Bab 2

71 3 7
                                    

Tiba lah hari yang dinanti oleh semua pelajar yang terpilih untuk pergi ke kawasan perkhemahan. Semua sibuk memasukkan barang ke dalam bas. Semua budak sudah duduk di dalam bas manakala Wafa tiada tempat duduk.

'Dalam banyak-banyak orang kenapa aku tak boleh duduk.' Merintih Wafa dalam hati. Tiba-tiba dia terlihat satu tempat kosong. Sebelah seseorang yang memakai headphone di kepala dan hoodie.

Segera menuju ke arah tempat duduk tersebut. Tanpa segan silu dia terus duduk. Orang di sebelahnya membuka hoodienya.

GULP!

'DIA LELAKI KA? KENAPA AKU KENA MACAM NI!!!' Dia lihat Nab sedang terbuai mimpi mendengarkan lagu. 'Kejam kau Nab. Tinggal aku.'

"Maaf lah eh. Saya cuma tumpang duduk sebab tak ada tempat kosong." Wafa menjarakkan tempatnya.

Lelaki tersebut merenung Wafa sinis. " Tak payah cakap pun tak apa. Bukan aku hamak sangat nak tahu. Menyemak ja." Dia memasang kembali headphone.

"Apa kau ingat kau ni famous sampai tak boleh duduk sebelah kau.. pergi mampus lah." Bisik Wafa sorang-sorang.

"Dan apa kau ingat aku tak dengar ka apa kau cakap. Bukan pasang lagu pun. Badan ja kecik tapi mulut suka cakap belakang." Jeling lelaki itu.

Wafa kematian kata. 'Arghh.. kenapa nasib aku macam ni?!' Lama-lama dia terlelap sendiri. Iman yang nampak peluang terus mengambil gambar. Tak sabar nak tunjuk dekat rakan yang lain.

2 jam perjalanan.. akhirnya tiba juga di tapak perkhemahan. Wafa yang terlelap mula terjaga. Dia melihat orang sebelah begitu dekat dengan wajahnya.

'Erkkk! Aku tidur dekat bahu dia ka? Alamak!!! Mesti lenguh bahu dia!!' Wafa melihat sekeliling semua kosong tinggal mereka berdua sahaja. 'Kejam korang tinggal aku.'

Wafa melihat wajah lelaki tersebut. "Kau hensem sebenarnya tapi perangai tak kena. Apalah nama kau eh?"

Tetiba lelaki tersebut terbangun menyebabkan dahi mereka terhantuk. "Auch.. apa kau buat ni hah? Kau.. kau usya muka aku eh? Jujur ja lah. " Dia terus bangun dan turun daripada bas.

"Oh ya.. My name is Naqib. Thanks puji aku hensem." Meninggalkan Wafa yang super duper blurr.

*****************************

Semua berkumpul tapak perkhemahan dan mula memasang khemah masing-masing. Ada yang kumpulan gedik yang tak tahu cara memasang khemah. *Ohh Plezzzz~ Author pandai pasang khemah sejak umur 5 tahun kay ˋ︿ˊ*

Setelah memasang khemah, mereka berkumpul kembali untuk mendengar arahan daripada Cikgu Syamsul.

"Saya tak nak kamu semua takut-takut ketika menjalani aktiviti di sini terutama perempuan. Gegeh mintak tolong benda kecik. Kuatkan sikit daya mental tu. Lagi satu jangan acah-acah ada benda lah apalah. Selagi kamu tak kacau dia.. dia tak kacau kamu. Sekarang saya akan umumkan kumpulan."

Kumpulan 1
-Isyraf
-Aliya Maisarah
-Putri Sarah
-Iqbal Danial
-Akmal

Kumpulan 2
-Danish
-Linia Kim
-Syazwan
-Wan Dania
-Aisyalisa

Kumpulan 3
- Naqib
-Nur Wafa'
-Amir Haikal
-Ris Airinsya
-Kamal Adli

Kumpulan 4
- Muhd Syariff
-Iman Izara
-Farhan
-Melly
-Jenny

Kumpulan 5
-Aliff Irfan
-Syahirah
-Lisa Nabila
-Putra Amar
-Hafiz

Semua kumpulan sudah siap dibahagikan sama rata. Tanpa disangka beberapa orang daripada kelas sebelah juga turut menyertai kem tersebut.

Mereka kembali ke khemah masing-masing untuk mempersiapkan diri dan solat Asar. Setelah solat mereka berkumpul untuk makan petang.

"Hey korang, aku dapat tahu yang budak hot kelas sebelah join kem kita ni." Kata Linia teruja.

Aliya,Iman&Wafa abaikan apa yang Linia beritahu. Bagi mereka itu tidak penting langsung. "Betul ke? Apa nama dia?" Tanya Syahirah laju.

"Putera semua hati perempuan, Naqib"

Wafa tersedak. Erkk.. kenapa tu? Semua sahabatnya memandang dia pelik. "Apa kena kau ni Wafa?" tanya Ris. Wafa sekadar menggelengkan kepalanya tanda tiada apa.

'Kenapa aku boleh tersedak? Siapa entah kutuk aku ni? Aku bunuh dia pakai pedang aku baru tau.' Bicara Wafa sendirian.

*Well sebab jejaka di hati kau rindu kau sangat😂* Ikhlas daripada, Author.

******★********★**********★********★

Time for Ice Breaking.

Dalam kumpulan satu~

"Okey nama aku Tengku Isyraf Iskandar bin Tengku Hamad Shah. Jangan sebab aku ada pangkat Tengku korang tak layak kawan dengan aku kay~"

"Next.. nama say.." Prcakapan Alia dipotong oleh Isyraf.

"Nama budak pendek sebelah aku ni Tengku Aliya Maisarah bt Tengku Azemi. Dia comel plus pendek. Jalan terkedek-kedek. Perasan tinggi. Lagi satu aku dah bagi amaran dekat budak kelas aku jadi kepada korang berdua*Iqbal & Akmal* aku nak korang jangan rampas buah hati aku ini. Dia kesayangan aku."

Setelah habis bicara, kepalanya diketuk oleh sesuatu yang berat. "Kamu ingat ini tempat mencari cinta sampai pertahankan 'buah hati' kamu ni? Orang suruh perkenalkan diri..dia pergi intro orang lain pulak." tegur Cikgu Ahmad.

"Cikgu.. dia suka perasan. Saya pun tak boleh buat apa dekat dia. Saya rimas dengan sikap dia nih." Aliya bersuara.

Isyraf mejeling Aliya. Bibirnya mengatakan sesuatu 'Kau tunggu nanti'. Aliya menjelirkan lidahnya kemudian mereka ketawa.

Pada kumpulan 3 pulak...

"Weh kau lah intro." kata Naqib kepada Wafa.

"Asal aku? Hah? Lol kau lah intro kata leader konon tapi tak nak intro dulu."

"Baik kau intro sebelum aku paksa cikgu tukar grup ni."

Wafa menjeling. "Kisah?"

"Grrr kau ni! Fine!" Dia menarik senyum terpaksa. "Hello.. nama aku Naqib. Nama penuh aku.. Putera Amril Naqib anak diraja Tuanku Shahril Shah. Please jangan bagitahu sesiapa. Aku tak nak wartawan kecoh aku sekolah dekat sini."

Semua tergamam,terkejut, terperanjat dan semua ter-ter lh. Wafa juga memberi reaksi yang sama.

'Aku.. aku kawan dengan anak raja?!'

This StoryWhere stories live. Discover now