Bab 8

30 2 0
                                    

Aliya cuba menarik lengannya yang asyik ditarik oleh Isyraf. "Eee sakitlah!" Isyraf seakan-akan tidak mendengar suara Aliya berdesis kesakitan.

"Isy..raf..its hurt.. me.." Aliya berhenti dan menangis kecil. Isyraf berpusing dan melihat Aliya. "Aliya.. I'm so sorry! Sorry! Aku tak tahu kau sakit." Isyraf menggosok pergelanggan tangan Aliya yang kian merah.

Aliya menarik tangannya jauh daripada Isyraf. "Stop lah kau makin buat aku sakit je." Aliya tidak mahu memandang wajah milik Isyraf. "Please Aliya.. Aku mintak maaf kay?"

Isyraf menyengetkan kepalanya menghadapa pandangan Aliya. "Tak mahu maafkan budak hensem ni ke?" Isyraf mencebik. Aliya menjeling tajam kepada Isyraf.

Dia berlalu tanpa hiraukan Isyraf memanggil. Tanpa sedar satu senyuman terukir di wajahnya. Isyraf ketawa kecil. "Malu lah tu!" Isyraf mengikuti langkah Aliya dan berjaya saing langkah gadis itu.

"Ak mau tinggal caye." Isyraf membuat muka comel di hadapan Aliya. "Eee Isyraf buruk lah muka kau. Jangan lah cakap macam tu geli siak." Aliya ketawa. "Nak jugak." Isyraf menjelir lidah dan letakkan air liurnya di pipi Aliya.

"Hey!" Aliya mengejar Isyraf keliling istana. Mereka kelihatan sangat gembira. Daripada jauh seseorang merenung telatah mereka dengan senyuman kecil.

×××××××××××××××××××××××××××××

Tengku Marina melihat gelagat anaknya yang sedang berlari mengejar anak kawan baiknya. 'Dah besar dah pun anak aku sorang ni. Nanti mesti ikut jejak langkah abangnya. Abang.. Kalau lah abang dapat dapat lihat anak kita bahagia sekarang mesti terharu kan?'

"Mama!" Sergah Tengku Azim apabila melihat mamanya sedang termenung. "Ishhh.. Kamu ni tak adab langsung lah!" Tengku Marina meluku kepala Azim. "Mama tengok apa sebenarnya? Aliya..Isyraf?"

"Haih.. Adik kamu dah besar. Nak dekat trial SPM dah pun. Esok-esok dia nak kahwin pula. Dapat cucu lah dekat mama."

"Kerja pun belum. Nak dapat cucu pulak. Mama kena suruh Aliya tu kerja dulu. Timba pengalaman baru mintak dia akan fikir bab-bab kahwin ni." Azim memeluk tubuh. Dalam fikirannya berasa tak adil kerana mamanya berasa senang melihat adiknya menjumpai calon sedangkan dirinya tiada teman wanita atau teman rapat perempuan.

"Dah-dah. Mama dah jumpa calon untuk kamu." Azim yang mendengar terkejut. "Siapa orang malang tu?" Tengku Marina memulas telinga anak terunanya. "Eee memang malang pun kalau dapat kamu ni. Hidup fokus untuk kerja je. Macam arwah papa kamu."

"Alaa mama. Bukan senang nak dapat hati Azim ni. Lagipun kahwin awal buat apa..Azim baru 23 tahun. Too early to get married in this age." Tengku Marina menjeling anaknya.

"Tunggu je lah. Nanti kamu berkenan juga." Tengku Marina kembali masuk ke dewan istana. Azim terpinga-pinga dengan kenyataan mamanya. 'Nasib kau lah Azim oii. Mama dah jumpa calon.'

×××××××××××××××××××××××××××××

Wafa terdiam melihat Naqib yang memandu dengan laju. Entah bilanya dia berada di dalam kereta Naqib. "Naqib.. Kau slow sikit boleh?" Mana taknya dari tadi lagi memandu tanpa tekan brek. Mahu brek mengejut nanti tetiba pulak kemalangan ke kan habis jadi berita tergempar kemalangan yang membawa maut.

