Part 4

7 0 0
                                        


28 September 2003

Sabtu, 1.30AM

Kediaman Fareez

Fareez sedang sibuk membantu mamanya mengangkat semua barang-barang masuk ke dalam lori kecil yang di sewa mereka. Separuh barang sudah pun berada di kediaman baru mereka di Kampung Baru. Hari itu adalah hari terakhir Fareez akan berada dalam rumah itu, ayahnya tidak lagi membiayai kos pembelian rumah itu, mamanya memang sudah bekerja namun mana mampu untuk menanggung kos pembayaran bulanan untuk harga rumah itu. Rumah itu sudah di tarik kembali oleh pihak bank dan mereka kini sedang mengemas barang-barang dalam rumah itu. Setengah jam kemudian semua barang telah siap naik di atas lori. Fareez masuk ke biliknya yang kosong, dia kemudiannya mencangkung dan menekup mukanya, dia rasa sangat sebak. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi, dia kemudiannya membaca sms dari kekasih hatinya, Manis.

'Manis mimpi indah...' Fareez mengesat air matanya, dia rasa amat sedih untuk meninggalkan rumah itu, dia membesar di rumah itu dan banyak kenangan di situ bersama Manis dan keluarganya sendiri. Fareez tidak membalas, dia bimbang kalau Manis menelefonnya jikalau dia masih belum tidur. Memang Manis sudah tahu yang Fareez akan berpindah namun belum tahu bila kerana dia tidak mahu Manis melihatnya lagipula dia tidak beritahu Manis dia pulang pada minggu itu. Dia tidak mahu Manis melihatnya berpindah begitu. Manis menghantar sms lagi,

'Manis sayang Fareez. Walauapapun berlaku, Manis mahu Fareez tahu yang Manis sentiasa sokong Fareez... walau di mana sekalipun Fareez berada... Kalau malam ni, Fareez pindah, bukan beerti kita akan berpisah selamanya... Ikatan hati kita ini, akan kekal...' Fareez terkebil-kebil membaca sms itu, dia kemudiannya berjalan keluar dari biliknya dan keluar dari rumah. Dia terkejut bila melihat Manis sedang berdiri bersandar pada dinding di pagar kecil rumahnya,

"Belum tidur lagi?" Tanya Manis tanpa menoleh. Fareez tidak dapat menahan perasaan gembiranya melihat Manis, dia terus meluru memeluk Manis erat, Manis terkejut kerana selama ini Fareez tidak pernah memeluknya sebegitu erat,

"Fareez minta maaf..." Kata Fareez. Manis menepuk perlahan belakang Fareez,

"Fareez di maafkan..." jawab Manis pula, Fareez kemudian meleraikan pelukannya, dia menahan sebak di matanya dan memberikan senyuman lebar untuk Manis. Manis mencebik,

"Fareez dah nak pergi dah ke?" Fareez mengangguk. Dia kemudiannya mengajak Manis masuk dan Manis menyapa Mama Fareez. Barang semuanya sudah siap dan pintu rumah Fareez telah di kunci. Fareez akan bertolak pergi bersama dengan lori dalam masa beberapa minit lagi, entah kenapa Manis rasa sangat sedih, dia akhirnya menitiskan air matanya. Fareez kemudiannya menarik tangan Manis dan menuju ke depan rumah Manis, dia menyeka air mata Manis,

"Manis... Kita bukannya takkan jumpa lagi... nanti bila Fareez cuti hujung minggu, kita jumpalah ya..." Manis cuba menenangkan dirinya, dia di beritahu oleh Fareez bahawa keadaan ekonomi keluarga Fareez tidak berapa baik dan ayah Fareez sendiri terpaksa bekerja di luar kawasan lain untuk beberapa ketika dan malam itu Fareez dan mamanya sahaja yang ada kerana ayah Fareez terpaksa bekerja di tempat lain. Fareez bersuara lagi,

"Manis masuk dulu, lebih baik kalau Manis tak hantar Fareez pergi..." Manis mengangguk tanda faham, dia tahu bila dia buat begitu nanti dia sendiri akan rasa sangat sedih. Manis menggenggam erat tangan Fareez dan bersuara,

"Please... contact me lepas sampai sana... Manis akan tunggu Fareez call Manis..." Fareez tersenyum lembut dan kemudian dia menyentuh lembut pipi Manis,

"Baik Manis ku sayang... nanti Fareez call ok... Manis masuk dulu..." Manis melangkah berat masuk ke dalam rumahnya, dia perlahan menutup pintu pagar sambil melihat lagi senyuman manis dan lembut Fareez itu untuknya. Dia sangat sedih hendak melihat Fareez pergi. Fareez kemudiannya berjalan menuju ke rumahnya semula setelah Manis menutup pintu. Fareez masuk ke dalam lori dan beberapa minit kemudian lori itu meninggalkan rumah itu. Manis keluar semula dari rumahnya dan berdiri di atas jalan raya sambil melihat lori itu berjalan meninggalakan kawasan rumah itu. Manis menangis melihat lori itu pergi. Fareez melihat kelibat Manis dari cermin sisi lori itu, kelibat Manis semakin lama semakin kecil dan jauh. Dari kejauhan itu dia lihat Manis duduk di atas jalan raya. Fareez sebak dan akhirnya setitis lagi air mata menitis di tubir matanya, dia berbisik sendirian,

"Kan Fareez dah cakap jangan tengok... kan kita sama-sama dah sakit..." semakin lama kelibat Manis semakin hilang dari cermin itu, dan lori yang di naiki terus bergerak meninggalkan tempat itu. Fareez mengesat air matanya perlahan dan kemudian melihat mamanya yang lesu bersandar di kerusi tengah lori itu, di sebelahnya.

Kenangan Manis Cinta Fareez - Bab 4Stories to obsess over. Discover now