Bab 7

40 2 0
                                    

Tepat pukul 8 malam, Wafa sudah bersiap sedia untuk keluar bersama Naqib. Aliya yang melihat wafa dengan seluar jeans terus memeluknya. "Apa lah kau pakai seluar ni. Kata keluar dengan Naqib."

"Hah? Apa? Mana kau tahu?" Wafa menolak lengan Aliya yang berada di tengkuknya. "Well.. mana aku tahu itu tak penting." Aliya tarik pipi Wafa.

"Ermm..kau rasa Naqib nak bawa aku pergi mana?" Aliya melihat Wafa yang menilik baju yang dipakainya. "Dia tak akan ajak kau keluar kalau kau pakai macam tu." Aliya menarik Wafa ke bilik mereka.

"Ni.. Tiga baju jubah dress mak aku kirimkan. Kejap aku tengok yang mana sesuai." Aliya melihat dengan teliti. "Yang berwarna maroon ni elok untuk kau sebab kau pendek dan kulit kau pun makin cerah."

"Kau pasti baju yang macam ni? Mana tahu dia bawa aku keluar pergi tempat yang gempak-gempak ke?" Wafa merenung jubah tersebut. "Yakin sangat. One hundred percent." Aliya memberi shawl merah hati kepada Wafa. "Cepat siap-siap. Dia datang nanti."

"Woii.. Nak cantik-cantik tak ajak aku dengan Syiera." Nab meluku kepala Aliya. "Siot sakit! Aku tengah siapkan Wafa pergi date." Aliya memberitahu selamba.

"Aliya!!!" Wafa menjerit di bilik air. "Apa?" soal Aliya. "Asal kau bagitahu dua ekor tu?" "Lol..dua ekor tu pun tahu. Bukan kau bagitahu ke?" Aliya membuat muka curiga.

"Yelah Fine." Wafa keluar dengan pakaian yang lawa. "Wuishh cantik gila kau ni. Ni yang best nak make up kau." Syiera memulakan perangainya.

"Jap..jap..muka aku tak nak kena make up." Wafa menutup wajahnya. "Rileks lah macam lah kau tengok Syiera ni make up sampai jadi opera cina. Hahaha.." Nab ketawa.

"Yelah. Tak nak tebal." Wafa duduk didepan cermin. Syiera menyapu bedak dan mencalit lipstick. Dia membuat muka Wafa jadi lebih bersinar pada malam ini.

"Wahh..cantik tau kau ni. Make up lagi cantik." Aliya memeluk Wafa. Wafa tersenyum gembira bila dipuji sebegitu. "Jangan lupa tu semua atas jasa aku." Syiera bongkak lagi perangainya.

"Aku rasa Naqib kau dah sampai." Nab mencelah. Wafa menjadi gementar bakal berhadapan dengan Naqib. Perlahan-lahan turun tangga dan menuju ke pintu.

"Asal kau lam.." Naqib terpegun melihat Wafa yang lain apabila berpakaian feminin. "..bat.. Ish cepatlah.." Naqib menarik lengan baju Wafa untuk ke kereta keluarganya.

"Nak ke istana terus ke tuanku?" tanya pemandu diraja yang diupah oleh ayahndanya. "Ya cepat sikit.." Naqib duduk dengan relaks didalam kereta sedangkan Wafa sudah berpeluh kerana bakal berjumpa dengan keluarga diraja.

'Eh kejap! Kenapa aku nak gemuruh pula? Bukan aku ni awek mamat ni pun. Dia mesti ajak aku sebab nak raikan kejayaan dia kalahkan aku maybe. Tapi kenapa peluh sangat ni?!' bisik hati Wafa.

"Dah sampai tuanku." Pemandu membukakan pintu Naqib dan Wafa. Naqib segera mencapai lengan Wafa untuk diletakkan di lengannya. "Just senyum dengan perasaan gembira." bisik Naqib kepada Wafa.

Mereka berdua memasuki dewan yang penuh dengan khayalak ramai yang mungkin keturunan diraja dan waris kerajaan. 'Untungnya dia hidup macam ni.' Naqib membawa Wafa berjumpa dengan saudara maranya.

"Aliya?" tegur Wafa. "Eh kau dah sampai." Aliya tersengih. Wafa mencubit pipi Aliya sampai merah. "Eeee asal kau tak cakap kau ni sepupu mamat ni.. Dan kau pun dijemput hadir sekali ke majlis ni..." Wafa melihat Aliya dengan geram.

"Aku..nak surprisekan kau." Aliya ketawa kecil. "Jangan salahkan Aliya. Dia ni sepupu yang baik dekat aku." Naqib memeluk leher Aliya.