"Na..Naqib.. To..tolo..tolong.. bawa.. slow sikit.."Wafa menarik lengan baju Naqib agar Naqib sedar bahawa dia tidak keseorangan malah ada seorang gadis di sisinya. Naqib tidak menyedari bahawa gadis itu menarik lengan bajunya. Dia masih menekan pedal minyak sehingga memotong semua lampu isyarat di hadapan mereka.

"NAQIB!!" Wafa terus memeluk lengan Naqib apabila melihat kereta di hadapan mereka seakan-akan akan melanggar mereka. Naqib tersedar. Dia terus memusingkan stereng dan menekan brek sekali. Sekelip mata sahaja, mereka berada di bahu jalan.

Naqib melihat gadis yang ketakutan itu. Sungguh kejap dia memeluk lengan miliknya. Terbit perasaan bersalah akan gadis itu. Sudahlah dia yang bawa gadis itu malah turut membahayakan nyawa. Kalau bonda dia tahu mengenai semua yang berlaku sebentar tadi mungkin dia tidak dapat meneruskan berjumpa kawan-kawan dan.. gadis di sebelahnya.

"Wafa.. Maafkan aku sebab... Ermm aku tak patut.. Memandu ikut perasaan aku. Maafkan aku." Naqib mahu menyentuh kepala Wafa sebagai tanda 'okey'. Namun perbuatan itu terhenti. Esakkan kecil mula muncul. 'Wafa menangis? Gadis yang kental dan tabah ini menangis? Juara Perlawanan Pedang ini menangis kecil akibat situasi yamg sebegini?'

"Wafa.. Aku mintak maaf. Ya Allah apa aku dah buat." Naqib menepuk belakang Wafa. Dalam hatinya menyumpah seranah dirinya yang tidak menyedari dia membawa seseorang. 'Apa aku nak buat? Wafa dah hampir trauma sebab aku. Bodoh lah kau ni Naqib!!' Wafa melepaskan pelukkan di lengan Naqib.

"Aku benci kau!" Wafa terus melangkah pergi. Dia menahan teksi untuk pulang ke rumah sewa milik rakannya. Berharap Aliya turut pulang apabila dia sampai nanti. Naqib ingin mengejar namun kakinya seakan tergam di situ. Kaku. Tak mampu untuk mengejar.

Setelah lima belas minit, Wafa telah sampai ke rumah. Dia berjalan dengan lesu. Nab yang nampak akan kawannya yang agak tidak bermaya itu terus memapah Wafa ke bilik. "Apa jadi ni? Muka kau kelat je. Buruk siaa.." Wafa mengabaikan apa yang Nab katakan.

"Semua balik.. Baru aku cerita." Wafa terus menutup pintu. Dia tersandar dan terjatuh ke bawah. 'Such a stupid man! Kenapa dia nak bawa laju sangat?! Dah lah tarik tangan aku kuat lepastu bawa tak ingat mati! Fikir nyawa banyak sangat ke?!'

Bunyi mesej kedengaran. Wafa mencapai telefon pintarnya yang berjenama samsung. Mesej daripada Whatsapp. 10 mesej daripada 2 orang. Aliya dan Naqib.

Aliya senget

Kau ada kat umah ke?

Aku cari kau merata

Aku dah balik.

Balik skang!

Kecemasan..

5 minutes!

Wafa membuka pula chat daripada Naqib.

Putera annoying

I'm so sorry!

Wafa..

Serius ni.. Aku tak sengaja

On lah!

Jangan doubletick..

Maaf

Aku tak sedar masa tu

Sorry syg...

Erk? Wafa terkelu dengan chat yang terakhir. 'Sayang kepala bana kau. Sejak bila kita ke peringkat sayang-sayang ni. Ehh apa aku melalut ni.'

Wajah Wafa kelihatan kemerahan akibat rasa malu. Sah sebab Naqib gelarkan diri Wafa sebagai sayang.

This StoryWhere stories live. Discover now