Bab 6

38 2 1
                                    

Tepat pukul 5 petang, Wafa pergi ke tempat latihan lawan pedang di bangunan sekolahnya. Dia dihantar oleh Aliya dan Iman. Cuma dua kawan tu saja yang sudah mempunyai lesen kereta.

Naqib turut berada di sana. Dia memegang pedangnya. Wafa memulakan latihan bersama Naqib.

Naqib mula menyerang Wafa. Namun Wafa sempat menahan serangan tersebut. Aliya dan Iman menjadi penonton setia mereka.

"Erghh.." Wafa terlepas rentak dan terjatuh. Pedang tersebut terhala ke wajahnya. Wafa sudah berpeluh dan penat. Naqib tersenyum kemenangan.

"Tahniah atas kemenangan kau Naqib. Hebat rentak dan cara kau berlawan. Aku pasti kau boleh menang pertandingan nanti." Wafa tersenyum bangga. Dia telah jumpa orang yang hebat sepertinya.

Wafa pergi ke arah rakannya. "Weh hebat juga Si Naqib tu. Kau boleh kalah dengan dia." Aliya kata sambil mengerutkan wajahnya. Wafa menjeling Aliya.

"Lol.. Dia dan aku lawan sebagai latihan. Bukan lawan betul-betul siot." Wafa mencubit pipi Aliya dengan geram. "Auwww.. Weh siot sakit!" Aliya menepuk-nepuk tangan Wafa yang serupa kayu itu.

"Dah-dah.." Iman mehalang mereka saling mencubit. Bukan apa.. Naqib daripada jauh melihat mereka seperti kurang siuman. "Weh aku kata dah kan.." Mereka berdua mengabaikan Iman.

Iman berubah daripada muka blur kepada..😤. Iman tarik kepala Wafa dan Aliya dan menghantukkan kepala mereka berdua. "Arghhh! Iman sakittt!!!!" menjerit mereka berdua.

Iman melepaskan kepala budak dua orang itu. Dia acah-acah sapu debu pada dua-dua belah tapak tangan. Iman menjeling mereka dan kembali ke tempat duduk.

"Oiii Wafa!!" panggil Naqib. Wafa mengangkat tangan sebagai bicara 'apa'. Naqib berkata ingin pulang kerana mak dia sudah memberitahu untuk pulang awal untuk makan malam bersama keluarga.

Wafa menganggukkan kepalanya. Akhirnya Iman, Aliya dan Wafa pulang ke rumah mereka. Mesti pelik kan mereka mempunyai kereta untuk pergi ke sekolah dan rumah sendiri, tinggal sama-sama pula tu.

Ni nak cerita. Hasil itu daripada keluarga Ris. Keturunan diraja lah katakan. Aliya juga menyumbang sedikit keperluan perabot dan bahan masak di rumah.

Setakat itu sahaja lah ceritanya. Kkk sambung.

*******☆*****☆*******☆********☆****

Di rumah Naqib..

"Assalamualaikum.." Naqib memberi salam selepas melalui pintu istana. "Waalaikumussalam." Jawap ahli-ahli keluarganya. "Kanda!" Melissa meluru dan memeluk Naqib dengan erat.

"Ish lepaslah si*l. Kau fikir aku ni abang kandung kau ke nak panggil kanda-kanda bagai ni??" Naqib menolak Melissa agar melepaskan pelukkan tersebut.

"Anaknda Naqib pulang juga akhirnya. Kamu tercedera ke?" Bonda Naqib membelek setiap inci pada wajah dan tubuh Naqib. "Bondaku sayang.. Anaknda okey sahaja. Jangan risau ia cuma latihan." Naqib memegang tangan bondanya.

"Mari Naqib duduk di sebelah nenda." Nenda Mariam memanggil cucunya. Naqib menyalami nendanya.  "Cucu nenda dah besar." Nendanya tersenyum sambil membelai rambut Naqib. Dia membalas senyuman.

"Nenda nak tahu lah. Kamu berlatih dengan siapa tanpa pengawal ikut kamu ni hmm?" Nenda memuramkan wajahnya. "Nenda.. Naqib tak nak yang lain tahu Naqib keturunan diraja. Nanti tahu-tahu lah rapat sebab mahu harta yang kita ada. Macam budak tu.." Naqib menjuih ke arah Melissa atau dipanggil Puteri Melissa.

"Ish anaknda ni. Jaga adab sikit dengan tetamu." Bondanya memukul kepalanya. Dia mengaduh kesakitan. Naqib menjeling Melissa yang acah-acah tersipu malu. Naqib menjulingkan mata ke atas. Muak dengan muka gadis badut tersebut.

This StoryWhere stories live. Discover now