Bab 3

56 1 0
                                    

"Kau... kau anak raja yang maha agung tu?" tanya Wafa tak percaya.

"Shhhh!" Dia tutup mulut Wafa. "Senyap lah sikit." Wafa menepuk tangan Naqib yang berada di mulutnya.

"Okey giliran kau intro."

"Nama aku Nur Wafa' bt Adam. Patik hanya hamba biasa Tuanku."perli Wafa.

"Eee kau ni!" Naqib meluku kepala Wafa.

"Eh kau ni suka suki pukul aku kenapa? Siapa beri kau kebenaran hah?"

"Aku yang kasi. Kenapa?" Naqib mengangkat keningnya berkali-kali.

"Erghh geram aku dengan anak raja macam kau ni." Wafa mengetuk badan Naqib dengan kayu yang berdekatan.

Tiga ahli di situ cuma memerhati. 'Bila turn kami pulak.' Kesian lama tunggu giliran. So sawit sangat!

"Yang kamu berdua ni bergaduh kenapa? Nak kena hukum duduk dalam hutan sampai habis kem? Leader dengan penolong sama saja. Tak mengalah." Celah Cikgu Ayu.

Dua-dua terkedu. Kemudian saling menjeling. Dalam hati menyalahkan satu sama lain. 'Aku juga kena. Salah dia arh buat aku pukul anak raja ni. Anak raja macam anak ketua gengster.'

****★********★*****-*★******★****

Aktiviti pertama dijalankan ialah meneroka hutan. Masing-masing memasuki hutan sambil membawa bekalan air. Ketua kumpulan memandu arah.

"Naqib!!"Panggil Wafa dengan suara yang boleh membuat bumi bergegar.

"Apa? Tak ada kerja jerit-jerit dalam hutan? Datang dekat kau baru tau." Naqib menghentikan langkahnya. Dia menoleh Wafa dengan pandangan 'Kau apahal?'

"Ni hah. Betul ke jalan ni?" Wafa mempersoalkan kerana setiap kali berpusing kepada arah yang sama. Dia siap tanda pokok yang mereka lalu.

"Eh. Betul lah. Kenapa?"

"Aku tanda pokok-pokok ni dan kita asyik berputar di tempat yang sama. Kau serius tahu jalan? Aku risau nih." Wafa berkata dengan muka yang serius.

Naqib terdiam. Dia juga perasan akan tanda-tanda pada pokok yang mereka lalu sebentar tadi. Dengan cuma berpandukan kompas, bolehkah mereka menemui jalan keluar dari hutan ni?

*****★*******★*********★********★**

Sejam berlalu~~

"Aliya!!!"

Aliya terkejut dengan panggilan daripada seseorang. "Arghhh!!!" Dia tergelincir ke bawah bukit.

Isyraf turut menggelongsor(?) ke bawah untuk melihat keadaan Aliya. Yang lain segera meminta bantuan.

"Erghhh.." Penglihatan Aliya mula kelihatan samar-samar. Kemudian gelap gelita. "Aliya jangan tutup mata!! Tolong jangan tutup mata!" Isyraf mendekati Aliya. Dia menampar-nampar perlahan pipi gadis pujaannya.

"Aku... tak... mati.. lah.. ha..haha..ha.." Lemah suara Aliya. Dia melihat Isyraf dengan mata yang kuyu. Matanya berat menahan daripada tertutup.

"Isyraf.. aku.. rasa .. pe..penat san..sangat. Aku... nak.. tidur boleh?" Akhirnya Aliya menutup matanya sambil tersenyum.

"Weh Aliya! Aliya jangan!! Weh kau tak sayang aku ke?? Kau dah janji tak nak buat aku risau! Aliya?? Weh.. kau dah janji tak nak tinggal aku macam ni! Tolong tahan sekejap Aliya.. pertolongan akan sampai. Tolonglah weh!!" Isyraf merayu.

Meski badan dia turut luka sedikit tapi keadaan Aliya lebih teruk. Kepalanya berdarah. Terdapat kesan biru di pipi dan kaki Aliya. "Tolonglah weh.. jangan tinggal aku!"

Isyraf mencempung badan Aliya. Keadaan memaksa untuk dia mengangkat tubuh Aliya. Dia segera mencari jalan keluar dengan mencempung Aliya.