"Ehem-ehem.. Kau pegang tu awek aku." Isyraf menepuk bahu Naqib. "Opss sorry bro.. Maklumlah rapat gila kan kita dulu." Naqib memeluk Isyraf pula. "Siot lah.. Gay ke apa?" Isyraf menolak Naqib ke tepi.

"Apa gay-gay? Aku lurus lah. Kalau tak aku tak bawa bidadari datang sekali dengan aku." Naqib menarik lengan Wafa supaya berdiri di sebelahnya. "Wafa.. Hati-hati dengan Naqib dulu dia luahkan cinta dekat aku. Masa tu umur kami lapan tahun..hahaha habis dia gaduh dengan Isyraf." Aliya cerita kisah silam.

"Heyy perlu ke kau bagitahu cerita budak-budak dulu. Hish kau ni.." Naqib meluku Aliya. Dia menarik Wafa berjumpa dengan nendanya. "Nenda.. Ni Wafa." Naqib menolak Wafa ke arah nendanya.

"Cantiknya kamu nak.." Nenda memegang pipi Wafa. "Eh tak adalah tuanku." Wafa memegang tangan nenda. "Panggil saja nenda. Nenda dah sedia menerima cucu menantu. Walaupun kamu bukan anak keturunan diraja." Nenda menghulurkan tangan ke arah Wafa.

Wafa terkejut dengan ayat cucu menantu yang diucapkan oleh nenda. Namun dia tetap menyambut huluran yang disua oleh nenda. "Nenda..Naqib nak bawa Wafa jumpa bonda dan ayahnda."

"Bonda!" Naqib memanggil bondanya. "Oh Naqib dah sampai. Kamu bawa siapa ni?" Mata bonda Naqib terarah kepada Wafa. Dia menilik Wafa daripada atas ke bawah.

"Bonda ni Wafa. Kawa... Tak dia ni rakan seperjuangan anaknda dalam perlawanan pedang dan dia ni teman istimewa anaknda." Naqib mengenggam lengan Wafa dengan erat.

Wafa melihat muka Naqib yang selamba sahaja menuturkan kata-kata begitu yang mana mungkin menyakiti perasaan bonda. "Apa..teman istimewa?" Bondanya terkejut. "Ya bonda." Naqib melihat bondanya yang makin menghampiri Wafa.

Bonda terus memeluk Wafa. "Terima kasih jaga anak beta. Dia tak nakal kan dengan kamu? Anak beta tak buat masalah yang makin teruk bukan?" Bonda melihat tepat ke mata Wafa.

"Err tak ada Tuanku. Anak tuanku baik-baik sahaja di sekolah." Wafa menjawap dengan separuh yakin. Bonda melepaskan nafas lega. "Jaga dia elok-elok Wafa."

"Kanda Naqib!!!" Menjerit Melissa kemudian memeluk Naqib dengan erat. "Eee lepaslah aku. Kau nak mampus ka peluk aku depan kekasih aku?" Wafa melihat dengan muka tak puas hati.

Aliya menarik rambut Melissa sehingga Melissa terpaksa melepaskan pelukkan tersebut. "Jaga adab sikit. Kau tu dijemput bukan ahli kerabat dekat sini!" Aliya bicara sinis dengan Melissa.

"Oh kau pun ada juga? Sepupu Naqib? Huh.. Mana bodyguard yang sentiasa lindung kau tu? Mesti dah mampus sebab kemalangan..." Aliya menampar Melissa. Dadanya berombak tanda marah.

"Dengar sini Melissa! Kau nak hina aku silakan tapi jangan sesekali kau sebut pasal dia. Dia masih hidup! Kau patut sedar kau cuma anak angkat kerabat diraja Tuanku Hamid Shariham! Meski aku cuma keturunan diraja tapi kau bukan! Anak angkat.. Simpan dalam otak kau yang lembap tu baik-baik." Aliya menengking Melissa di depan khayalak ramai.

Isyraf menarik Aliya ke sisinya. "Aku lah bodyguard dia. Kenapa? Dia buat salah apa dekat kau sampai kau buat macam ni? Tak sangka kau anak angkat je..menyesal kami berurusan dengan keluarga kau." Isyraf membawa Aliya keluar dari dewan.

"Sekarang kau puas? Dapat balasan apa kau buat dekat kawan baik aku. Anak angkat huh? Penipu besar kau ni." Naqib turut keluar dan menarik Wafa yang kebingungan(?) dengan situasi yang berlaku.

This StoryWhere stories live. Discover now