meninggal dunia. Mereka hanya menunaikan solat hari raya dan sesekali bersolat di surau. Fareez juga cuma mendapat pendidikan agama di sekolah. Fareez bersama-sama dengan semua jemaah surau menunaikan solat zohor dan kemudian mereka semua menunaikan solat jenazah bersama-sama.

Selesai menunaikan solat jenazah mereka semua segera menuju ke kawasan perkuburan di kawasan itu. Fareez menguatkan semangatnya dan dia memang kelihatan tabah menghadapi segalanya. Dari kejauhan memang ada mata yang memerhatikan ketabahan Fareez itu, Dania. Dia memang sudah agak lama menyimpan perasaan pada Fareez. Sejak Fareez mula-mula pindah di sebelah rumahnya 7 bulan lalu. Paras rupa Fareez yang tampan memang menambat hatinya, setelah beberapa lama itu dia berkenalan dengan Fareez dia memang benar telah tertarik dengan budi bicara Fareez itu lagi pula Fareez memang kerap balik ke rumah. Selesai segala urusan di kubur itu, mereka semua berangkat pulang ke rumah. Fareez memeriksa telefon bimbitnya, banyak mesej dari Manis masuk. Fareez hanya memandang kosong, kehilangan mamanya masih lagi memeranjatkannya walaupun dia kelihatan tabah dan tenang menghadapinya namun sebenarnya dia tidaklah sekuat yang semua orang sangka. Fareez mengalirkan air mata, dia memang sangat sedih untuk menghadapi segala itu. Malam itu akan ada bacaan tahlil untuk mamanya, namun masa masih panjang lagi sebelum masuk waktu malam. Fareez duduk di dalam rumahnya sendirian, di rumah mak cik Zainab sedang sibuk memasak, mahu menyiapkan juadah untuk tahlil malam nanti. Dania memberanikan dirinya ke rumah Fareez sambil membawa beberapa bekalan makanan. Fareez mendengar ketukan di pintunya, dia perlahan berjalan melangkah ke pintu utama rumahnya. Satu wajah manis berdiri di depan pintu itu sambil tersenyum manis kepadanya,

"Ini ada makanan..." Fareez hanya diam, kemudian dia mengambilnya dari tangan Dania. Dania memberikannya. Fareez kemudiannya tersenyum,

"Terima kasih, Dania dan keluarga banyak dah bantu Fareez..." Fareez kemudiannya hendak menutup pintu semula, namun tiba-tiba sahaja Dania memegang pintu menahan dari pintu itu tertutup, Fareez terkedu sambil memandang Dania dengan mata terkebil-kebil,

"Boleh Dania masuk?" Fareez diam agak lama, dia sendiri agak terkejut mendengar kata-kata Dania itu, namun setelah hampir seminit diam, dia akhirnya meluaskan bukaan pintu dan mengajak Dania masuk ke dalam rumah. Fareez kemudian menuju ke dapur dan meletakkan bekalan makanan yang di berikan Dania di atas meja. Fareez kemudiannya berjalan semula ke ruang tamu dan duduk di sofa berhadapan dengan Dania. Dania menarik nafasnya dan bersuara pada Fareez,

"Fareez ok?" Fareez diam sambil merenung ke wajah yang sememangnya manis dan cantik itu. Dania memang seorang gadis yang menawan, dia tidak sambung belajar selepas habis SPM dan kini telah pun bekerja. Walaupun keluarga Dania nampak seperti orang yang kuat agama, namun Dania nampak agak bebas dan sosial, dia tidak bertudung dan rambutnya sedikit di highlight keperangan. Fareez diam agak lama,

"Manisah... nama dia Manisah..." kata Fareez. Dania terkedu seketika, dan tersenyum kerana Fareez tahu apa yang dia fikirkan,

"Tak rasa pelik pun kalau Fareez dah ada someone..."

"Saya sayangkan dia... Dia pun sayangkan saya... Kami sangat-sangat mencintai satu sama lain... Kami, dah lama bercinta, sejak sekolah lagi..." Dania ketawa kecil, seketika kemudian dia berdiri dan berjalan menuju ke sebelah Fareez dia kemudiannya duduk di sebelah Fareez. Dia memegang tangan Fareez,

"Then... why she's not here?" Fareez menelan air liurnya, dia tidak menjawab. Dania kemudiannya memegang erat tangan Fareez,

"I can see that you love her very much..." kata Dania lagi sambil melentokkan kepalanya di bahu Fareez, dan Fareez hanya membiarkan sahaja,

"I can hear your heartbeat..." kata Dania seakan berbisik. Fareez diam. jiwanya memang sedang kelam dan fikirannya kacau bilau. dia memang berdebar, namun fikirannya masih lagi ada Manis.

Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 4Where stories live. Discover now