Ketika mencari jalan keluar Isyraf menemui kumpulan Wafa dan Naqib sedang buntu mencari arah.

"Isyraf! Kenapa dengan Aliya?! Berdarah kepala ni! Aliya sedar tak?! Aliya???"

"Tolong aku keluar. Dia tergelincir ke bawah bukit. Dia pengsan dah ni. Aku takut terlambat."

Mereka segera mencari jalan keluar. Naqib meminta untuk mengangkat Aliya tapi Isyraf tidak membenarkan. Dia terus mendukung Aliya di belakangnya.

Setelah lama mencari, akhirnya jalan keluar ditemui. Aliya dan Isyraf dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya. Enam rakan baik Aliya turut mengikuti mereka.

Aktiviti perkhemahan turut dibatalkan. Demi keselamatan semua. Takut berlaku lagi kemalangan seperti ini.

***★*****★*****★******★******★***

Di hospital~~

Beeepp..beeepp...beeeppp

Bunyi mesin jelas kedengaran. Aliya masih terbaring meskipun sudah berlalu tiga hari. Doktor menyatakan bahawa Aliya kekurangan darah dan kepalanya cedera teruk. Tapi tiada mengakibatkan apa-apa keadaan yang teruk kepada Aliya.

Setiap waktu rakan-rakannya bergilir-gilir menjaga Aliya. Alangkah bagusnya ada sahabat baik seperti ini.

Knock..knock..knock..

Bunyi ketukan pintu. Seorang jejaka masuk untuk melawat Aliya. Dia meminta Linia untuk keluar sebentar. Linia mengangguk dan berlalu keluar. Tinggal mereka berdua di bilik itu.

"Berapa lama kau nak tidur weh? Rindu kau tau? Depan aku kosong. Tak ada siapa nak cakap dengan aku. Nak tau tak aku kena ngurat dengan budak junior. Dia kata nak couple dengan aku. Hahaha lawak kot. Kalau kau ada mesti kau serang dia kan? Tapi... kau tak ada di situ..."

"Kau.. dah tak mahu cakap dengan aku. Kau rela biar aku sendiri kan? Kau rela kan kalau kau tinggalkan aku? Kau nak kan?! Kau memang nak kan semua ni?! Tolonglah sedar weh! Aku sangat perlukan kau! Aku sayang kau weh! Jadi tunaikan janji kau yang kau tak akan tinggalkan aku! Mana janji kau?! Tunaikan Aliya! Tunaikan.. lahhh..."

Air matanya mengalir. Tak pernah-pernah menangis disebabkan benda kecik ini. Hatinya sakit melihat rakan baiknya daripada kecil seperti ini.

Aku terdengar suara yang memanggil aku. Aku melihat cahaya yang sangat terang. Cahaya tersebut menjadi sangat terang. Kemudian berpecah. Aku melangkah ke arah cahaya tersebut.

"Aliya?"

Aku menoleh ke belangkang. Siapakah gerangan yang memanggil aku? Aku terlihat seorang lelaki berlari ke arah aku.

"Kau tak mahu bercakap dengan aku lagi ke? Kau serius nak tinggal aku macam ni? Kau nak ke semua ni?? Mana janji kau dulu! Mana wehhh!!"

Isyraf... apa.. kenapa kau ada dekat sini? Aku..

"Tolonglah weh! Aku perlukan kau! Aku nak kau tunaikan janji kau! Bangun! Weh bangun!! Aliya.. aku sayang kau!!"

Aku terlihat wajah rakan-rakan baik ku mula muncul di depanku. Mereka menarik aku ke arah satu ruang.

Tangan Aliya bergerak perlahan-lahan. Matanya dibuka sedikit. Cahaya yang mejengah masuk ke matanya memberi silau pada matanya. Dia melihat sekeliling dan terhenti kepada seorang jejaka yang menangis.

Dengan susah untuk meluahkan perkataan dia menyebut perlahan. "Maaf.. saya dekat ...mana? Dan... awak ni ....siapa?"

BOOM!

Aliya hilang ingatan ke? Alamak! Mana boleh!! Kesian Isyraf😭

BTW Jangan lupa VOTE ye. Jasa² anda amat saya hargai sangat².

Sama-sama lah kita baca this story⇨⇩
CINTA SI DRAKULA.

KARYANYA LAWAK DAN THE BEST!!

This StoryWhere stories live. Discover now